Sabtu, 20 September 2014

DESAIN GADANG ANWARINAS DALAM POLITIK MALAYSIA

Ambe dah lama mencari maklumat mengenai pergerakan dan rakan2 Anwrinas dalam ABIM serta dalam pergerakan Islam semasa Anwar Ibrahim mengetuai ABIM. Akhirnya terjumpa lah maklumat ini di fesbuk dari akaun Dagang Piatu.


GRAND DESIGN 
GENG ANWARINAS
DARI KACAMATA BEBAS

Anwar Keluar Meninggalkan Jawatan Presiden ABIM Dan Meninggalkan Usrah PAS (Terdiri Dari Arwah Ustaz Fadhil Nor Dan TG Haji Hadi, Sidiq Fadil Dll) Untuk Menyertai UMNO Pada 1982 Setelah Berjaya Dipujuk Oleh Mahathir Dan Prof Ismail Faruqi. Akibatnya Gerakan Islam Di Kampus Dalam Negeri Dan Luar Negeri Pecah Berkecai Pada Ketika Itu. Kemudian ABIM Turut Sama Mendapat Tempat Dalam UMNO. Di Kampus Dalam Negara, Kumpulan ATMA (UKM) Pecah, Markas Islam (ITM) Pecah, Dan Pro-Islam Di UM, UTM, Dan UTM Juga Pecah.

Di Luar Negara, Kumpulan Mahasiswa Malaysia MISG (USA) Dan IRC (UK) Dan IRC (Timur Tengah) Juga Berpecah, Tapi Yang Sokong Anwar Masuk UMNO Masih 50-50. Suara Islam (Islamic Voice) Di UK Tidak Begitu Popular Dalam Kalangan Pelajar Malaysia, Tetapi Khalid Samad Yang Popular Dalam IV Itu Tidak Setuju Dengan Anwar Dan Bila Balik Ke Malaysia Masuk PAS. Pun Begitu Hubungan Akrab KS Dengan Pimpinan IRC (Dr Dzul, Shaari Sungip) Adalah Hubungan Sentimental Hingga Hari Ini.

Apabila PAS Berjaya Ambil Alih Kelantan Semula 1990, MISG, IRC, ABIM Bergabung Dan Berdiri Di Belakang Anwar Untuk Mendapatkan Semula Kelantan Di Samping Membawa Imej Dan Pengaruh Islam Dalam UMNO. Lalu JIM Yang Ditubuhkan Di Malaysia Pada Tahun 1990 Oleh Shaari Sungip Untuk Mengumpulkan Bekas Ahli MISG Dan IRC Dan Mengarahkan Ahlinya Menyertai UMNO Bagi Membantu Anwar Merampas Semula Kelantan Dari PAS Dan Bersiap Sedia Menobat Anwar Menjadi PM Dan Presiden UMNO Selepas 1995.

Nama Dr Fuad Zakarshi (MISG), Dr Rahim Ghouse (MISG), Dr Dzulkifli Ahmad (IRC), Dr Wan Hasni (MISG), Dr Syed Azman (MISG), Dan Shaari Sungibp (IRC) Adalah Mereka Yg Menjadi Jambatan Luar Dan Dalam UMNO Dan PAS Bagi Membantu Anwar. Mereka Kini Berada Dalam Parti Berbeza UMNO, PAS Dan PKR Tetapi Hubungan Rangkaian Mereka Dalam Menjayakan Rancangan Anwar Untuk Kuasai Semua Parti Melayu-Islam Dan Untuk Menjadi PM Masih Berterusan.

Malang Tidak Berbau Apabila Ekonomi Dunia Meleset 1997, Dan Apabila Tun Mahathir Tidak Jadi Letak Jawatan PM Selepas Menangis Di Persidangan Agung UMNO, Tun Mahathir Menghidu Perancangan Anwar. Info Dalam Circle Anwar Dibocorkan Oleh Azmin Yang Ditanam Oleh Tun Mahathir Sebagai Pembantu Anwar Sejak 1988 Lagi.

Lalu Anwar Ditendang Keluar Dari UMNO Bukan Sahaja Kerana Grand Design Yang Diketahui Oleh Tun Mahathir Tetapi Kerana Anwar Enggan Luluskan Pelbagai Tender Dan Projek Kerajaan Yang Melibatkan Kroni UMNO Termasuk Keluarga Tun Mahathir. Lantas Pada Tahun 1998, Anwar Disepak Keluar Dari Peluang Untuk Jadi PM Menjadi Fatamorgana. Ketika Itu Ahli IRC-JIM Pecah, ABIM Pecah. MISG Pecah. Ada Yang Diarahkan Masuk PAS, Masuk PKN Kemudian PKR Dan Ada Yang Diarah Duduk Dalam UMNO Sehingga Sekarang Termasuk Zahid Hamidi Dll.

Di Belakang Mereka Ini Iaitu Dr Fuad Zakarshi, Dr Rahim Ghouse, Dr Dzulkifli Ahmad, Dr Wan Hasni, Dr Syed Azman Dan Shaari Sungip. Mereka Berhimpun Sebagai Pengikut IRC, MISG Dan ABIM. Mereka Kini Berada Dalam Tiga Parti Iaitu UMNO, PAS Dan PKR.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa