Selasa, 29 April 2014

APA PEKDAH BANTAH GST BILA AIR KENA CATU?

Artikel ini pendek saja sebab nak ulas benda yang dilakukan oleh akal pendek daripada pepuak pendek akal sosialis-komunis-anarkis yang berpayung berhimpun dibawah panji PKR-DAP.
Umum mengetahui puak pendek akal sosialis-komunis-anarkis PKR-DAP-PAS nak berhimpun pada 1hb Mei ini dikawasan orangramai dengan berarak dijalanan.

Kata pepuak tu, untuk perjuangkan hak rakyat sebab masa PRU13 lalu, depa tak berjaya nak tumbangkan BN. Tapi alasan itu direct sangat, so depa guna 'tikar ajaib GST' sebagai alasan.

Maka GST pun dijadikan 'Kambing Hitam' untuk dikorbankan bagi upacara ritual satanik pepuak itu menimbulkan kemarahan rakyat yang tak marah pun pasal GST. 

Yang marah pasal GST ne pepuak lintah darat kapitalis takde moral dari kalangan pengeluar/ peniaga / bisnes / kelab golof / peraih sebab depa takleh nak main harga lagi. Mana taknya, sebelum ini depa boleh kelentong dan lari dari kena cukai SST. Bila GST diperkenalkan, depa nak lari pun tak boleh dah. Sebab depa kena bayar terus kepada gomen. Sebelum ini, depa boleh serapkan cukai kedalam harga barangan/ produk depa. Sebab itu GST ini pada pepuak pendek akal sosialis-komunis-anarkis amat sesuai dijadikan 'kambing hitam'.

Ada Kos yang perlu ditanggung untuk buat himpunan besar-besaran dan bukan seperti 'Air Percuma' dari air lombong dan air hujan yang dikompol atas bumbung bangunan. Pepuak akal pendek tu pun mana reti buat kerja 'Free'.

Sementelah lagi panel tiga hakim Mahkamah Rayuan beri keputusan satu peruntukan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 berlawanan dengan Perlembagaan. Maka terlepaslah, sekur beruk matyeh nama Nik Nadzmi dari PKR, ADUN Seri Setia. Takpalah, nak buat camna kan. Kita tak boleh marah dan kritik panel tiga hakim itu. Sebab kita bukan macam Nerdi Surendran dan Papa yang dok kecoh bila mahkamah tak memihak kepada depa. Lagipun takdak manafaat apa-apa nak kritik hakim. Lantak pi lah kat depa. Bila kita fikir semula pun, ada banyak cara lain untuk menyatakan hak selaku rakyat selain berhimpun ramai-ramai lepas tu pukul polis yang mengawal keselamatan peserta himpunan. 

Baiklah, apa pekdah nak bantah GST pun ?
Nak kata GST ini menyebabkan harga barang naik, apa barang tak naik?
Rejim DAP bawah teraju dinasti Lim pun dok rancak penaik tarif air sebab katanya tarif air Peneng tu lebih rendah dari negeri-negeri lain bawah BN,. Jadi kena ikut standard lah.
Kalau harga barang naik pun, pernah ka kita jumpa sebarang bukti ianya Arahan Bertulis daripada gomen suruh pembekal, pengeluar, retailers dan macam-macam jenis pemilik perniagaan dan serbis penaik harga?
Ada ka kata dalam Perlembagaan bahawa salah satu hak rakyat ialah berhak membeli barangan pada harga dibawah paras RM2 pada sepanjang masa ?
Atau ada ka dalam Perlembagaan dok sebut, pengeluar, pembekal, pekedai, peruncit, dan segala matyeh yang berniaga perlu rujuk kepada gomen untuk menetapkan kadar dan harga barangan?
Kalau benda tu takdak , apa barang plak nak menyuarakan Hak yang Tidak ada ?
Tak ke pening namanya tu?

Tapi hak mengenai air memang ada disebut didalam Perlembagaan.
Cuma, kenapa hak yang takde nak diperjuangkan dan hak yang ada pasal air tak diperjuangkan oleh pepuak pendek akal sosialis-komunis-anarkis?
Jawapannya mudah saja, sebab depa nak buat kacau dan kecoh tanpa sebab yang sohih dan betul.
Maklumlah, akal depa pendek ... jadi malulah depa kalau depa saja yang berakal pendek.
Siapa yang turut serta nanti, itu maknakata depa punya akal pun pendek juga lah. 
HANGPA NAK JADI CAM DEPA KA?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa