Isnin, 13 Oktober 2014

BAJET 2015 - SAMPAI BILA POLITIKUS NAK JADIKAN MELAYU KUMPULAN PEMBELI YANG BERSYUKUR & REDHO?




Kita MELAYU yang seramai 15,121,200 juta mengharapkan agar Bajet dan Sistem Penyampaian lebih mesra kepada MELAYU yang ada komitmen nak berniaga bersungguh-sungguh. 

Kita pun nak membebaskan diri dari belenggu pelbagai Amalan Diskriminasi yang dilakukan puak kapitalis Kiasu selama ini ke atas kita. 

Kita mahu Mendominasi dan Menguasai Pasaran dari peringkat awal sehingga akhir. 

Kita mahu sumber2 Lesen dan permit lombong, pasir serta pembuatan simen serta batu-batan diliberalisasikan sepenuhnya kepada MELAYU. 

Kita mahu sektor Forwarding di semua pelabuhan utama negara di liberalisasikan kepada MELAYU. 

Kita mahu CTOS dihapuskan dan dimansuhkan 

Kita mahu Mekanisma Harga barangan keperluan dan produk-produk pembinaan, pengangkutan dan jentera-jentera berat diLIBERALISASIKAN kepada MELAYU. 

Kita mahu Rangkaian Perniagaan diLIBERALISASIKAN kepada MELAYU.

Kita mahu Perbankan diliberalisasikan kepada MELAYU 

Kita mahu lebih ramai MELAYU menjadi CEO dan BOD dalam bank-bank.

Kita mahu lebih ramai MELAYU menjadi S.E.O dan Eksekutif Kanan, Pengurus Besar, Pengurus dalam syarikat-syarikat Swasta.

Kita mahu lebih banyak kilang-kilang pembuatan dan kawasan industri di buka kepada MELAYU.

Kita tak mahu lagi hanya di didik dan di ajar menjadi PEMBELI YG BERSYUKUR & REDHO sedangkan kadar rezeki yang amat banyak ada sebagai PENIAGA bukan sebagai PEMBELI. 

Yang inilah ambe nampak selama 57 tahun itu yang GAGAL DICAPAI.

Bukan kerana kelemahan MELAYU atau MELAYU PEMALAS, tapi kerana adanya AMALAN-AMALAN DISKRIMINASI MELAMPAU yang tidak dihapuskan dan ditangani dengan baik ! 

Ini berpunca dari TIADANYA POLISI-POLISI yang menghapuskan dan menghukum AMALAN-AMALAN DISKRIMINASI tersebut. 

Bukan RAHSIA lagi bahawa sejak 57 tahun lalu, semua pintu-pintu kemewahan kepada REZEKI BERNIAGA DITUTUP RAPAT-RAPAT KEPADA MELAYU.

Sehingglah muncul DEB. Itupun pada tahun-tahun 1980an dan 1990an, Politikus pulak jadi TAMAK DAN RAKUS. Hanya membuka Pintu-pintu kepada puak-puak mereka sahaja.

DEB juga disabotaj dengan timbulnya amalan ALI-BABA ciptaan puak kapitalis dan elitis yakni MENJUAL PROJEK melalui pujuk rayu serta berlakunya amalan di mana harga barang mentah dinaikkan tiba-tiba oleh pembekal. 

Kebanyakan polis-polisi sejak 2003, hanya menjadi pemangkin kepada Amalan-amalan Diskriminasi terhadap MELAYU dalam bidang penguasaan ekonomi.

Sampai bila MELAYU dibiarkan saja didiskriminasi dalam ekonomi dengan label PEMALAS, TAK BOLEH BERJAYA, TAK ADA MERIT, PERLUKAN TONGKAT ? 

Suatu Polisi Ekonomi Mantap perlu dibuat dimana LIBERALISASI EKONOMI DI SEKTOR SWASTA PERLU DIPAKSAKAN KE ATAS KELOMPOK ELITIS DAN KAPITALIS.

MELAYU perlu diberikan kelonggaran peraturan dan karenah birokrasi bila mahu membuka perniagaan. Setiap MELAYU perlu diberi peluang sekali diberikan jumlah pinjaman modal berniaga sejumlah $500,000.00 pada kadar faedah 3% yg tak berubah. Tanpa penjamin, tanpa cagaran dibawah PUNB dan MARA tanpa mengira status Melayu itu.

MELAYU DAH JEMU JADI KUMPULAN PEMBELI DAN KAMI MAHU MENJADI PEMAIN BESAR DALAM EKONOMI ... KE MASIH TAK PAHAM LAGI?????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa