MALAYSIA pernah aman, selamat dan sejahtera untuk semua bangsa di dunia ini tatkala seluruh dunia berada dalam kancah konflik yang tak berkesudahan. Namun akibat nafsu politikal yang tak dikekang oleh akhlak yang baik; Politikus lalai telah melakukan banyak kerosakan di Tanah Melayu Tanah Jawi. Maka, mereka mempunyai tujuh hari yang berakhir Jumaat ini untuk melakukan pembaikan dan perelokkan atas semua salahlaku mereka dan kembali kepada Al Quran Nur Kariim. Mereka wajib menamatkan semua krisis politikal dan kembali berdamai sesama mereka demi kebaikan dan kepentingan rakyat jelata.
TSKI masih lagi MB Selangor sehinggalah PKR-DAP memenuhi dan mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Sultan Selangor yang menjalankan kuasa-kuasa di bawah Perkara 50 dan 53 UUTNS (Undang-undang Tubuh Negeri Selangor).
Terkini semua rakyat jelata sudah maklum bagaimana Presiden PAS mula di serang oleh pihak-pihak yang pro Anwar. Kemacaian PKR-DAP pula terus menerus melakukan dakyah hasutan yang membawa kejahatan merosakkan keharmonian , keamanan dan kesejahteraan kepada agama, bangsa dan tanahair.
Kita membaca bagaimana LGE begitu sukahati dengan perpecahan yang berlaku didalam PAS.Kita melihat bagaimana kemacaian PKR-DAP menekan PAS agar tunduk taat kepada kehendak politikal dajal PKR-DAP. Kita melihat bagaimana beberapa kerat ADUN-ADUN PAS sendiri mula menentang Presiden mereka sendiri. Kita melihat bagaimana Presiden PAS mula menyerang PKR.
Kita tidak ingin apa yang dihajati oleh politikus yang paling curang dan yang amat jahat seperti mereka memperolehi apa yang mereka hajati. Kerana merekalah musuh yang paling nyata selepas setan dan iblis. Kita melihat bagaimana politikus paling curang dan amat jahat berkumpul pula dalam PASMA.
Kita jangan bertindak menghukum mereka kerana kita manusia biasa jua. Biarlah ALLAH HU TA'ALA sahaja yang menghukum mereka setelah kita berikan peringatan-peringatan kepada mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa