Rabu, 29 Oktober 2014

TRAGEDI TANAH RIZAB MELAYU & HAK PEMILIKAN TANAH MELAYU - POLITIKUS KATA MEREKA DEWATA PEMILIK TANAH.

Hati Amat Sedih Melihat Melayu DI Layan Begini 

Mereka Bukan Penjenayah Tapi Mereka Pertahankan Kediaman Mereka.

Pada 1hb Febuari 1974, sewaktu arwah Tun Abdul Razak mahu menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah kawasan Wilayah Persekutuan dan ibukota Negara, dan Sultan Selangor bersedia menyerahkannya; tidaklah mereka berdua mahukan perkara-perkara buruk berlaku ke atas Melayu yang berhijrah ke Kuala Lumpur dan penduduk asal Kuala Lumpur.

Namun setelah 40 tahun berlalu, kebanyakan kawasan-kawasan penempatan Melayu yang baru selepas 1969; satu persatu mula dirobohkan. Waima dinaikkan flat-flat PPRT, namun ianya tidak mencukupi dan tidak selesa bagi perkembangan dan pembinaan insaniyah.

Sebelum merdeka, semasa Tunku Abdul Rahman melakukan kesilapan menerima dan memberi kewarganegaraan kepada puak pendatang seramai 1 juta orang; Raja-raja Melayu memaklumkan kepada Undang Nan Empat mengenai hasrat Tunku Abdul Rahman. Maka, diperbuatkan oleh Undang Nan Empat satu persetiaan yang kemudian dinamakan WASIAT 7 RAJA-RAJA MELAYU. Persetiaan ini tetap terpakai sehingga kiamat dunia. Tidak boleh diubah walaupun satu huruf. Jika di ubah maka hukuman daripada Allah Hu Ta'ala akan sampai kepada puak yang ingkar dan mungkir. Dan itu sudah pun berlaku.

Antara lain, dimasukkan mengenai Pemilikan Tanah dimana 50% tetap dirizabkan kepada Melayu termasuklah segala gunung-ganang, bukit-bukau, kuala Sungai, Lembah, sungai dan tasik. Tapi, bukit yang pertama terlepas dari pemilikan Melayu ialah Genting Highlands. 

Kini, diketahui bahawa selepas 57 tahun merdeka, tanah rizab Melayu hanya tinggal 12% sahaja. Semasa FELDA ditubuhkan, dimana Melayu diberikan 10 ekar tanah untuk diteroka, pemilikan tanah rizab Melayu meningkat. Bila, berlaku 'Dawn Raid' maka sempurnalah sikit pemilikan tanah kembali ke dalam penguasaan pentadbiran yang diterajui oleh politikus Melayu. 

Keadaan itu menjadi terbalik dan gostan apabila setelah tak mampu nak menangkis serangan puak pembangkang, pentadbiran Pak Lah dan Najib membuka semula pemilikan-pemilikan kepada korporat-korporat yang didalangi kapitalis-kapitalis kaum pendatang puak NWO.

Salah satu mangsa kapitalis NWO ialah para penduduk Kampung Chubadak di Sentul. Oleh kerana undang-undang tanah negara menetapkan bahawa pemilikan tanah terletak kepada pihak berkuasa negeri, maka tak nampaklah kapitalis NWO yang buat jahat. Yang kelihatan buat jahat ialah Pihak Berkuasa. 

Namun begitu, timbul juga persoalan, kenapa Pihak Berkuasa menerima cadangan dan pelan pembangunan daripada pihak kapitalis NWO? Maka, bilamana penentangan dan bantahan di buat, dikatakan menentang gomen. Walhal, yang dibantah dan dilawan bukan gomen tapi pihak kapitalis NWO.

Memang rakyat Melayu musykil dan masyghul, kenapa Pihak Berkuasa, pegawai-pegawai DBKL, Kementerian, Menteri serta politikus Melayu sanggup bersyubahat dan bersengkongkol dengan kapitalis NWO untuk ambil penempatan Kampung Chubadak. Kemanakah penduduk Kampung Chubadak nak pergi dan menetap?

Dan kenapa kepentingan kapitalis NWO diberikan perlindungan berbanding kepentingan penduduk penempatan Kampung Chubadak?

Dan kenapa Pihak Berkuasa tidak memberikan sahaja pegangan hakmilik tanah lot kepada penduduk Kampung Chubadak selama ini? Tidakkah itu akan membuat mereka membayar Cukai Tanah dan Cukai Pintu kepada DBKL? Dan hilanglah apasaja 'Status Kependudukan' mereka di mata Pihak Berkuasa? Inilah yang dipersoalkan dan dipertikaikan. Takkan itu hendak dianggap sebagai 'Melawan Gomen'?

Kita bercerita mengenai HAK PEMILIKAN TANAH bagi orang MELAYU. Bukannya kita bercerita mengenai Hak Pemilikan Tanah bagi warga asing. Sedangkan warga asing melalui syarikat-syarikat EXPATRIAT boleh pulak memiliki aset-aset dan tanah. Kenapa MELAYU tak diberikan HAK YANG SAMA?

Penempatan Setinggan mula bercambah selepas tragedi 13 Mei 1969 bagi mengimbangi jumlah penduduk bukan Melayu di Kuala Lumpur. Malangnya, usaha berkenaan menyebabkan berlakunya gerakan mahasiswa pada tahun 1974 yang melihat penempatan setinggan dirobohkan. Kita boleh bacalah permainan dan strategi siapa sebenarnya dan dalang utama perobohan penempatan setinggan di atas nama Pembangunan di atas hujah 'Nak Tambah Pendapatan Melalui Cukai Tanah & Cukai Pintu' kepada DBKL.

Permasalahan penempatan Melayu di Kuala Lumpur sepatutnya diselesaikan dengan cara Pemberian Hakmilik Tanah Lot kepada mereka. Dan bukannya dengan menerimapakai cadangan-cadangan dan pelan-pelan pembangunan korporat-korporat NWO yang memang bencikan Melayu ada di Kuala Lumpur. 

Melayu tak nak PPRT, Melayu nak Hakmilik Tanah Lot di Kuala Lumpur. Kenapa tak nak beri Hakmilik Tanah Lot kepada Melayu di Kuala Lumpur? Dan kemudiannya dirizabkan sebagai Rizab Melayu?

Sepatutnya, 50% keluasan tanah di Lembah Kelang dirizabkan sebagai Rizab Melayu dan Melayu diberikan pegangan Hakmilik Tanah Lot seluas setengah ekar. Ini adalah Hak Yang Termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Seharusnya, sudah dimulakan semula Penstrukturan Semula Pemilikan Tanah di Kuala Lumpur. Di mana pemilikan hartanah melalui Pegangan Hakmilik Strata dikaji semula. 

Manakala, mekanisma harga bagi penjualan hartanah di Kuala Lumpur ditetapkan dan diikat pada satu kadar yang Mampu Beli dan bukan Mampu Tengok. Harga hartanah di Kuala Lumpur sepatutnya ditetapkan dibawah RM200,000.00 sahaja.

Seperkara lagi, pihak perbankan pun amat cemburu dan hasad dengki terhadap pembeli-pembeli hartanah. Mereka enggan memberikan kerjasama yang baik dan bersikap prejudis serta diskriminasi terhadap pembeli-pembeli Melayu.

Politikus Melayu gagal membasmikan amalan-amalan prejudis dan diskriminasi terhadap peniaga dan pembeli Melayu dikalangan korporat dan perbankan yang dikuasai kaum pendatang.

Kita boleh melihat dengan amat jelas amalan-amalan diskriminasi dan prejudis diamalkan dengan bebas oleh kaum pendatang disemua sektor industri dan ekonomi dalam sektor swasta. 

Perkara itu sentiasa didiamkan oleh Politikus Melayu setiapkali dibangkitkan oleh MELAYU. Kenapa hendak mendiamkan suara-suara Melayu yang mahu amalan-amalan itu dihapuskan?

MELAYU hanya mahukan Hak-hak mereka dan tidak mahu Hak-hak kaum pendatang. 

MELAYU juga mahu Hak-hak yang sikit tinggal itu tidak lagi diberikan kepada mana-mana pihak.

INILAH CABARAN BUAT POLITIKUS MELAYU YANG SETIAPHARI KATA MEREKA ADALAH DEWATA PEMILIK TANAH YANG TIDAK MEMPEDULIKAN PEMILIKAN TANAH MELAYU. JIKA MEREKA GAGAL DAN TERUS BERDIAM DIRI, MAKA KEMURKAAN DAN HUKUMAN DARIPADA ALLAH HU TA'ALA MENIMPA MEREKA DAN SELURUH KETURUNAN MEREKA.

Selasa, 28 Oktober 2014

KEGAGALAN MENGAWAL PERUSUH DI UM - TOLERANSI YANG MEMANGKINKAN KEGANASAN POLITIKAL.

Perusuh di UM berjaya masuk ke dalam UM dan seorang pesalah seksual tabie' berjaya memberi ceramah. Menambahkan lagi parah di luka masyarakat, seorang mahasiswa berikrar sanggup dipecat dari UM hanya untuk membantu seorang pesalah jenayah seksual luar tabie'. So, apa nak jadi dengan Politik Malaysia? Tapi kita mesti bersangka baik. 

Menariknya, rusuhan berkenaan turut dihadiri oleh beberapa orang Politikus dari parti pembangkang. So, Politikus sendiri mengajar kepada generasi muda agar menjadi perusuh dan di pihak satu lagi seolah-olah menggalakkan ianya berlaku. Tapi kita mesti bersangka baik. 

Pada kacamata seorang anggota masyarakat yang tak angkat pot sangat nak mempertahankan seorang penjenayah seksual luar tabie', kejadian di UM di lihat sebagai suatu 'Permainan Politikal' yang penuh keji dan jijik.

Kita melihat betapa lemahnya penguatkuasaan dengan hanya 'berpagarkan' yang mampu dirempuh dan di buka oleh perusuh. Apa yang berlaku sebenarnya? Adakah sememangnya, pesalah seksual luar tabie' itu memang dirancang agar boleh berpidato jua? Tapi kita mesti bersangka baik. 

Kita tak nampak pun sebarang kesungguhan di pihak berkuasa mahupun politikus di pihak kerajaan komited menghalang rusuhan dari berlaku. sebaliknya mereka kelihatan seperti merestui dan meredhoi ianya berlaku dan memang berharap ianya terjadi ??? Adakah begitu???? Tapi kita mesti bersangka baik. 

Suatu kemusykilan di mana arahan tertinggi di pihak pengurusan sebuah IPTA dibiarkan berkeseorangan menghadapi rusuhan dan karenah unsur-unsur anarkis dan subversif dikalangan pelajar mereka. Tapi kita mesti bersangka baik. 

Apakah, pengurusan UM akan dipersalahkan oleh politikus kerajaan nanti? Nampaknya begitulah. Bagaimana pula Menteri yang jaga KDN? Apa pula kisahnya IGP kita? Bagaimana pula reaksi pak AG? Kita harus berbaik sangka seperti kita berbaik sangka pada malam ini yang menyaksikan sekumpulan anarkis dan subversif berjaya merobohkan undang-undang. Tapi kita mesti bersangka baik. 

Kejayaan perusuh pada malam ini sudah tentu menjadi Obor Semangat untuk mereka melakukan perkara sama di Istana Kehakiman di Putrajaya. Lalu apakah tindakan dan pelan tindakan politikus di pihak kerajaan untuk menanganinya? Hanya hantar pagar dan sekumpulan pak gad warga Nepal dan Bangla ? Tapi kita mesti bersangka baik. 

Tindakan pasif politikus di pihak gomen dalam rusuhan malam ini seolah-olah memberikan suatu gambaran bahawa, 'Its ok lah .... rempuh lah apa pagar pun ... kita gomen amat sporting pasal Kebebasan Mutlak". Tapi kita mesti bersangka baik. 

Ambe jangkakan dan ramalkan, akibat kejadian pada malam ini, esok di Istana Kehakiman keadaan menjadi amat Havoc. Dan Tindakan Pasif akan diambil oleh pihak politikus di pihak gomen. Kerana mereka memang takuti Anwar Ibrahim. Tapi kita mesti bersangka baik. 

Kita boleh menjangkakan senario di mana perusuh anarkis dan subversif 'berjaya' menawan istana Kehakiman. Dan kita boleh menjangkakan tiada pendakwaan akan dibuat terhadap para perusuh anarkis dan subversif. Tapi kita mesti bersangka baik. 

Jika Anwar Ibrahim dibebaskan dari sabitan hukuman pada hari esok kemudian politikus di pihak gomen memberikan alasan-alsan dan hujah-hujah kebudak-budakan, ambe fikir politikus di pihak gomen mungkin sudah terlalu letih menjadi gomen selama 57 tahun dan teringin sangat nak menjadi Pembangkang pula. Tapi kita mesti bersangka baik. 

Kita selaku rakyat yang masih tahu hormati undang-undang negara dan bersangka baik dengan Politikus di pihak gomen; tak perlu bimbang dan risau apa-apa. Semuanya berada dalam kawalan seperti insiden di Lahad Datu dan sebagainya. Tapi kita mesti bersangka baik. 

Dan sudah tentunya, kita perlu akur kepada kata-kata politikus di pihak gomen dan pembangkang bahawa, "....Tapi kita mesti bersangka baik. "

Bak kata seorang watak dalam filem MADU 3, " Baik ada Makna....." ehhh.... Tapi kita mesti bersangka baik. 

Isnin, 27 Oktober 2014

JANGAN MEMBELA IDOLA HANYA SEMATA IA ADALAH 'BERHALA POLITIK'

Masalah Politik Malaysia ialah kerana Politikus menjadi Berhala-berhala Hidup yang di sembah puji oleh anak-anak buah mereka. Tanyalah kepada mana-mana anak-anak buah politikus, yang keluar daripada mulut mereka hanya perkataan baik sahaja mengenai bos-bos politik mereka waima pada masa mereka bercakap itu, bos-bos politik mereka sedang mabok Carlsberg sambil berpeluk cium dengan GRO di dalam bilik VVVIP di sebuah karaoke di Bukit Bintang. 

Betul lah tu. Bukankah mereka mengamalkan sunah akhlak yang baik yakni menjauhi ghibah, fitnah dan menjauhi sangka-sangkaan buruk? Cuma bahagian berkata benar sahaja mereka masih belum dapat hidayah dan inayah untuk mengamalkannya secara konsisten kecuali pada masa 24 jam sebelum mengundi sekali setiap lima tahun. 

Anda jangan hairan jika anak-anak buah Politikus sentiasa memviralkan gambar-gambar bos-bos mereka sedang solat dan mengambil wudhu'. Kata mereka, ianya untuk memberikan gambaran dan imej yang baik kepada bos-bos mereka. Malah jika ada sekalipun video lucah/ porno bos-bos mereka, dengan cepat mereka menghapal hadis-hadis, petikan-petikan ulama' muktabbar berserta mukasurat dan nama kitab dan ayat-ayat al Quran bagi menghalalkan segala kebatilan bos-bos mereka. Tapi setakat itu sahaja lah penghapalan mereka. 

Kita tak pernah pun membaca sebarang status dan komen positif daripada anak-anak buah politikus. Yang banyak disebarkan oleh mereka hanyalah persepsi negatif mengenai saingan politikal mereka. Apa yang menarik ialah, kaedah hipokrasi mereka. Di satu perspektif, mereka arahkan anak-anakbuah mereka memviralkan keburukan saingan mereka. Di satu perspektif lain pula mereka memberikan imej bahawa mereka terlebih alim wara' dari segala malaikat yang ada. 

Soalan-soalan yang kita tanyakan kepada mereka berkenaan dengan satu-satu fakta dan informasi biasanya diberikan jawapan klise yakni 'Saya setuju dan saya akan take note' atau jawapan klise, "Kita kena redho dan bersyukur" atau jawapan klise, "Anda berfikir di luar kotak" dan persoalan itu hanya terhenti di situ tanpa sebarang Tindakan.

Pada Politikus mereka tak pernah berbuat salah dan tak mampu melakukan sebarang kejahatan. Itu adalah suatu perkara yang Amat Mustahil , dakwa mereka! Selain itu mereka turut berjaya menipu diri mereka sendiri dengan bantuan daripada setan-setan yang bersarang di hati mereka, dengan dakwaan bahawa mereka bertindak demi kepentingan pengundi dan rakyat. (Tolong jangan gelak).

Bila kita fikirkan sejenak, adakah kita memerlukan Politikus? Atau mereka yang perlukan kita? Kelebihan Politikus kerana mereka mendapat Kuasa-kuasa Eksekutif dan Legislatif. Jika mereka tiada Kuasa-kuasa itu, apakah mereka diperlukan?

Politikus hanya gah kerana dengan kuasa-kuasa eksekutif dan legislatif itu, mereka mengumpul kekayaan demi kekayaan. Kerja dan peranan mereka hanya bermesyuarat dan luluskan projek-projek yang mereka akan pastikan diperolehi oleh kroni, nepotis dan anak2 buah mereka sahaja.

Kita mempunyai Pilihan Yang Lebih Baik dari keberadaan Politikus di kalangan kita. Ketaatan dan kesetiaan ada Had Batas Sempadan. Apa faedahnya membela dan melindungi Politikus atas nama Setia dan Taat jika mereka pun memandang amat rendah dan memperlekehkan kita?

Tahukah anda bahawa semua Politikus Malaysia tak kira dari pihak mana, sudah tertanam kuat dalam diri mereka yang mereka Lebih Berkuasa dan Menguasai Rakyat dengan kuasa-kuasa Eksekutif dan Legislatif? Malah Budaya anak-anak buah mereka pun terlebih sudu dari kuah. Mereka tetap akan memandang rendah dan hina kepada rakyat bawahan.

Sifat bongkak, ego, sombong, takkabur, angkoh sudah terlalu menebal dalam diri puak politikus. 

Dan kini mereka mencari jalan dan alasan untuk melarikan diri dari semua tanggungjawab mereka.

Jumaat, 24 Oktober 2014

MAAL HIJRAH 1 MUHARAM 1436 , MARILAH KITA BERDOA KERANA DOA ADALAH SENJATA MUKMIN..

‪#‎Bismillah‬ 
Salamun 'Alaikum

SEMPENA MAAL HIJRAH 1 MUHARAM 1436 INI ... MASUK WAKTU MAGHRIB HARI INI, MARILAH KITA SAMA-SAMA BERDOA, BERTAQWA & BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH HU TA'ALA ATAS 99 NAMA ALLAH HU TA'ALA, 114 SURAH AL QURAN, 30 JUZU' AL QURAN, 7 HURUF ASAS MUTAAQAT AL QURAN, 1,027,000 HURUF-HURUF DALAM AL QUR'AN, KITA PERTAJAMKAN DOA DAN MUNAJAT KITA, AGAR:-

1. AMALAN SONGSANG, PENYELEWENGAN, KEJAHATAN SERTA KEMUDARATAN POLITIK & POLITIK TERHAPUS SAMASEKALI;

2. MUSUH-MUSUH ISLAM DI NEGARA INI MENJADI LEMAH BINASA & KEKUATAN MEREKA HANCUR LEBUR, PERANCANGAN MEREKA GAGAL MUTLAK, SEGALA TIPU DAYA, HELAH MUSLIHAT MUSNAH MUTLAK DAN MEREKA BERPUTUS ASA;

3. ALLAH HU TA'ALA MENGHUKUM SEKERAS-KERASNYA DENGAN SIKSAAN & AZAB YG AMAT CEPAT & PEDIH KE ATAS:- 
a. GOLONGAN YG MEMBATALKAN YG HAQ DAN MEMBENARKAN YG BATHIL 

b. GOLONGAN PENGHISAP DARAH 

c. GOLONGAN PENYEKAT REZEKI 

d. GOLONGAN ADU DOMBA

e. GOLONGAN DURI DALAM DAGING, MUSUH DALAM SELIMUT & GUNTING DALAM LIPATAN

SERTA HANCUR BINASALAH SEMUA GOLONGAN TERSEBUT DAN TERUSIR DENGAN SENDIRI DARI TANAH JAWI INI

3. AGAR ISLAM KEMBALI KUKUH DAN DIAMALKAN SEPERTIMANA ASAL MULA AWAL ISLAM MASUK KE TANAH JAWI INI & SEPERTI DIAMALKAN PADA ZAMAN PARA SAHABAT RASULLULLAH SHALLALLAHU ALAIHIS SALAAM

4. TERTEGAK KEMBALI DAULAH PEMERINTAHAN MANHAJ NUBUWWAH SEMATA-MATA KERANA ALLAH HU TA'ALA

5. GOLONGAN PUAK PENENTANG, GOLONGAN INGKAR & GOLONGAN SYUBAHAT DENGAN SENDIRINYA TERUSIR DARI TANAH JAWI INI BESERTA KETURUNAN MEREKA

6. SEGALA PINTU-PINTU KEJAHATAN & KEMUDARATAN TERTUTUP DAN TERBUKA SEGALA PINTU-PINTU KEBAIKAN & KEMANAFAATAN

7. SEMUA YANG BERHAK MEMPEROLEHI KEMBALI HAK-HAK MEREKA.

AL FATIHAH ...
AMIIN .....

Isnin, 20 Oktober 2014

TAIKOPURASIA - BILA POLITIKUS MAKIN BONGOK DAKWA MELAYU ADALAH PENDATANG.

Dalam empat perjenisan utama manusia :-
  1. Manusia Dewa
  2. Manusia Jin
  3. Manusia berhati iblis / Manusia Hewani bersifat kebinatangan
  4. Manusia Insani 
Ada sejenis lagi spesis manusia yang bergelar POLITIKUS.
Mereka ini adalah warganegara TAIKOPURASIA pemegang kad pengenalan Malaysia. 

Ada juga dikalangan mereka berjaya mendaki Tangga Kejayaan melalui Sistem Politik Malaysia menjadi pemimpin bergelar Ketua Menteri dan EXCO Negeri serta Menteri. 

Namun, dari segi kemahiran berbahasa Melayu dan menulis dalam bahasa Melayu, Bangla dan Nepal lagi fasih daripada mereka. 

Malah tidak ada langsung dikalangan mereka yang boleh membaca dan menulis menggunakan tulisan JAWI atau RENCONG MELAYU. Ada pula di kalangan mereka cukup benci dan anti dengan tulisan JAWI Melayu. 

Melalui Politik dan tipu helah British, warga-warga TAIKOPURASIA ini diterima menjadi pemegang kad pengenalan Tanah Melayu dan selepas itu Malaysia. 

Janji Asal yakni Kontrak Sosial yang berlaku di antara kelompok Politikus Melayu dengan warga-warga Taikopurasia ialah:-
  1. Mereka diberikan Hak Menumpang dengan memegang kad pengenalan yang sah; 

  2. Mereka juga diberikan Hak Perkongsian Kuasa Politik setakat mana yang perlu; 

  3. Mereka diberikan Hak Pemilikan Tanah sebanyak 50% kecuali tasik, sungai, laut, bukit-bukau dan gunung-ganang. 

  4. Bahawa mereka dan keturunan mereka tetap mengakui Melayu adalah penduduk pribumi asal asli di Tanah Melayu.

  5. Mereka bertaat setia kepada Raja-raja Melayu dan menerima Islam agama Persekutuan

  6. Mereka tidak akan mempersoalkan dan mempertikaikan Hak-hak Istimewa Melayu hatta ada kelompok Politikus Melayu yang menjadi bangang dan bahlol bagidol mempersoal dan mempertikaikan Hak-hak tersebut.

  7. Bahawa Kontrak Sosial itu tetap berlaku sehingga kiamat waima apa pun berlaku dan terjadi. 
Bukti-bukti saintifik telahpun dibuat dan terbukti, Perak Man dan Orang Kelantan serta Orang Asli telah menduduki Tanah Melayu ini sejak 60,000 tahun dahulu sewaktu masih ada daratan bernama SUNDA. 

Bukti-bukti lisan pula mampu mengesan kependudukan terawal sejak 100,000 tahun lampau sebelum wujud Sriwijaya dan majapahit (Empayar-empayar Manusia Dewa/Jin - Panji-panji Dewa Surya Bumi). Sejarah Melayu bukan bermula dari Parameswara, menantu yang derhaka kepada bapa mertuanya. Yang terpaksa melarikan diri ke Temasik dan ke Muara Sungai Muar sebelum mendirikan kerajaan Melaka setelah diizinkan oleh tok-tok bathin dan Tok Penghulu setempat. Kerajaan-kerajaan Purbakala Melayu / Bani Jawiyah pada waktu itu terhampar terbentang luas dari Rom sehingga ke Tengah China. Kemudian menyusut apabila berlaku kejatuhan sehinggalah hanya tinggal kerajaan-kerajaan purbakala di Tanah Melayu. 

Di akhir zaman, Bani Jawiyah menggunakan gelaran Melayu. 

Sebenarnya tidak timbul persoalan Melayu adalah Pendatang kerana sememangnya Melayu bukan Pendatang di Tanah Air mereka sendiri. 

Persoalan itu sengaja ditimbulkan oleh politikus-politikus Taikopurasia kerana fikiran mereka singkat dan sempit serta bersikap angkuh, sombong dan bongkak terhadap Melayu.

Mereka mendakwa merekalah yang membangunkan ekonomi Malaysia. Kononnya merekalah yang menjadikan Malaysia sebuah syurgawi mewah. Tapi mereka lupa jasa-jasa Melayu yang banyak membantu mereka dalam bidang ekonomi.

Nenek moyang Melayu dulu tak silap. 

Yang melakukan kesilapan sejak 'menuntut kemerdekaan' adalah kelompok Politikus Bangang. 

Sehingga kini Politikus Bangang masih belum menjumpai sebarang penawar mujarab bagi menyembuhkan Penyakit Bangang mereka. 

Kini, 15,121,200 juta Melayu tolak kelompok Politikus, menuntut agar Politikus Taikopurasia dan Politikus Melayu memperbetulkan kembali kedudukan dan kebangangan mereka selama 57 tahun.


Ahad, 19 Oktober 2014

BILA TAIKO TERLEBIH POWER

Pada suatu masa dulukala, sewaktu semua dinosurs baru nak pandai sebut "cendol duaploh sen"; dan sewaktu pungguk belum pandai sebut "Kalipah Umar" dan sebelum ular anaconda pandai masuk semua lubang; dan sebelum segala Raja Parasit pandai buat "paperwork"; maka adalah sebuah Negeri Kota disebut Taikopura.

Akan Taikopura ini tiadalah Raja atau Sultan atau Penghulu atau Menteri atau Perdana Menteri atau Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Ketua negeri disebut Taiko-waklu. Akan Taiko-waklu ne pula tiada di pilih melalui proses undi melainkan kepada kehebatan seseorang mampu menguasai wilayah-wilayah dan kawasan-kawasan.
Maka barangsiapa yang mampu menundukkan; mengkowtim dan mengalahkan mana-mana Waklu-tecik kawasan, maka akan dilantik menjadi Taiko-Waklu Umum dalam Majlis Ketaikoan Tertinggi.

Tiada sebarang cukai dikenakan ke atas mana-mana rakyat kecuali dikenakan bayaran Perlindungan sahaja.
Segala harga barangan pun murah-murah kerana Taikopura menggalakkan rakyatnya menyeludup segala barangan. Tiada bank-bank ditubuhkan kerana Polisi Fiskal Awam Taikopura mengikut Buku Jingei menggalakan aktiviti Ahhss-So-Long-No-See. Tiadalah Bank Pusat dan Bank Negara kerana Taikopura menggunakan Sistem Ribaan Bunga.

Tiada juga matawang kerana Taikopura menggunakan sistem rangkaian kredit sepanjang masa.

Pendidikan adalah Percuma. Rakyat hanya dikenakan kerahan tenaga menjadi GRO dan jadi Tukang Urut batin pada sebelah malam. Tiada PTPTN. Bagi yang lelaki pula mereka dikerahkan menjadi Budak Kopi sahaja.Sistem pentadbiran dan perwakilan Taikopura pun jauh berbeza. Setiap kampung dijaga oleh Jagoan Waklu Lokal yang dilantik dari pertandingan sukaneka rakyat "Akademi Jagoan Waklu" yang diadakan secara tahunan selepas perayaan Hantu Lapor.

Dibandar-bandar pula, dibahagikan mengikut kawasan-kawasan tertentu dengan sempadan yang ditandai dengan gerai burger yang dipacakkan bendera mengikut warna tertentu.

Pusat Pentadbiran Taikopura dinamakan Taikotown. Mana-mana Taiko-waklu Umum dibenarkan memerintah Taikopura selama mana beliau sukai dan selagi mana tiada mana-mana taiko-waklu mampu merampas titel Taiko-waklu Umum.

Begitulah serba ringkas akan latarbelakang sosio-politiku dan sosio-budaya negeri bernama Taikopura suatu masa dulukala. Kini Taikopura sudah tiada lagi setelah berlaku gempa bumi, wabak penyakit, peperangan sesama sendiri, banjir besar, letusan gunung berapi, puting-beliung sehingga tenggelam di dalam dasar lautan di Lautan Hindi. 

Apakah Kita Mahu Malaysia menjadi sebuah TAIKOPURA?


Khamis, 16 Oktober 2014

KENAPA PERLU BERJUANG DEMI MENYELAMATKAN ANWAR IBRAHIM? DAH SASAU SANGAT KE?

Kata cerdik sangat daripada semua pengundi dan penyokong BN dan UMNO serta genk Songkok Tinggi Keris Telanjang .. Tapi kenapa begitu bahlol bertingkat-tingkat berjuang, berdemo semata-mata nak menyokong perbuatan jenayah seksual Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahim ada ke atau takde ke, serupa sahaja keadaan di Malaysia pun.

Apa korang dapat pun ? Anwar Ibrahim jugak yang untong. Korang dapat apa untung?

Anwar Ibrahim bukan keramat bukan Nabi Allah bukan Imam Mahdi bukan Pemimpin Harapan Rakyat bukan Anugerah Tuhan, bukan mangsa konspirasi, Anwar Ibrahim kalau kentot pun bau busuk jugak sama seperti orang lain. 

Anwar Ibrahim adalah seorang manusia biasa je tak maksum pun, tak istimewa pun. Beliau tetap ada nafsu-nafsi gak cuma beliau ada sikit luarbiasa punyai nafsu yang sama dengan kaum Nabi Luth alaihis salaam. 

Kenapa nak bersusah payah untuk membantu Anwar Ibrahim melepaskan dirinya daripada Hukuman?

Kesemua bukti dan keterangan telah di cabar dan di uji di dalam mahkamah.

Perbicaraan Anwar Ibrahim pun punyalah lama dan barisan peguambela Anwar Ibrahim tidak pernah di halang dari membuat bermacam-macam permohonan yang ada dalam buku undang-undang. 

Apa rasionalnya dan kewarasannya untuk membela Anwar Ibrahim ini?

Pelik betul penyokong dan pentaksub PKR dan manipulator DAP. Depa sendiri tak turun tapi suruh oranglain turun. 

Tak Logik Sungguh Nak Berdemo Depan Istana Kehakiman dan Menggangu Proses Peradilan di Negara Sendiri gara-gara seorang politikus monopos cam Anwar Ibrhaim ini. 

Buang masa je layan Anwar Ibrahim ni. 

APA LAGI POLITIKUS MALAYSIA MAHU?

Setelah 57 tahun berlalu sejak kemunculan pertama kelompok politikus di Malaysia; kita melihat dari bapak sampai ke anak sampai ke cucu; politikus mewariskan jawatan dan pangkat ikut suka hati mak bapak diaorg macamlah Malaysia ni pesaka nenek moyang mereka.

Contoh paling dekat ialah DAP-PKR. Dua buah parti cap ayam itu dah jadi harta pesaka dua buah keluarga.

Manakala dalam UMNO pula; berlaku juga tapi taklah seterok DAP PKR.

Apalagi yang Politikus Malaysia mahu?

Pangkat dah di beri
Jawatan dah di beri
Kuasa dah di beri
Harta bertimbun sampai sebelas keturunan tak abis pun dah di beri

Politikus Malaysia Ini Tak Reti Nak Bersyukur Dan Berpuashati dengan apa yang dah di beri?

Masih nak kufur nikmat?

23 tahun lamanya mereka diberikan peringatan demi peringatan.

Tapi mereka masih Ego..sombong..bongkak ... angkuh seolah-olah Malaysia ini harta pesaka keluarga keturunan mereka.

Mereka pesongkan sejarah ....
Mereka gantikan tulisan Jawi ...
Mereka ubah Perjanjian Persetiaan...
Mereka bina empayar mereka sendiri....
Mereka akur dan tunduk kepada orang luar ....
Mereka takut nak berkata benar...
Mereka takut nak buat benda betul...
Mereka takut hilang kuasa ....
Tau Plak Mereka Takut Hilang Kedudukan, Pangkat, Harta dan Keistimewaan.

Tapi mereka tak tunjuk pun mereka takut kepada Allah Hu Ta'ala ....

Takpe lah; biarlah Allah Hu Taala yang menghukum mereka ..... Allah Hu Taala sahaja yang berhak menghukum ...

Kita tengok je la bagaimana mereka di hukum Allah Hu Taala jika mereka masih enggan bertaubat dan mengembalikan Hak kepada yang Berhak ...

APA YANG TAK KENA DENGAN POLITIKUS MALAYSIA?

Malaysia ada 29.8 juta manusia.
Dari bilangan itu, hanya 222 dan 576 orang ditakdirkan menjadi politikus diperingkat kepimpinan tertinggi.

Dari bilangan itu, hanya
1 PM
1 TPM
20 Jemaah Menteri

10 MB
3 KM
EXCO kurang lebih dalam 140 orang

dan pada pikiran kita, mereka terpilih kerana mereka bijak, pandai, disukai orang dan berbakat besar.

TAPI JIKA ANDA FIKIR BEGITU... ANDA MELAKUKAN KESILAPAN YANG AMAT BESAR!

Rabu, 15 Oktober 2014

PUAK ANTI GOMEN , RAKYAT DAH JEMU SERTAI DEMO PROTES YANG TAKDE HASIL.

PUNCA UTAMA KENAPA MELAYU DAN AGAMA ISLAM DI CERCA DAN DI MAKI HAMUN DEK CINA KIASU DAP KERANA BUDAYA ITU DIMULAKAN OLEH ANWAR IBRAHIM, SEORANG PELIWAT HABITUAL DAN TEGAR. 

BUDAYA ITU PULA DIPOPULERKAN OLEH PUAK REFORMASI DAN PUAK SOSIALIS CAM ISHAM RAIS. 

DISAPOT PULA OLEH PUAK-PUAK LEBAI PAS YANG KINI SEDANG MENERIMA PEMBALASAN SETIMPAL DARIPADA DAP KIASU & PKR SOSIALIS PRAGMATIK.

APABILA BUDAYA ITU SEMAKIN MENULAR DAN KEGAGALAN PENJAWAT-PENJAWAT DALAM UMNO MENGATASINYA, DAN KEGAGALAN SEMUA PUCUK PIMPINAN POLITIKUS MELAYU MENYATU PADUKAN MELAYU SERTA MENGALAHKAN KELICIKAN ANWAR IBRAHIM, BUDAYA ITU MENJADI SEMAKIN GANAS DAN BERTAMBAH TEROK. 

AKIBATNYA, MELAYU MENJADI MANGSA KEADAAN DAN ISLAM DIPERHINAKAN SEPANJANG MASA TANPA SEBARANG PEMBELAAN. 

Puak-puak anarkis yang bangang lagi bahlol menyebarkan kebencian kepada UMNO macam tak hengat donia. Habis semua budaya Melayu dikaitkan dalam penyebaran kebencian kepada UMNO. Gelaran-gelaran 'Hanya Melayu Bodoh Sokong UMNO', 'Geng Songkok Tinggi' , 'Keris Telanjang' ini semua jadi bahan modal plak dek DAP Kiasu untuk menyebarkan dakyah mereka yang anti Melayu dan anti Islam.

Bila anwar ibrahim mengajak penyokongnya berhimpun di Mahkamah pada hari pendengaran kesnya, dan berdemo membuat protes kerana subsidi minyak dikurangkan, apa yang dicapai pun dalam demo-demo bantahan seperti itu? 

Adakah selepas demo bantahan diadakan maka segalanya selesai? Tidak ! Demo bantahan tidak akan mendatangkan sebarang manafaat. Malah tidak akan membantu apa-apa pun. 

Dari membuang masa dan tenaga serta membuat bising dan bingit di tempat awam, lebih baik melakukan sesuatu yang lebih afdal dan efektif. Sebagai contoh, mengumpul dana , menubuhkan koperasi dan konglomerat kemudian beli semua saham-saham syarikat yang ada kaitan dengan peruncitan petrol dan barangan keperluan. 

Kalau betul nak tunjuk diri tu lebih bagus dan pala hotak itu lagi cerdik daripada PEMANDU, Omar Ong-kos, Idris Jala dan Najib, kumpul lah Dana banyak-banyak dan ajak orang awam menyertainya. Kemudian bina rangkaian bisnes untuk menyaingi monopoli rangkaian bisnes yang ada. 

Pergi demo bantahan, buat bising, tunjuk perasaan, tunjuk plakad, buat perangai macam-macam, jerit-jerit lepas tu balik rumah apa dapat? Ada selesai masalah ?

Akhirya menjadi Alat perkakas dek orang lain yang lebih bijak dan lebih licik daripada korang. Mula-mula korang hengat korang cerdik dan licik, rupa-rupanya korang diperbodohkan dan diperbahlolkan menjadi Alat Perkakas untuk orang lain perolehi apa yang mereka nak. Dabel Tolol Namanya Tu. 

Amat Merugikan Menjadikan Matlamat Tumbangkan BN dan UMNO dalam Kehidupan Yang Tak Lama Ini, Lebih Baik Fokus dan Tumpukan Usaha Bersepadu Untuk Memperbaiki Mutu Kehidupan Sendiri Dan Dalam Masa Yang Sama Menjadi Kuasa Penentu Yang Digeruni dan Di Hormati. 

Selasa, 14 Oktober 2014

BAJET 2015 - JUMLAH YANG BERKITAR DI KALANGAN SIAPA - SUDUT PANDANG PENOREH GETAH.


Jari-jemari gatal plak nak menulis mengenai Agihan dan Jumlah yang bakal berkitar dalam Bajet 2015 ($273.9 bilion) pada tahun depan. Bagi melihat dan mengintai apakah Peluang yang ada untuk 'Merasai Nikmat Bajet $273.9 bilion' agar menjadi Pembeli/Pengguna Yang Bersyukur dan Redho. 

Mula-mula, kita teliti dulu sebahagian dari Teks Ucapan DS Najib mengenainya:-
PERUNTUKAN BAJET 2015
Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2015 memperuntukkan sejumlah 273.9 bilion ringgit iaitu
peningkatan sebanyak 9.8 bilion ringgit berbanding peruntukan asal 2014. Daripadanya,
223.4 bilion ringgit bagi perbelanjaan mengurus dan 
50.5 bilion ringgit sebagai perbelanjaan pembangunan.
Di bawah peruntukan mengurus, 
65.6 bilion ringgit adalah untuk Emolumen, dan 
38.1 bilion ringgit untuk Perkhidmatan dan Bekalan. Agihan terbesar sebanyak 116.4 bilion ringgit adalah untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. 
Pembelian Aset pula diperuntukkan
sebanyak 
1.5 bilion ringgit dan
1.8 bilion ringgit untuk perbelanjaan lain.
Di bawah peruntukan pembangunan, 
sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak 29.3 bilion ringgit, diikuti oleh sektor sosial 12.6 bilion ringgit merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan serta kesejahteraan masyarakat. 
Sektor keselamatan pula diperuntukkan sebanyak 4.9 bilion ringgit. 
Selebihnya, diagihkan kepada sektor pentadbiran am iaitu sebanyak 1.7 bilion ringgit dan 
simpanan luar jangka sebanyak 2 bilion ringgit
Pada tahun 2015, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan diunjurkan sebanyak 235.2
bilion ringgit, yakni peningkatan sebanyak 10.2 bilion ringgit berbanding 2014
Ok, dari situ, kita mula pisah-pisahkan jumlah Bajet $273.9 bilion berkenaan. Bajet berkenaan dipecahkan mengikut dua bahagian yakni Perbelanjaan Mengurus & Perbelanjaan Pembangunan. Dari situ ianya dipecahkan lagi mengikut sub-bahagian masing-masing. Jadi, kurang lebih bentuknya seeperti dibawah:-

Bajet : $273.9 bilion       Unjuran Pendapatan Negara 2015: $235.2 bilion.    Defisit: $38.7 bilion

1. Perbelanjaan Mengurus $223.4 bilion 
- Emolumen (gaji, elaun, bayar kontrak konsultan)  $65.6 bilion 
- Perkhidmatan & Bekalan  $38.1 bilion
- Pemberian & Kenaan Tetap $116.4 bilion 
- Pembelian Aset  $1.5 bilion 
- Perbelanjaan Lain $1.8 bilion 

Dibawah agihan ini sebesar $223.4 bilion, pihak manakah yang bakal memperolehi sebahagian besar jumlah berkenaan?  $116.4 bilion itu takpelah, sebab bayar hutang-hutang negara. 

Tapi jumlah  $65,6 bilion + $38.1 bilion + $1.5 bilion + $1.8 bilion = $107 bilion itu dapat kepada siapa untuk dinikmati? Jumlah itu tidak akan berkitar di bawah untuk dinikmati oleh rakyat bawahan.

Hairan juga ada pembelian aset sejumlah $1.5 bilion diperuntukkan. Apakah mungkin kereta rasmi akan berubah lagi atau bakal ada renovasi pejabat?

2. Perbelanjaan Pembangunan $50.5 bilion (jumlah jauh lebih kecil berbanding Emolumen $65.6 B)
- Sektor Ekonomi $29.3 bilion (bandingkan dengan Emolumen $65.6 bilion belanja hangus) 
- Sektor Sosial $12.6 bilion (bandingkan dengan Emolumen $65.6 bilion belanja hangus) 
- Sektor Keselamatan $4.9 bilion 
- Sektor Pentadbiran Am $1.7 bilion 
- Simpanan Luar Jangka $2 bilion

Dalam jumlah ini adalah sikit sampai ke rakyat tapi tak sepenuhnya, Masih ada banyak tapisan macam-macam. dari sini kita boleh buat agakan cerdik, dimana ada jumlah yang takkan kesampaian memandangkan ada defisit $38.7 bilion dan kutipan hasil yang berlaku pun tidak serentak. Oleh itu kita boleh menjangkakan, subsidi petrol mungkin di tarik lagi pada hujung tahun 2015. 

3. BRIM $4.9 bilion. (Emolumen $65.6 bilion) 
Hanya jumlah ini sahaja yang boleh diharapkan berkitar di kalangan rakyat. Jadi anda perlu menjadi kreatif bagaimana nak menjual produk kepada penerima BRIM. Andaikata anda mampu menyakinkan penerima BRIM untuk membeli produk anda pada harga berpatutan, kemungkinan besar anda boleh 'menoreh'  sikit dari jumlah $4.9 bilion. 

Pihak peruncit bolehlah mengharapkan berlakunya perbelanjaan daripada penerima BRIM. Itu pun ikut untung nasib peruncit memasing lah. Jika kreatif memasarkan produk, kemungkinan mendapat laba yang boleh menampung perbelanjaan selama dua tahun. 

Jadi pada sudut pandang Penoreh Getah, ada kemungkinan besar, jumlah yang betul-betul realistik berkitar pada tahun depan dari jumlah Bajet $273.9 bilion ialah sejumlah $4.9 bilion dan $5 bilion sahaja. Menjadikan jumlah anggaran yang berkitar sebanyak $9.9 bilion sahaja.

Selebihnya, hanya berkitar di kalangan para Elitis Terpilih, Konsultan Eksklusif, Kontraktor Selektif dan Pembekal Yang Disayangi. 

Dengan itu, kita patut bersyukur dan redho kerana Menteri pun ikat perot. 

Isnin, 13 Oktober 2014

BAJET 2015 - IDRIS JALA & OMAR ONG-kos SEPATUTNYA PAKSA SWASTA BAYAR GAJI RM7 ,000 KEPADA PEKERJA.


Data di atas diambil dari sumber National Debts Clock ada lagi satu sumber daripada The Economists tapi data-data mereka amat prejudis. 

Bila kita melihat data daripada sumber bebas yang menganalisa data-data daripada Bank Dunia dan sumber-sumber sah kerajaan, ternyata GDP/ KDNKK MALAYSIA adalah tinggi mencecah RM1.037 trilion setiap tahun. 

Ini bermakna, Malaysia sudah pun menjadi sebuah Negara Maju Berpendapatan Tinggi waima masih mengamalkan subsidi. 

Ada beberapa perkara yang menjadi tanda tanya kepada kita bila membaca dan menganalisa data di atas yakni:-

  1. Kenapa gaji di swasta masih begitu rendah pada julat RM1,000 - RM3,000 sebulan kepada para pekerja di semua peringkat kecuali bagi Pegawai Eksekutif dan Pengurus-pengurus Besar?
  2. Kenapa PEMANDU yang diketuai Idris Jala dan dibayangi oleh Omar Ong-kos , Menteri CGPA serta Menteri Ikat Perot gagal melihat keadaan ini?
  3. Data diatas jelas menunjukkan kepada kita pihak swasta memang bikin duit banyak-banyak dan untong besar. Tapi kenapa mereka enggan mengagihkan kemewahan dan kekayaan itu kepada para pekerja mereka melalui Skim Gaji yang lebih lumayan daripada sekarang?
  4. Kenapa komitmen me-LIBERALISASIKAN sektor SWASTA YANG BERMERIT DAN MENERIMA BANYAK SUBSIDI SERTA INSENTIF PENGECUALIAN CUAI (TAHUN DEPAN DIKECUALIKAN 1%)  begitu lembab dan tak pernah wujud pun daripada PEMANDU? Sebaliknya, LIBERALISASI GLC dititik beratkan dimana pihak swasta 'Makan Harta Bahagian Rakyat dan Melayu'.
  5. Sepatutnya, gaji permulaan bagi rakyat Malaysia ialah RM7,000 sebulan dan Gaji akhir ialah RM10,000 sebulan. Ini sudah tentu akan meningkatkan lagi Produktiviti dan Daya Kreativiti pekerja untuk menambahkan pengeluaran dan kualiti barangan.
  6. Kita sedang melihat bagaimana pihak Swasta yang sudah kaya-raya mencuri dan merompak Bahagian Rakyat melalui Liberalisasi Sektor Awam tapi mereka (pihak swasta) enggan meliberalisasikan sektor mereka kepada kerajaan dan rakyat. 

Satu skim Mekanisma penetapan Gaji Permulaan pada kadar RM7,000 sebulan sebagai ganti kepada Skim BRIM. Yakni, gomen boleh 'Top-Up' sebarang kekurangan pada kadar kemampuan pihak swasta membayar Gaji Permulaan RM7,000.00. Gomen tak rugi sebab gomen ada Rekod lebih tersusun dan terperinci dan boleh kutip semula melalui GST dan Cukai Pendapatan, Cukai Taksiran, Cukai Pintu, Cukai Tanah dan bermacam-macam cukai lagi. 

Bagaimana kaedah dan mekanismanya, kan Idris Jala dan Omar Ong-kos Orang Bijak lulusan Oxford dan Cambridge, takkan pala hotak diaorg takleh pikir camna kan. kalau takleh pikir elok LETAK JAWATAN dan BERAMBUS je lar dari PEMANDU. Takpun tanya Menteri CGPA dan Menteri yang Ikat Perot. Depa mungkin tahu bagaimana. 



BAJET 2015 - SAMPAI BILA POLITIKUS NAK JADIKAN MELAYU KUMPULAN PEMBELI YANG BERSYUKUR & REDHO?




Kita MELAYU yang seramai 15,121,200 juta mengharapkan agar Bajet dan Sistem Penyampaian lebih mesra kepada MELAYU yang ada komitmen nak berniaga bersungguh-sungguh. 

Kita pun nak membebaskan diri dari belenggu pelbagai Amalan Diskriminasi yang dilakukan puak kapitalis Kiasu selama ini ke atas kita. 

Kita mahu Mendominasi dan Menguasai Pasaran dari peringkat awal sehingga akhir. 

Kita mahu sumber2 Lesen dan permit lombong, pasir serta pembuatan simen serta batu-batan diliberalisasikan sepenuhnya kepada MELAYU. 

Kita mahu sektor Forwarding di semua pelabuhan utama negara di liberalisasikan kepada MELAYU. 

Kita mahu CTOS dihapuskan dan dimansuhkan 

Kita mahu Mekanisma Harga barangan keperluan dan produk-produk pembinaan, pengangkutan dan jentera-jentera berat diLIBERALISASIKAN kepada MELAYU. 

Kita mahu Rangkaian Perniagaan diLIBERALISASIKAN kepada MELAYU.

Kita mahu Perbankan diliberalisasikan kepada MELAYU 

Kita mahu lebih ramai MELAYU menjadi CEO dan BOD dalam bank-bank.

Kita mahu lebih ramai MELAYU menjadi S.E.O dan Eksekutif Kanan, Pengurus Besar, Pengurus dalam syarikat-syarikat Swasta.

Kita mahu lebih banyak kilang-kilang pembuatan dan kawasan industri di buka kepada MELAYU.

Kita tak mahu lagi hanya di didik dan di ajar menjadi PEMBELI YG BERSYUKUR & REDHO sedangkan kadar rezeki yang amat banyak ada sebagai PENIAGA bukan sebagai PEMBELI. 

Yang inilah ambe nampak selama 57 tahun itu yang GAGAL DICAPAI.

Bukan kerana kelemahan MELAYU atau MELAYU PEMALAS, tapi kerana adanya AMALAN-AMALAN DISKRIMINASI MELAMPAU yang tidak dihapuskan dan ditangani dengan baik ! 

Ini berpunca dari TIADANYA POLISI-POLISI yang menghapuskan dan menghukum AMALAN-AMALAN DISKRIMINASI tersebut. 

Bukan RAHSIA lagi bahawa sejak 57 tahun lalu, semua pintu-pintu kemewahan kepada REZEKI BERNIAGA DITUTUP RAPAT-RAPAT KEPADA MELAYU.

Sehingglah muncul DEB. Itupun pada tahun-tahun 1980an dan 1990an, Politikus pulak jadi TAMAK DAN RAKUS. Hanya membuka Pintu-pintu kepada puak-puak mereka sahaja.

DEB juga disabotaj dengan timbulnya amalan ALI-BABA ciptaan puak kapitalis dan elitis yakni MENJUAL PROJEK melalui pujuk rayu serta berlakunya amalan di mana harga barang mentah dinaikkan tiba-tiba oleh pembekal. 

Kebanyakan polis-polisi sejak 2003, hanya menjadi pemangkin kepada Amalan-amalan Diskriminasi terhadap MELAYU dalam bidang penguasaan ekonomi.

Sampai bila MELAYU dibiarkan saja didiskriminasi dalam ekonomi dengan label PEMALAS, TAK BOLEH BERJAYA, TAK ADA MERIT, PERLUKAN TONGKAT ? 

Suatu Polisi Ekonomi Mantap perlu dibuat dimana LIBERALISASI EKONOMI DI SEKTOR SWASTA PERLU DIPAKSAKAN KE ATAS KELOMPOK ELITIS DAN KAPITALIS.

MELAYU perlu diberikan kelonggaran peraturan dan karenah birokrasi bila mahu membuka perniagaan. Setiap MELAYU perlu diberi peluang sekali diberikan jumlah pinjaman modal berniaga sejumlah $500,000.00 pada kadar faedah 3% yg tak berubah. Tanpa penjamin, tanpa cagaran dibawah PUNB dan MARA tanpa mengira status Melayu itu.

MELAYU DAH JEMU JADI KUMPULAN PEMBELI DAN KAMI MAHU MENJADI PEMAIN BESAR DALAM EKONOMI ... KE MASIH TAK PAHAM LAGI?????

Sabtu, 11 Oktober 2014

BAJET PENASIHAT DAN RAKYAT KENA BAJET - $1.426 TRILION DIBELANJAKAN SELAMA 6 TAHUN ?


PENASIHAT TELAH MEMBELANJAKAN WANG KERAJAAN SEJUMLAH $1.426 TRILION DALAM TEMPOH 6 TAHUN SEJAK 2010 SEHINGGA 2015. 

Perbelanjaan Pengurusan mencecah $1.125 Trilion. Manakala Perbelanjaan untuk Pembangunan hanya sebesar $309.2 bilion sahaja. 

Perbelanjaan Pengurusan sentiasa dalam keadaan MENAIK dan BERTAMBAH. 

Jika benar PENASIHAT ADALAH CERDIK & PANDAI menguruskan perbelanjaan Negara, kita ingin bertanya kenapa berbelanja sehingga mencecah $1.125 Trilion selama 6 tahun untuk menguruskan dan mentadbir sebuah negara yang hanya ada 30 juta Penduduk yang 45% adalah remaja? 

Dimanakah RASIONALISASI BAJET ? 

Ambe buka PERSOALAN .....

Adakah jumlah ini mencerminkan sebuah perbelanjaan berhemah dan jimat cermat? 

Adakah jumlah ini mencermin sebuah Negara Yang Tak Punya Duit Banyak Untuk Tampung Subsidi Petrol ? 

Adakah jumlah ini mencerminkan sebuah Pasukan Pengurusan & Pentadbiran Yang Cekap dan Telus ? 

Adakah dengan Perbelanjaan sebesar ini, kehidupan dan taraf hidup Rakyat bertambah baik dan sokong semakin bertambah kepada Barisan Nasional?

Kenapa jumlah sebesar $1.426 trilion yang berkitar dalam ekonomi negara selama 6 tahun, tidak mampu nak melegakan dan meringankan Kos Sara Hidup Rakyat menurut amalan dan teori ekonomi Penasihat ? 

Dan Kenapa, rakyat begitu susah nak buat Pinjaman hatta $5,000 tanpa cagaran di Bank? 

Takkanlah hasil dari perbelanjaan $1.426 trilion sejak 2010 hanya membuahkan tindakan Rasionalisasi Subsidi dan penarikan subsidi 20sen sahaja?

Banyak lagi persoalan, tapi ambe bukakan untuk kreativiti anda semua untuk merenung dan berfikir ..... 


Khamis, 9 Oktober 2014

MENYANGGAH PROKSI IMF - SUBSIDI PETROL SIAPA YANG TERIMA BAYARAN?

Baiklah .... redho dan syukur...dah ketentuan Allah ... ok..dah tunjuk sokongan.... jadi ambe berhak menyatakan sanggahan setelah berikan sokongan dengan menjadi redho dan syukur.

Kita tak pernah diberitahu secara terperinci kepada siapakah sebenarnya wang subsidi petrol dibayar.

dan siapakah sebenarnya penerima bayaran wang subsidi itu.

Omar ong-kos takkan jawab soalan itu.

Penyokong pro omar ongkos pun takkan beri jawapan itu kepada anda.

Siapakah Penerima Bayaran Subsidi Terbesar di Malaysia sejak 57 tahun?

Kita cuma dapat manafaat sahaja yakni dapat beli petrol dan barangan keperluan pada harga kita mampu beli.

Tapi jumlah RM24 bilion itu siapa yang dapat daripada gomen dibawah skim subsidi?

ada tak yang berani nak dedah dan bukak informasi itu?

Ok ..lain masa ambe buka lagi supaya kita tahu bagaimana proksi IMF sedang menjahamkan ekonomi Melayu.

Isnin, 6 Oktober 2014

MALAYSIA SURGA MEWAH YANG DICEMBURUI IMF

kat mana Rasional nya Rasional-i-sa-si ? atau sebenarnya rasional + sasau ?

Malaysia ne sejak sebelum merdeka lagi masa zaman British dok pegang pentadbiran yang disalah sangka dek politikus sebagai penjajahan; merupakan syurgawi termewah di dunia.

Fakta sejarah tercatit jelas, kekayaan melayu merupakan penyumbang utama kepada Dana Perang Dunia Pertama dan Kedua.

Bila Jepun mari sekejap; terbantutlah perancangan british nak take ober sepenuhnya.

Lepas amerika jatuhkan bom atom kat nagasaki dan hiroshima; british balik Tanah Melayu dan bikin BMA.

Kenapa BMA dulu bukan Awam?
Sebabnya nak tipu Melayu lagi lar.

Sejarah mencatitkan... bagi British untuk memaksa Melayu jadi Tanah Jajahan sepenuhnya; satu kondisi menakutkan perlu diwujudkan.

Apakah situasi menakutkan itu?
British pakat dengan MPAJA yang kemudian menjadi PKM bikin huru-hara.

Tak pelik ke camana satu regimen komunis boleh baik punya tunggu Pesuruhjaya Tinggi British pada hari dan waktu serta lokasi yang tepat untuk ambush?

Tujuan British mudah saja, untuk menunjukkan betapa Tanah Melayu perlukan perlindungan British dari ancaman komunis; British bekerjasama dengan PKM dibalik tabir.

Cuma; British tak sangka pulak Dato Onn boleh satukan semua Melayu.

British manipulasikan usaha Dato Onn untuk menakutkan orang Cina dan Tamil.

Supaya British boleh pisahkan Singapura dari kemerdekaan awal.

Kenapa British buat semua itu?
Sebab British tak nak bayar hutang dan Bon Perang.

Sampai sekarang pun mana ada orang nak stori pasal Bon Perang yang dikeluarkan oleh British dan USA kepada Melayu.

Jadi British dan USA sentiasa cari jalan ... camna nak bankrupkan Malaysia supaya Malaysia boleh abiskan semua liabiliti pembayaran British dan USA atas semua Bon Perang dulu.

Mula-mula, semua anak Melayu diberikan biasiswa belajar di oxford dan cambridge. Free lah kononnya.

Bila dah 57 tahun maka muncul lah graduan graduan dan alumni bekas Oxpod dan Cambridge.

Jadi depa ne semua kelas A punya pala otak menjahanamkan ekonomi Melayu. Cuma jadi alat dan diperalatkan.

Mata dah ngantuk ... nanti sambung..cerita sekerat sekerat dulu ... kasi saspens...

Khamis, 2 Oktober 2014

RASIONALISASI SUBSIDI PERLU DIMANSUHKAN & PERBELANJAAN MENTERI PERLU DIRASIONALISASIKAN.

Nyamuk Yang Geget Mat Syabu tu Ahli UMNO 

PUTRAJAYA - OPIS PEMANDU: Sebelum itu, kita selitkan berita sekur nyamu ahli UMNO telah berjaya geget Mat Syabu. Kita tunggu saja la apa perkembangan seterusnya. Mungkin kerana Mat Syabu lawan Kepimpinan Ulama' dalam PAS maka terkena cam Namrud dulu. Adakah nasib Mat Syabu sama seperti Namrud nanti? Kita nantikan. 

Rasionalisasi Subsidi, ini polisi bukan lahir darikepala otak pemimpin BN ataupun UMNO. Ini suatu fakta yang anda perlu ingat. RS ini muncul daripada kepala hotak Konsultan yang dibekap oleh Omar Ong dan Deris Jala dalam PEMANDU. 

Ianya tercetus pada masa kemuncak gerakan penentangan kepada BN melalui siri-siri demonstrasi jalanan oleh puak anarkis PR. 

Salah satu tekanan yang diberikan oleh puak anarkis revolusioner pada waktu itu ialah mengenai Tata Urus dan Tata Tadbir Kewangan Negara. Mereka mendakwa berlakunya ketirisan dan pembeziran kewangan negara. 

Oleh itu, Najib telah mengumpul menurut nya sebagai 'The Best Minds In Malaysia' untuk beri ide apa langkah-langkah terbaik untuk 'Menjimatkan Perbelanjaan Negara. Akhirnya, mereka muncul dengan Ide, Pembaziran Berlaku kerana SUBSIDI. 

Hujah mereka, itu adalah PERBELANJAAN HANGUS. Tapi tak diberikan butiran dan penjelasan apakah yang dimaksudkan PERBELANJAAN HANGUS DALAM BERBELANJA UNTUK SUBSIDI BAGI KEPENTINGAN RAKYAT. 

Betul ke Perbelanjaan Subsidi Ini adalah Perbelanjaan Hangus? 

Gomen tak dapat balik semua perbelanjaan yang dibelanjakan dalam Subsidi?

Kat mana Hangus nya?

Bagaimana ianya menjadi Hangus?

Ker cuma Hangus dari segi Teori Kapitalis Sosialis Fabian sahaja?

Poin ini tak pernah diperbincangkan pun di mana-mana. 

Mereka cuma mahu kita menerima nya tanpa soal jawab. 

Bila difikirkan kembali; dengan merujuk kepada semua pembentangan perbelanjaan dalam Dewan Rakyat dan semua Laporan Audit Negara; kita dapati ketirisan dan perbelanjaan tak berhemah banyak berlaku bukan dalam Perbelanjaan Subsidi tapi dalam Perbelanjaan Pak Menteri, Agensi, GLC dan peruntukan-peruntukan khas termasuklah Perbelanjaan Hangus membayar Konsultan untuk beri Ide menyusahkan Rakyat.

Pendekata, Perbelanjaan Hangus banyak berlaku dalam perbelanjaan Pak Menteri, Agensi, GLC, peruntukan-peruntukan Khas dan pembayaran kepada Konsultan yang tak diperlukan.

Kenapa pula perbelanjaan-perbelanjaan itu tidak di RASIONALISASI kan

Sebaliknya, perbelanjaan ke atas subsidi di Rasionalisasikan. Kenapa? 

Dan juga kita tak pernah diberitahu dari mana datangnya Hasil Bagi Perbelanjaan-perbelanjaan Hangus yang disebutkan itu. 

Kita hanya diperbodohkan dan dimomokkan dengan Perbelanjaan Hangus itu adalah Subsidi. 

Ekonomi Progresif ialah Ekonomi Yang Bergerak Laju yang bergantung kepada kemampuan Mobilisasi/ Pengangkutan / Kecepatan Penghantaran Barangan / Mobiliti Rakyat. 

Untuk menggerakkan Ekonomi, rakyat perlu bergerak. 

Untuk bergerak , rakyat perlu isi Minyak. 

Untuk bergerak, rakyat perlu jumpa klien / pelanggan di luar. 

Bila berlaku Rasionalisasi Subsidi maka Mobiliti Rakyat Untuk Menggerakkan Ekonomi amat terjejas.

Bila terjejas, pendapatan rakyat Menurun.

Bila pendapatan rakyat Menurun, maka Ekonomi Hanya Dikuasai Oleh Puak Kapitalis dan Pemodal Yang Suka Hisap Darah Rakyat. 

Bila ini Berlaku, Rakyat tak dapat Keluar dari Zon Kemiskinan dan Menaikkan Taraf Hidup mereka. 

Beri lah seberapa banyak BRIM, BROOM, BRAM pun, bila mobiliti Rakyat Terjejas kerana Rasionalisasi Subsidi maka Poket Rakyat Semakin Mengecil. 

Berlakulah situasi di mana Kemewahan dan Kekayaan Negara hanya berkitar disekeliling Orang dan Pihak Elitis Tertentu Sahaja. 

KUASA MEMBELI RAKYAT SEMAKIN MENGECIL dan ini akan menyebabkan INFLASI TERUK bakal melanda Negara dalam masa 3 tahun sahaja. 



Rabu, 1 Oktober 2014

HARGA MINYAK DUNIA TURUN, SUBSIDI DIKURANGKAN - RASIONALISASI SUBSIDI YANG PALING TAK RASIONAL.

Langkah Penjimatan Yang Paling Baik - Tukar Penggunaan Petrol Kepada Ammonia 

Sebenarnya berapakah jumlah terkumpul pengurangan subsidi petrol sejak polisi Rasionalisasi Subsidi diperkenalkan? Lebih dari 20 sen sebenarnya. Waima rakyat mungkin tidak berdemo tapi PRU 14 merupakan Zaman Penutup Tirai kepada BN selagi Konsultan dan PEMANDU serta Menteri CGPA tidak mengubah dan menyemak semula dasar serta faktor-faktor penentu kepada Rasionalisasi Subsidi kerana ianya sudah menjadi Terlalu TIDAK RASIONAL.

Alasan yang diberikan oleh puak pro Rasionalisasi Subsidi (kaki bodek , kaki ampu, kaki kipas):-
  1. Harga minyak masih murah berbanding negara-negara ASEAN lain;
  2. Bagi mengekang kegiatan Penyeludupan;
  3. Warga asing turut menikmati subsidi berkenaan
  4. Naik cuma 20sen je;
  5. Emporium masih penuh orang. 
  6. Subsidi ialah Perbelanjaan hangus (Alasan Orang Banyak Duit Yang Ada Niat Nak Sakau Duit)
Itulah antara alasan-alasan yang diajarkan oleh Menteri CGPA untuk mempertahankan suatu Dasar yang bukan dibuat olehnya tapi oleh sekelompok Konsultan yang dibayar duit utk beri ide menyusahkan rakyat. Hebat kan. 

Bila kita menganalisa semua kesan-kesan sejak kuatkuasa Rasionalisasi Subsidi ini, pendapatan rakyat tak naik juga dan kehidupan rakyat masih banyak tak berubah.

Yang tampak berubah dalam kadar menaik ialah kehidupan Konsultan, Menteri CGPA, sokongan kepada Pembangkang dan kebencian kepada BN. 

Kenapa Konsultan Berbayar mahal dan Menteri CGPA tak laksanakan suatu ide bagaimana nak lawan penyeludup dan menyekat kebanjiran keluar wang kiriman pekerja-pekerja asing ke negara asal mereka? Sebaliknya mereka ambil pendekatan yang amat mudah yakni HUKUM RAKYAT.

Anihnya, pemimpin yang di pilih RAKYAT pulak lebih mempercayai kata2 Konsultan yang kemungkinan mereka pun tak undi pemimpin berkenaan. 

Pelik kan ? 

Rakyat yang undi dan selamatkan kerajaan yang diterajui oleh pemimpin berkenaan, tidak pula di tanya samada nak ke dikurangkan subsidi. Apa jadi kepada semua makmal2 Transformasi? 

Konsultan, Penasihat dan Punahsiat yang tak undi pemimpin berkenaan pula, di bayar gaji dan elaun lumayan setiap bulan dan kata-kata mereka dipercayai pulak tu !

Jadi dimanakah kesetiaan pemimpin itu kepada rakyat yang mengundi beliau?

Semua dan segala konsultan, punahsihat dan penasiat yang pemimpin itu lantik tidak di undi oleh rakyat. 

BRIM ? Lebih baik ambik BRIM tu letak kat subsidi, itu lagi bagus. 

Pemimpin berkenaan seringkali berkata dan memberi alasan bahawa Masa Kerajaan Tahu Semua Sudah Berlalu setiapkali hendak memansuhkan Akta-akta yang pembangkang mahu. 

Tapi bila masuk bab kepentingan Rakyat, tiada pula Suara Rakyat Di Tanya Terlebih Dahulu...
Apakah Kerajaan Hanya Tahu Apa Yang Lebih Baik berkenaan Rasionalisasi Subsidi dan Kerajaan Tak Tahu dalam isu-isu memberikan hak-hak rakyat yang sikit kepada pembangkang?

Mana satu betul gamaknya?

Bagi ambe yang wajib dipersalahkan ialah Omar Ong dan Idris Jala ler.
Dua ekor ne memang OTAK YAHUDI ZIONIS.
Depa beri nasihat yang salah dan tak betul. 

Kerana mereka berdua lah, kerajaan BN /UMNO dan Najib dapat nama buruk dan sukar dipulihkan. 

Bayangkan diwaktu rakyat sudah mahu menerima kembali BN, dua ekor tu plak sebok nak Rasionalisasi Subsidi. 

Ambe harap dua ekor itu dipecat serta-merta atau biarlah Allah Hu Ta'ala hukum mereka beserta sekutu-sekutu mereka.