Khamis, 8 Mei 2014

DIANTARA TERESA KOK, WEE KA SIONG, JOSEPH ENTOLOL MALAON DENGAN PRESIDEN ISMA, YANG MANA SATU ADALAH HASUTAN?



SELEPAS LAWATAN OBAMA , DAN KENYATAAN OBAMA YANG 'MENASIHATI' ADMINISTRATIF NAJIB AGAR MENCIPTA ILUSI POLISI NON-RASIS, DAP-MCA KELIHATAN BEGITU MESRA RIANG RIA SUKAHATI. RENTETAN DARI ITU, MUNCULLAH KENYATAAN-KENYATAAN YANG BERSIFAT UGUTAN POLITIKAL DAN KENYATAAN BALAS. SUDAHKAH TIBA MASA UNTUK MENILAI SEMULA PERANAN MCA DALAM BN? TERMASUKLAH MENILAI SEMULA PERANAN WARGANEGARA MALAYSIA KETURUNAN CINA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA? ARTIKEL INI BERUSAHA MEMBUAT PENILAIAN DARI KACAMATA MELAYU YANG NON-PARTISAN MENGUPAS DIATAS KEPENTINGAN UMUM DALAM KERANGKA SOSIAL KONTRAK DAN FASAL 153 PERLEMBAGAAN.
  1. Pertama, kita melontarkan kepada semua spesis politikus di Malaysia, apakah mereka benar-benar faham mengenai hak minoriti dengan hak majoriti dalam kerangka tatanegara demokrasi Raja berperlembagaan?

  2. Kedua, adakah semua spesis politikus di Malaysia, benar-benar faham apakah Hak Keistimewaan Melayu dibawah Fasal 153 Perlembagaan dalam kerangka Perjanjian 1957 dan Laporan Suruhanjaya Lord Reid serta fakta yang mendorong Melayu setuju dengan pemberian kerakyatan melalui Jus Soli?

  3. ADAKAH BILA SEORANG MELAYU MENGATAKAN, MENULIS, MENERBITKAN DAN MENYEBARKAN SEBARANG FAKTA SEJARAH NEGARA, MAKA IANYA DIKIRA SEBAGAI SUATU KECENDERUNGAN MENGHASUT TETAPI TIDAK DIANGGAP DEMIKIAN APABILA IANYA DIBUAT OLEH SEORANG BUKAN MELAYU?

  4. Adakah kenyataan Teresa Kok menyeru orang Cina keluar Malaysia selagi BN memerintah bukan suatu kenyataan Hasutan ?

  5. Adakah kenyataan Wee Ka Siong berkenaan mahu mengkaji kedudukan MCA dalam BN jika UMNO-PAS bekerjasama dalam soal perlaksanaan Hudud bukan suatu Hasutan dan bukan bersifat rasis?

  6. Adakah Politikus Melayu benar-benar faham dan benar-benar sedar mengenai natijah dan impak kepada pemadaman pengenalan bangsa dalam semua borang rasmi gomen?

  7. Adakah sudah tidak bermakna lagi sokongan dan undi orang Melayu kepada BN agar individu tertentu terus mampu berkerjaya dan hidup mewah ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa