Ahad, 2 November 2014

POLOTIKUS MELAYU ALAF BARU HILANG PUNCA & LEMAH SEMANGAT JUANG@NajibRazak




Mengulas dari luar akan Konvensyen UMNO Selangor dan ucapan Presiden UMNO; kita dapat mendengar dengan jelas Presiden UMNO meluahkan 'Letih' nya dengan komitmen dan semangat juang UMNO Selangor sejak kalah pada 2008 & 2013. Melayu Kebanyakan lagi lah LETIH dan pelbagai 'RIT" dengan komitmen dan semangat juang Politikus UMNO Alaf Baru. Selangor terlepas dari UMNO bukan kerana PR kuat tapi UMNO Selangor sendiri yang membenarkan ianya berlaku.

Selama 57 tahun UMNO Selangor tidak menambah ahli dan tidak mempedulikan strategi kemenangan di Selangor. Semuanya mereka ambil mudah dan Take For Granted. Akhirnya, Melayu Kebanyakan LETIH dan bertindak untuk menerima semua dakyah propaganda PR pada 2008. Namun, bukan salah UMNO Selangor sahaja.

Bahkan, UMNO PUSAT dan UMNO NEGERI buat derk dan buat tak tahu sahaja untuk mengambil tahu bilangan pengundi dalam PDM mereka dan pertambahan bilangan pengundi dalam PDM mereka. 

Mereka juga tidak memantau pun kawasan-kawasan perumahan baru. Malah membiarkan sahaja tokeh-tokeh DAP membangunkan kawasan perumahan baru dan dengan diam-diam menambah bilangan pengundi mereka. 

Mereka juga tidak memperkasakan dan memperkukuhkan kedudukan mereka serta menguasai masjid-masjid serta surau-surau kariah dalam PDM-PDM mereka sendiri. 

Mereka juga tidak mempedulikan dan tidak mengambil berat untuk memujuk dan mengambil hati kelompok peniaga Melayu serta pekerja swasta agar masuk menjadi ahli UMNO.

Mereka juga gagal mendekati kumpulan sokongan baru di kalangan pengundi Cina dan pengundi Tamil di semua kawasan PDM-PDM mereka.

Mereka juga gagal berkorban membelanjakan wang ringgit dan harta bertimbun mereka untuk program-program kemasyarakatan bagi mendekati para pengundi di kawasan PDM-PDM mereka.

Mereka juga gagal mempertajamkan kemahiran komunikasi, sahsiah diri, kepimpinan dan macam-macam lagi kelemahan yang tidak diperbaiki. 

Mereka juga tidak pernah nak ambil tahu dan memperkasakan mana-mana pertubuhan Silat dan Persatuan Silat di tempat mereka sendiri ! Program Budaya dan Program Keagamaan yang di buat oleh mereka apabila mereka tengah kelemasan di asak puak polotikus dap pkr pas.

MAJLIS PENERANGAN langsung takde ! Hanya ada masa dekat Pilihanraya. Pendekata, UMNO PUSAT dan UMNO NEGERI memang tidak bersedia sepanjang masa. Komitmen dan semangat juang mereka 'Bermusim' dan  di kala 'Poket Kosong.'

Mereka tidak pun menjemput dan menawarkan kepada MELAYU KEBANYAKAN dan penyokong mereka untuk menyertai dan bersama dalam setiap program mereka. Tiada ucapan Terima Kasih pun daripada mereka kepada penyokong dan Melayu Kebanyakan kerana membantu UMNO ke puncak KUASA selama 57 tahun. 

UMNO PUSAT juga banyak menyumbang kepada kekalahan UMNO di Selangor sejak 2008. Masalah Utama UMNO BARU ialah mereka hanya menerima ahli baru dari kalangan Kontraktor dan yang berduit sahaja. Mereka menutup pintu kepada golongan profesional, anak muda dan penyokong sendiri.

Ide-ide baru yang bernas datang daripada penyokong mereka, diketepikan dan dikesampingkan dengan jawapan retorik , "alarh itu kami dah fikirkan' Ya dah fikirkan tapi tak buat! Satu lagi jawapan retorik mengada yang diterima ialah, "Masa belum sesuai' Helo, Masa Tak Menunggu Kamu dan Masa Itu Tidak Akan Mengikut Kehendak Kamu. Kita lah yang sepatutnya mencipta dan mengujudkan kondisi bagi MASA YANG SESUAI. 

Berkenaan PEMASARAN POLITIKAL pula, mana ada pemimpin UMNO yang benar-benar memahami konsep itu. Yang mereka faham konsep PEMASARAN PROJEK.

Dan satu lagi PENYAKIT KRONIK UMNO BARU ialah mereka memang tidak tahu nak menjaga Kepentingan dan kebajikan ahli serta penyokong mereka sendiri, Mereka juga tidak tahu bagaimana nak mengawal MINDA dan KELAKUAN pengundi Cina dan Tamil. 

Sejak 2003, Polotikus Melayu UMNO BARU di alaf Baru  betul-betul menunjukkan sikap Pentingkan diri sendiri & puak mereka; tunjuk ego sombong dan angkoh bongkak; pendapat Konsultan lebih diutamakan daripada pendapat ahli akar-umbi dan penyokong sendiri. Mereka sendiri pun memperlihatkan dan mengamalkan sikap Dwi-Standar dan tidak mempercayai penyokong dan ahli mereka sendiri. 

Malah, walaupun tewas teruk dua kali di Selangor, mereka masih mengamalkan sikap dan budaya Eksklusif dan Elitis serta menyombong dengan penyokong sendiri. Mereka sendiri yang memusuhi penyokong mereka sendiri. Dan mereka juga memusuhi di antara satu sama lain. 

Mereka juga tidak menghormati dan tidak tahu adab dengan penyokong mereka sendiri waima penyokong mereka memberikan penghormatan dan beradab dengan mereka. 

Pendekata, betul lah kata Presiden UMNO, MELAYU KEBANYAKAN dan penyokong UMNO BARU dah LETIH mengalami pelbagai 'RIT' dengan sikap dan amalan bahlol retorik sombong angkoh ingkar yang sentiasa ditunjukkan oleh pemimpin UMNO BARU sendiri.

JADI LETIH LAH NAK TUNGGU MEREKA BERUBAH DAN TUNGGU MEREKA KELUAR DARI KEPOMPONG ILUSI KHAYALAN MEREKA.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa