Ahad, 30 November 2014

POLOTIKUS MELAYU ANAK MANJA MAK.

Polotikus Melayu Anak Manja Mak.

Kira ok lah tu bila Najib kata bloga yang tembak pemimpin korupsi..pemimpin kuar stemen bongok..pemimpin yang syok sendiri..pemimpin yang  lupa diri sebagao bangang..itu bagi ambe satu pujian kepada bloga pengkritik.

Bukan mudah nak dapat pujian daripada pemimpin manja anak mak tau. Lainlah bloga yang berstatus Anak Tiri.

Najib tegur dan beri nasihat mengikut cara didikan polotikal  setail PEMUDA UMNO 1990an. Sindrom Bisu kini menjelma semula.

Najib mintak bloga pengkritik memuji semua tindakan dan pemimpin waima ada video seks spender besar. Ini satu kemajuanlah dalam SOLIDARITI.

Najib mahu amalan assobiyah diamalkan yakni bloga wajib pertahankan benda tak betul dan benda salah macam puak PR buat.

Ambe marah atau sentap? Tak... sebab ambe bukan polotikus. Ambe bukan anak manja mak. Ambe dah biasa dengan kesusahan dan tiada ambe kata subsidi takde manapaat kepada petani sebab petani naik kapchai.

Dan ambe bukan polotikus yang ketagih undi pengundi cha atau pengundi Siam.

Dan ambe bukanlah polotikus yang dengar cakap pegawai dan penasihat yang kata  mengampu dan membodek itu mampu bawa BN menang 2/3 majoriti.

Dan bukanlah ambe yang lewa dan leka menyebabkan dua buah pesawat milik negara hilang tak dapat di kesan dan sebuah di tembak sesuka hati oleh pihak luar.

Dan bukanlah kritikan yang menyebabkan ISA dimansuhkan. Arau beban hutang negara semakin meningkat. Atau harga petrol naik 30sen dan dikurangkan 6sen sahaja.

Dan bukanlah kritikan yang menyebabkan anwar ibrahin masih bebas tidak dipenjarakan waima sudah dijatuhkan hukuman.

Dan bukanlah kerana kritikan berlaku Tsunami Cina.

Dan bukanlah kerana kritikan, Islam di hina setiaphari tanpa sebarang tindakan di ambil; dan hak-hak Melayu dipertikaikan setiap hari.

Oleh kerana Polotikus Melayu Anak Manja Mak; dan mereka berpendirian tidak mahu membetulkan salah laku mereka; maka mereka sendirilah yang meminta kemurkaan Allah Hu Taala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa