Rabu, 30 April 2014

KEBODOHAN MELAMPAU POLITIKING PUAK ANARKIS DAP PKR PAS DARI SARKIS

Air Catu, Tolak GST Terima LGBT, mentaliti tahap biol lagi sewel dari puak anarkis komunis sosialis cauvinis dalam pakatan politikal Hak Bebal dap-pkr-pas. Ya, besok tetap juga ada puak anarkis cauvinis, komunis sosialis nak tunjuk mereka adalah spesis manusia ke berok dijalanraya besuk. Keje depa ini takde lain melainkan bikin havoc untuk suka-suka ganggu orang nak bercuti pada setiap cuti awam.

Bunga kalau diberikan kepada berok matyeh , habis hilang kecantikan dan keindahan bunga.
Hak kebebasan berhimpun secara aman jika diberikan kepada puak anarkis-revolusioner-komunis-sosialis ala militan tak cukup makan, akan menjadi pesta pukul anggota polis yang menjaga keselamatan mereka semasa berhimpun.

Ini kita terdengar plak Khalid G umum catuan air berakhir. Ye ke? Boleh percaya ke cakap puak politikus label dap pkr pas ne? 
Paras air diempangan sudah naik 1.26 peratus?
Imbas kembali, sewaktu puak anarkis dap pkr pas bantah Langat 2 kemain havoc depa tunjuk paras empangan air banyak sampai melimpah-limpah.
Depa dakwa cukup sampai 2018. La ni tak sampai 2018, air dah kena catu.
Air lombong yang penuh sarat dengan pencemaran bahan buangan berat pun nak diberikan kepada rakyat.
Sebelum itu kemain depa dengan kempen AIR HAK RAKYAT.

Banyak juga lah benda-benda pelik yang dap pkr pas bikin sejak 2008 sampai sekarang.
Pecat kakitangan tanpa sebab.
Rebut jawatan MB tanpa halatuju yang kukuh.
Rampas bir pulang balik.
Membiarkan banyak pesta mandi buih diadakan. 
Dan macam-macam lagi ler, tak larat nak senaraikan disini.
Pemilihan PKR yang kecoh dan bingit dengan macam-macam cerita.
Pemimpin DAP yang mendesak geng sendiri letak jawatan sebagai MB.

Dulu Selangor merupakan hub pembangunan rancak kegiatan ekonomi.
Sekarang Selangor dah jadi macam negeri Pelesit dan kacang hantu bikin kegiatan maksiat.
Apa nak jadi ne?
Selangor jadi kecoh tak tentu pasal dek kerana politiking yang takde kesudahan  dan hanya memperjuangkan untung nasib keluarga dan kroni Anwar Ibrahim sahaja.

Membosankan melihat gelagat puak anarkis dari sarkis ini.
Meluat dan depa sungguh tak bertamaddun. 

Selasa, 29 April 2014

APA PEKDAH BANTAH GST BILA AIR KENA CATU?

Artikel ini pendek saja sebab nak ulas benda yang dilakukan oleh akal pendek daripada pepuak pendek akal sosialis-komunis-anarkis yang berpayung berhimpun dibawah panji PKR-DAP.
Umum mengetahui puak pendek akal sosialis-komunis-anarkis PKR-DAP-PAS nak berhimpun pada 1hb Mei ini dikawasan orangramai dengan berarak dijalanan.

Kata pepuak tu, untuk perjuangkan hak rakyat sebab masa PRU13 lalu, depa tak berjaya nak tumbangkan BN. Tapi alasan itu direct sangat, so depa guna 'tikar ajaib GST' sebagai alasan.

Maka GST pun dijadikan 'Kambing Hitam' untuk dikorbankan bagi upacara ritual satanik pepuak itu menimbulkan kemarahan rakyat yang tak marah pun pasal GST. 

Yang marah pasal GST ne pepuak lintah darat kapitalis takde moral dari kalangan pengeluar/ peniaga / bisnes / kelab golof / peraih sebab depa takleh nak main harga lagi. Mana taknya, sebelum ini depa boleh kelentong dan lari dari kena cukai SST. Bila GST diperkenalkan, depa nak lari pun tak boleh dah. Sebab depa kena bayar terus kepada gomen. Sebelum ini, depa boleh serapkan cukai kedalam harga barangan/ produk depa. Sebab itu GST ini pada pepuak pendek akal sosialis-komunis-anarkis amat sesuai dijadikan 'kambing hitam'.

Ada Kos yang perlu ditanggung untuk buat himpunan besar-besaran dan bukan seperti 'Air Percuma' dari air lombong dan air hujan yang dikompol atas bumbung bangunan. Pepuak akal pendek tu pun mana reti buat kerja 'Free'.

Sementelah lagi panel tiga hakim Mahkamah Rayuan beri keputusan satu peruntukan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 berlawanan dengan Perlembagaan. Maka terlepaslah, sekur beruk matyeh nama Nik Nadzmi dari PKR, ADUN Seri Setia. Takpalah, nak buat camna kan. Kita tak boleh marah dan kritik panel tiga hakim itu. Sebab kita bukan macam Nerdi Surendran dan Papa yang dok kecoh bila mahkamah tak memihak kepada depa. Lagipun takdak manafaat apa-apa nak kritik hakim. Lantak pi lah kat depa. Bila kita fikir semula pun, ada banyak cara lain untuk menyatakan hak selaku rakyat selain berhimpun ramai-ramai lepas tu pukul polis yang mengawal keselamatan peserta himpunan. 

Baiklah, apa pekdah nak bantah GST pun ?
Nak kata GST ini menyebabkan harga barang naik, apa barang tak naik?
Rejim DAP bawah teraju dinasti Lim pun dok rancak penaik tarif air sebab katanya tarif air Peneng tu lebih rendah dari negeri-negeri lain bawah BN,. Jadi kena ikut standard lah.
Kalau harga barang naik pun, pernah ka kita jumpa sebarang bukti ianya Arahan Bertulis daripada gomen suruh pembekal, pengeluar, retailers dan macam-macam jenis pemilik perniagaan dan serbis penaik harga?
Ada ka kata dalam Perlembagaan bahawa salah satu hak rakyat ialah berhak membeli barangan pada harga dibawah paras RM2 pada sepanjang masa ?
Atau ada ka dalam Perlembagaan dok sebut, pengeluar, pembekal, pekedai, peruncit, dan segala matyeh yang berniaga perlu rujuk kepada gomen untuk menetapkan kadar dan harga barangan?
Kalau benda tu takdak , apa barang plak nak menyuarakan Hak yang Tidak ada ?
Tak ke pening namanya tu?

Tapi hak mengenai air memang ada disebut didalam Perlembagaan.
Cuma, kenapa hak yang takde nak diperjuangkan dan hak yang ada pasal air tak diperjuangkan oleh pepuak pendek akal sosialis-komunis-anarkis?
Jawapannya mudah saja, sebab depa nak buat kacau dan kecoh tanpa sebab yang sohih dan betul.
Maklumlah, akal depa pendek ... jadi malulah depa kalau depa saja yang berakal pendek.
Siapa yang turut serta nanti, itu maknakata depa punya akal pun pendek juga lah. 
HANGPA NAK JADI CAM DEPA KA?

GAMBAR SELFIE POK NIK & TPM TAN SRI MUHYIDDIN BIKIN PECAH PENTAS POLITIKAL MALAYSIA.


JANGAN MARAH , NAAAA ...... 
Ini gambar selfie Pok Nik dengan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin.
sejak Pok NIk menerima , hidayah, taufik dan inayah daripada Allah Ta'ala mengenai silaturrohimii, Pok Nik kelihatan insaf dan sedar. Bagus lah. Itulah yang kita mahukan.
Permusuhan Politikal dalam apajua betuk perlu dihentikan segera.
Semua pihak perlu berdamai dan berlapang dada.
Takde pekdah dan manapaat kepada umat Islam kalau masih duduk dalam sengketa dan permusuhan politikal.
Apabila kita melupai perbezaan politikal dan mengambil persamaan , maka kekuatan kita makin bertambah.
Umat Islam di Malaysia tak lah seramai mana pun berbanding jumlah penduduk dunia seramai 7 bilion orang.

Kini hanya menanti saat puak PKR dan DAP pula menemui kewarasan mereka semula.


Isnin, 28 April 2014

HUDUDFOBIA, REFORMER & SATU ORANG UNDI UNTUK SEMUA- FENOMENA TERKINI MALAYSIA


HEBAT politikus Malaysia.
Memang hebat sebab ada yang mendakwa politikus Malaysia mampu memberi arahan kepada kerajaan Jepun, memberi arahan kepada Presiden Amerika dan mampu menyelesaikan masalah dalam satu saat. Tak hebat ke begitu?
Itulah Politikus Malaysia. Segala benda semua boleh belaka. Yang tiada boleh diadakan dan yang ada boleh ditiadakan. Yang salah boleh dibenarkan dan yang benar boleh dipersalahkan. Hebat kan?
Mujurlah, Malaysia ini ada pada alaf dan zaman kini.
Kalau ada pada zaman kerajaan Rum dan Parsi, Gerenti dua empayar besar itu pun Malaysia mampu berikan ARAHAN. 

Hududfobia. 
Ini kisah pasal hududfobia pun bukan perkara baru. Isunya sudah lama, selama 1434 tahun hijrah lagi.
Ianya bermula sejak baginda Rasullullah s.a.w.diperintahkan menyempurnakan semua syariat-syariat segala para nabi dan rasul sejak Nabi Adam a.s. diturunkan ke bumi.

Tapi ramai sudah lupa bahawa pada zaman ini, dunia dikuasai oleh puak dajal. Dan puak Islam hanyalah minoriti sahaja. Jumlah orang Islam tidak ramai dan kita tidak sekuat sewaktu zaman kegemilangan Islam seribu tahun lepas.

Bagaimana kita hendak menegakkan syariat sedangkan masalah ibadat seperti membaca YaaSiin pada malam Jumaat, melakukan tahlil, membaca doa qunut, majlis sambutan maulidur rasul dan membaca talqin pun masih tak setel-setel sesama kita?

Kita masih lagi berpuak-puak mengikut selera dan kehendak memasing. Sampaikan ada puak mengkafirkan pula puak yang lain. Jadi puncanya adalah kita juga. Kita seringkali menafsir kehendak kita sebagai mewakili Allah Ta'ala, sedangkan kita pun tak tahu apa-apa melainkan apa yang telah diwahyukan kepada baginda Rasullullah s.a.w. Kita saja yang banyak perasan lebih pandai dan lebih tahu daripada oranglain. Itulah punca Hududfobia. 

Reformer.
Janganlah kita menyalahtafsir apa yang Obama luahkan pandangannya mengenai DS Najib.
Kalau Obama berpandangan  DS Najib ialah seorang reformer ke transformer ke , itu luahan peribadinya diatas menghormati seorang rakan dalam kapasiti seorang Ketua eksekutif sebuah negara berdaulat.

Andaikata, tidak suka dengan kata-kata Obama, cuba fikir semula, kita ini siapa?
Kalau kita ini handal dan hebat, sudah tentulah kita menjadi PM sekarang ini dan bukan DS Najib.
Mujurlah ada seorang Presiden Amerika yang berkata baik terhadap Perdana Menteri kita. 

Satu Orang Undi Untuk Semua.
Kehebatan PKR memang tidak dinafikan.
Lebih hebat dan lebih pandai daripada SPR.
Malah tak keterlaluan dikatakan punyalah tinggi taraf PKR sehinggakan Presiden Amerika pun tak layak nak berjumpa dengan ketua PKR.

Malah, teramatlah hebatnya PKR sehinggakan ada terakam peristiwa seorang petugas diberikan kuasa untuk memangkah kertas undi dalam bilik hotel. Begitulah telusnya dan jujurnya pemilihan pucuk pimpinan dalam PKR, tak mampu SPR nak tandingi. Itu belum stori lagi pasal DAP punya pemilihan. Sampai komputer pun boleh buat silap kerana kesempurnaan budaya DAP begitu utopia sekali, Komputer pun tak 'Up to the Standard'.

Kesimpulan.
Memang hebat politik Malaysia ini yang diamalkan oleh para politikus yang bertauliah dan tak bertauliah.
Punya lah hebat sehinggakan nak gunakan tanda awam pun, kena berdebat dulu dengan penjaga tandas samada GST perlu dikenakan dan dimasukkan kedalam caj masuk tandas. 

BILA OBAMA DATANG, PAPA HILANG KEWARASAN & MACAI PKR GIGIT KEYBOD.

Sedikit ulasan berkenaan lawatan rasmi Presiden Amerika Serikat, Obama Hussien Barrack. 
Seperti biasa, bermacam-macam jenis 'lughah' sudah keluar oleh puak umnofobia dan Najibfobia.
Ambe tak terkejut bila Obama taknak jumpa papa. 
Dan ambe tak terkejut bila KJ yang berada dibelakang Obama mengiringinya semasa Airforce One mendarat. 
Ini semua Politik der. Kita nak bising pong-pang sana ,pong-pang sini bukan ada faedah pun. 
Hubungan diplomatik diantara mana-mana negara itu amalan biasa der. 

Kita maklumlah, puak umnofobia dan najibfobia jadi gerun dikeranakan sebab-sebab berikut:-
  1. sebagai petanda berakhirnya penipuan dan pembohongan Papa selama ini mengenai Malaysia dan pentadbirana negara dibawah DS Najib.

  2. Presiden Obama melihat dan meninjau sendiri keadaan Malaysia dengan mata kepala nya.

  3. Segala usaha Papa selama ini memburukkan imej negara dan pentadbiran DS Najib akhirnya terbongkar sendiri sebagai suatu pembohongan yang besar.

  4. Kes Liwat II Papa dapat diperjelaskan dengan benar kepada Obama.

  5. Memulihkan imej Malaysia dan pentadbiran DS Najib serta memberikan kelebihan dari segi perbatuan politikal. 

  6. Pembuka mata kepada pengundi Cina bahawa pentadbiran BN yang diterajui UMNO diterima baik oleh Pejabat Presiden Amerika Serikat. 
Benda-benda diplomasi bersifat politikal sebegini tak perlu menggunakan ayat-ayat canggih untuk menjelaskannya.

Kita juga maklum, setelah Karpal Singh mati dalam kemalangan ngeri , DAP nak bertinju dengan PAS kerana Hudud dan masalah bekalan air di Selangor , sudah membuka mata ramai rakyat mengenai kepincangan dan kelemahan dap pkr pas.

Pengundi Cina waima masih difikirkan bersetia kepada DAP namun tanpa sokongan pengundi Melayu dan India , kekuatan mereka pun menjadi lumpuh. Kekeciwaan pengundi Cina pasti tidak dapat dielakkan lagi. Mereka sendiri terhukum dengan angan-angan dan impian DAP dibawah kuku besi dinasti Lim. 

Dalam PKR pula, ramai yang sudah menganggap , parti keluarga Anwar Ibrahim sudah tak mampu menjadi tonggak dan semangat Reformasi yang semakin tawar dan hambar. Pertandingan PKR pun sudah menjadi menjadi seperti proses ayam dijual di pasar.

Jadi, apalagi yang tinggal kepada PAS DAP PKR sekarang ini?
Waima pengkritik dalaman UMNO masih berleluasa namun rata-rata rakyat sudah menerima kenyataan bahawa kritikan yang diketengahkan adalah untuk memperbaiki kelemahan.
Pada pengkritik tegar UMNO, kelemahan pentadbiran DS Najib bukan faktor yang bakal menjahanamkan kepercayaan rakyat dari kalangan pengundi Melayu. Kerana, rakyat jelas melihat gambaran yang lebih besar dari kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran DS Najib.

Satu signal yang jelas, rakyat pun dah naik jemu dan muak dengan politik kebencian dan perpecahan yang dibawa oleh DAP PKR PAS. Bukankah sekarang ini semakin jelas dan nyata agenda peribadi yang dibawa oleh DAP PKR PAS dan bukannya kepentingan dan agenda rakyat. 

Selasa, 22 April 2014

#GERAM Nerdy Surendran Naib Presiden PKR , Tukang Karut Yang Terbaik.





18hb April 2014, Nerdy Surendran keluarkan 'Press Release' mengutok dan mencerca alasan penghakiman panel hakim Mahkamah Rayuan dalam kes rayuan terhadap Ketua Malaon Besar PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim. Seperti yang diketahui umum, Nerdy Surendran, seorang anggota Dewan Rakyat merangkap Naib Presiden serta seorang pengamal undang-undang yang masih aktif. Bila Nerdy Surendran berkata-kata , maka beliau kata-kata beliau dibuat diatas kapasiti Naib Presiden, Ahli Parlimen dan seorang pengamal undang-undang. Sudah tentulah dengan kapasiti berkenaan, kata-kata beliau dianggap ada kredibiliti. Ambe yakin dan percaya Nerdy Surendran penuh sedar dan tahu kesan dan impak Press Release nya bertarikh pada 18hb April 2014.

Tiada alasan bagi beliau mengatakan beliau mengatakan itu hanya diatas kapasiti seorang Naib Presiden PKR. Ramai lagi Naib Presiden PKR yang lain. Kenapa mereka tidak mengeluarkan kenyataan yang sama? Nerdy Surendran sepatutnya lebih bertanggungjawab keatas semua dan setiap patah perkataan yang dituturkan olehnya. Samada secara lisan maupun secara bertulis dimana-mana jua. Beliau sewajarnya menunjukkan sikap tidak bias, tidak prejudis dan tidak berprasangka buruk keatas Badan Kehakiman negara, para hakim dan kedaulatan undang-undang.

Ini tidak, beliau sesuka hati mengecam dan memburukkan imej panel Hakim Mahkamah Rayuan sekaligus menunjukkan sikap biadap tidak menghormati kedaulatan undang-undang negara. Perbuatan beliau memang wajar dikecam oleh semua rakyat marhaen. Disisi undang-undang, layanan adil saksama diberikan kepada rakyat marhaen dan pemimpin tak kira dari parti politik mana pun. Tiada siapa pun berada diatas kedaulatan undang-undang. Tiada keistimewaan kepada mana-mana pihak pun.

Sikap Nerdy Surendran yang biadap melampau mengecam dan memburukan Badan Kehakiman kerana tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah rayuan, tidak mencerminkan beliau seorang yang layak dan matang sebagai Naib Presiden PKR, anggota Dewan Rakyat dan seorang peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Kenyataan beliau amat memalukan dan mengaibkan seluruh profesion guaman dan semua anggota Dewan Rakyat.

Mujurlah ada sekumpulan anak muda, yang bergerak dibawah nama GERAKAN RAKYAT MARHEAN (GERAM) menyedari pentingnya kelakuan dan kebiadapan seperti Nerdy Surendran perlu diambil tindakan. GERAM telah mengerakkan anak muda GERAM diseluruh negara membuat laporan Polis serentak terhadap Nerdy Surendran. Tindakan GERAM amatlah dialu-alukan bagi mengajar individu dan perkumpulan yang sengaja mencabar kewibawaan dan intergriti organ-organ kerajaan. Depa ada buat grup difesbuk. Jika nada ingin menyertai mereka memperjuangkan hak-hak Rakyat Marhaen dan geram terhadap perlakuan-perlakuan negatif mana-mana individu politikus, sila lah klik gambar dibawah ini dan JOIN! ANDA MAMPU MEMBAWA PERUBAHAN !


Sabtu, 12 April 2014

PEGUAM NEGARA PUN BOLEH DISAMAN DAN TAK DAPAT IMUNITI PENUH. INIKAN PULA KETUA PEMBANGKANG.


Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, kerajaan Malaysia dan 10 yang lain untuk membatalkan saman RM128.5 juta kerana pendakwaan secara salah yang difailkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Ramli Yusuff.

Dengan keputusan ini, saman itu akan diteruskan untuk perbicaraan dan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan 18 Jun untuk pengurusan kes.

Ketika menolak permohonan mereka, Vazeer Alam memutuskan bahawa imuniti mutlak pendakwaan untuk penjawat awam tidak mempunyai tempat dalam masyarakat demokratik yang progresif.

"Saya khuatir tanggapan imuniti mutlak bagi penjawat awam walaupun apabila mala fide atau penyalahgunaan kuasa dalam menjalankan kuasa pendakwaan seperti yang didakwa di dalam permohonan, ia bercanggah mengikut tanggapan zaman moden mengenai akauntabiliti," kata beliau.

Vazeer Alam berkata beliau bersetuju bahawa penyalahgunaan kuasa oleh seseorang yang memegang jawatan awam adalah satu tindakan yang salah.

"Tindakan sedemikian boleh berlaku apabila seseorang pegawai digerakkan oleh niat jahat, sebagai contoh didorong oleh niat peribadi atau keinginan untuk merosakkan atas sebab-sebab yang tidak betul, menyalah guna kuasanya," kata Vazeer Alam.

Malah beliau berkata imuniti kehakiman yang diberi kepada hakim atau individu yang bertindak atas kapasiti kehakiman mengikut Seksyen 14 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, adalah tidak mutlak dan tertakluk kepada syarat berkelakuan baik ketika menjalankan kuasa kehakiman mereka.

Pada 1 Nov tahun lepas, Ramli memfailkan saman menamakan Abdul Gani, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Timbalan Pendakwa Raya dan pegawai polis sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya beliau mendakwa defendan dengan niat jahat dan tanpa sebab munasabah menyiasat dan menuduhnya di mahkamah terhadap empat pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Rasuah dan satu pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan.

sumber berita diciplak dari blog Semut Hitam. 

Jumaat, 4 April 2014

7 PESANAN BAIK DARIPADA IDOLA BILIONIR MELAYU MALAYSIA


#1 – Fokus Sebelum Pelbagaikan Perniagaan

Beliau nasihatkan agar para usahawan fokus kepada satu perniagaan terlebih dahulu sehingga stabil dan menguntungkan sebelum mempelbagaikan perniagaan. Beliau mempelbagaikan perniagaan setelah perniagaan pertama beliau telah stabil dan menguntungkan.

Perniagaan pertama perlu kukuh sebelum anda mempelbagaikan perniagaan supaya jika perniagaan yang baru kita ceburi tidak maju, maka kita boleh kembali kepada perniagaan pertama yang kita usahakan.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

“Saya sendiri kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya sekarang, saya akan balik buat perniagaan yang mula-mula saya usahakan dulu. Perniagaan pertama saya masih beroperasi, lori dan kedai masih ada lagi di Kedah” tambah beliau dengan nada cukup rendah diri.

#2 – Kejayaan Perlukan Masa

Beliau juga nasihatkan agar usahawan muda jangan cepat nak berjaya. Setiap usaha sememangnya perlu melalui fasa kesusahan, cabaran dan sebagainya.

Beliau mengambil contoh diri beliau sendiri yang bermula dari bawah dengan membantu ayahnya menjual lembu dan kerbau di kampung sebelum mencapai tahap sekarang.Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang.

Biasanya apabila memperolehi kejayaan yang singkat, mudah jugalah untuk perniagaan yang kita usahakan itu jatuh. “Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang” jelas beliau ringkas.

#3 – Jangan Putus Asa

Ini adalah frasa yang kerap keluar dari mulut beliau. Beliau menjelaskan setiap perniagaan sama ada kecil ataupun besar akan mempunyai masalah, cabaran dan karenah yang tersendiri. Oleh itu, para usahawan tidak boleh mudah berputus asa dan tunduk dengan masalah.

Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan.

“Saya ni tiada apa-apa, tiadaapa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan” jelas beliau sekali lagi dengan nada rendah diri.

Beliau ada berkongsi susah payah mengenai perniagaan pertama yang beliau usahakan bersama rakan kongsi bukan bumiputera.

Bagaimana rakan kongsi tersebut menekan beliau sehingga terpaksa menggadaikan dua lot tanah milik keluarga untuk dijadikan modal tambahan bagi mengekalkan penguasaan share majoriti di dalam syarikat Bukhary Rice Sdn. Bhd.

“Kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya masa tu, maka kami sekeluarga boleh kehilangan tempat tinggal” jelas beliau.

#4 – Jangan Sekadar Mengharap Dibantu

Beliau sering mengingatkan bahawa beliau hanyalah orang biasa yang diberi peluang oleh kerajaan. Apabila diberi peluang, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh terhadap peluang tersebut.

Oleh itu, beliau berpesan kepada semua usahawan agar bukan sekadar berharap untuk dibantu tetapi bersedia dari segi fizikal dan mental untuk dibantu.

Ramai orang Melayu apabila kerajaan anugerahkan projek, mereka lebih cenderung untuk berikan projek tersebut kepada syarikat lain untuk usahakan kerana mengejar keuntungan jangka masa pendek. Majoriti syarikat Melayu akan memberikan projek kepada syarikat bukan bumiputera untuk mengusahakannya sebagai sub-company.Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti.

“Saya diberikan 3 permit lori untuk membawa beras dan saya apply loan MARA untuk membeli lori. MARA berikan saya cukup-cukup RM110,000 untuk belikan sebuah lori. Ada usahawan Cina datang nak beli atau sewa dua lagi permit saya, tetapi saya tak bagi. Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti” kata beliau.

#5 – Yakin Dengan Diri Sendiri

Beliau juga mengharapkan agar para usahawan yakin dengan diri sendiri dan apa yang sedang diusahakan. Ramai usahawan bumiputera tidak boleh berjaya bukan kerana idea mereka tidak bagus, tetapi kerana tidak yakin dengan diri mereka.

Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita.

“Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita” jelas beliau.

#6 – Berniaga Bukan Untuk Diri Sendiri

Beliau terkenal sebagai seorang usahawan yang banyak memberi kembali kepada masyarakat. Malah beliau mempunyai lebih kurang 260,000 pekerja yang berkait secara langsung ataupun tidak dengan semua syarikat milik beliau. 80% diperuntukkan untuk golongan bumiputera.

Apa yang lebih menarik, beliau tidak menjual perniagaan beliau kerana memikirkan nasib golongan yang bergantung kepada syarikat beliau untuk mendapatkan sumber rezeki.

Jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan.

“Kedai dan lori-lori untuk perniagaan pertama saya masih lagi ada di Kedah. Perniagaan itu masih berjalan seperti biasa. Setiap lori akan ada tiga orang pemandu, jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan” jelas beliau.

#7 – Usahawan Islam Ada Akhirat

Beliau juga berpesan bahawa setiap usahawan Islam tidak sama dengan usahawan bukan Islam. Usahawan Islam berniaga untuk mendapat manafaat di dunia akhirat tetapi usahawan bukan Islam berniaga untuk dunia sahaja.

Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha.

“Jadi jangan risau kalau kita tengok kenapa bangsa lain yang bukan Islam lebih berjaya di dalam perniagaan kerana Allah dah janjikan dunia buat mereka. Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha” jelas beliau

Ambe petik daripada status rakan fesbuk bernama Azuddin Jud Ismail. Terimakasih kepada beliau.

Ini lebih baik daripada AMANAT HJ HADI. dan lebih baik amalan-amalan kebiasaan sesetengah pihak. 

Khamis, 3 April 2014

PUNDEK LA BOEING DAN ROLLS ROYCE , SERBIS MAHAL TAPI MH370 PUN DEPA TAK TAU KAT MANA.,



Selepas 9/11 satu dunia tau semua pesawat Boeing boleh di kawal guna 'Remote Kontrol' untuk merampas pesawat dari hijaker. Dan satu dunia tahu, Boeing dan Rolls Royce menambahbaik semua teknologi mengesan semua pesawat depa seluruh dunia sebagai pakej  'selepas jualan' untuk 'maintenance'. 

Soklannya, kenapa Boeing dan Rolls Royce begitu bodoh dan bengap dalam kehilangan MH 370?
Bahlolnya teknologi ' Canggih dan Serbis Mahal' depa.

Satu lagi, punya la banyak satelit di ruang angkasa, tapi semuanya tak nak kongsi maklumat dgn Malaysia.
Balik-balik tuduh Malaysia dan tuduh teroris muslim.
Bodoh dan bengap betul la puak Barat sekarang ne. 

Jom kita tanya Boeing dan Rolls Royce, kenapa depa jual pesawat dan teknologi yang depa pun tak konpiden boleh cari kalau hilang secara misterius. 


Selasa, 1 April 2014

KENAPA TUN DR MAHATHIR RISAU ?




NEGARA MAJU ? 

Kenapa perlu kita mentakrifkan NEGARA MAJU dengan pendapatan per kapita saja?

Bagaimana pula dengan kemajuan dari segi pentadbiran, pengurusan, bidang inovasi dalam industri dan pendidikan?

Betul kata Tun Dr Mahathir , pendapatan perkapita tidak menjadikan kita sebuah NEGARA MAJU. 
Tapi kita perlu mengeluarkan barangan sendiri.
Industri pembuatan dan ketinggian kecanggihan ilmu itulah yang menjadikan kita sebuah negara maju.