Semalam ini yang Menteri Malaysia kata:-
"Kini sudah enam hari MH370 hilang. Pada masa ini, terdapat 43 kapal dan 40 pesawat yang sedang mencari di Laut Cina Selatan (26 kapal dan 25 pesawat) dan
Ini pula laporan mengenai kenyataan daripada Pegawai Kanan Pentagon:-Selat Melaka (17 kapal dan 15 pesawat)."Kami amat bersyukur dengan bantuan yang diterima dari seluruh dunia. Hari berganti hari, tugas ini menjadi lebih sukar. Seperti biasa, ingatan dan doa kami adalah untuk keluarga mereka yang berada dalam penerbangan itu. Kami akan melakukan segala-galanya dalam usaha kami mencari MH370."Sebelum saya menerima sebarang soalan, saya mahu menjelaskan beberapa isu.Data Enjin"Saya ingin merujuk kepada laporan-laporan berita yang menyarankan bahawa pesawat itu mungkin terus terbang untuk satu tempoh selepas perhubungan terakhir. Dengan Malaysia Airlines akan membuat pengesahan sebentar lagi, laporan-laporan itu adalah tidak tepat."Tranmisi terakhir daripada pesawat itu ialah pada 0107 yang menunjukkan bahawa semuanya adalah normal. Pasukan Rolls Royce dan pasukan Boeing kini berada di Kuala Lumpur dan telah berusaha dengan MAS dan pasukan penyiasatan sejak Ahad.Isu ini tidak pernah dibangkitkan."Apabila ada butiran terbaharu, ia perlu disahkan. Berikutan laporan media hari ini, MAS telah bertanya kepada Rolls Royce dan Boeing secara khusus mengenai data ini. Bagi Rolls Royce dan Boeing, laporan-laporan itu adalah tidak tepat.Imejan satelit China"Sebuah pesawat peninjau Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah dihantar pagi ini untuk menyiasat serpihan berpotensi yang ditunjukkan dalam imejan satelit China. Kami menggembleng aset-aset kami tetapi tidak menemui apa-apa. Kami telah menghubungi Kedutaan China yang melaporkan kepada kami tengah haritadi bahawa imejan itu telah silap dikeluarkan, dan tidak menunjukkan sebarang serpihan daripada MH370.Arahan FAA"Pesawat itu telah diservis sepenuhnya dan layak terbang mengikut rekod kejuruteraan dan penyenggaraan. Semua pemeriksaan penyenggaraan adalah teratur.Servis penyenggaraan rutin terakhir telah dilakukan pada 23 Februari 2014; servis berikutnya adalah pada 19 Jun.Isyarat Radar"Ia menyarankan bahawa terdapat kemungkinan sebuah pesawat telah melalui Selat Melaka. Kami bertanggungjawab untuk menyiasat sebarang kemungkinan. Kami melakukan demi keluarga mereka yang berada dalam penerbangan itu untuk menyusuli setiap petunjuk. Berdasarkan itu, kami menghantar lebih banyak kapal dan pesawat untuk mencari di kawasan berkenaan. Bagaimanapun, usaha utama kami adalah diLaut Cina Selatan."Kami menjalinkan kerjasama rapat dengan FAA dan NTSB. Mengenai isu kemungkinan pesawat berpatah balik, mereka telah menyatakan kepada kami bahawa berdasarkan kepada maklumat dan data yang diberikan pihak berkuasa Malaysia, pasukan AS berpendapat bahawa ada asas munasabah bagi pihak berkuasa Malaysia untuk menggemblengkan sumber-sumber bagi mengendalikan usaha mencari di bahagian baratSemenanjung Malaysia."Berdasarkan keadaan itu, adalah wajar untuk mengendalikan usaha mencari jika bukti menyarankan adanya kemungkinan untuk menemui pesawat yang hilang itu.Data kasar" Saya pasti anda semua boleh faham, kami biasanya tidak akan mengeluarkan data kasar daripada radar ketenteraan kami. Tetapi dalam kes ini, kami telah meletakkan usaha mencari ini mengatasi keselamatan negara kami. Kami telah berkongsi data kami dengan rakan-rakan antarabangsa kami termasuk AS dan China, bagi membantu usaha mencari ini."Siasatan polis terhadap juruterbang "Laporan yang menyarankan bahawa polis Malaysia telah menggeledah rumah anak-anak kapal MH370 adalah tidak benar, dan Polis DiRaja Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung dengannya.Respons Malaysia"Saya mahu menyentuh mengenai soalan berhubung respons Malaysia. Pertamanya, situasi ini tidak pernah berlaku. MH370 langsung terputus hubungan ketika berada di lautan luas. Kami sedang melakukan pencarian multinasional yang melibatkan banyak negara dan lebih lapan puluh kapal dan pesawat."Ini adalah situasi krisis. Ia adalah operasi yang sangat rumit, dan selalunya ia bukan mudah. Kami menumpukan semua tenaga kami untuk melaksanakan tugas ini. Dan saya ingin menegaskan: tumpuan kami ialah untuk mencari pesawat itu. Kami tidak akan melakukan apa-apa yang boleh menjejaskan usaha mencari ini."Ada masanya kami tidak dapat mendedahkan maklumat - sebagai contoh, sesetengah isyarat radar - kerana ia memerlukan analisis dan pengesahan oleh agensi-agensi lain sebelum dikeluarkan. Untuk mengeluarkan maklumat sedemikian sebelum ia siap, boleh menjejaskan penyiasatan atau usaha pencarian - dan menambahkan lagi kesengsaraan saudara mara."Malaysia tiada apa untuk disembunyikan. Kami telah melakukan segala-galanya. Dari hari pertama, kami kerap berhubung dengan negara-negara jiran, dan menerima semua tawaran bantuan antarabangsa. Kami telah mematuhi protokol yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa sejak berlakunya insiden ini."Sudah banyak yang dilakukan mengenai perluasan kawasan pencarian. Sesetengahnya mendakwa Malaysia telah memperlahankan usaha mencari. Itu tidak benar. Malah, kami telah mempergiatkan usaha mencari. Sekali lagi, saya mahu menegaskan: tiada langkah tertentu yang ditetapkan dalam situasi seperti ini.Pesawat telah hilang. Kami memperluaskan kawasan pencarian kerana adalah menjadi tugas kami untuk memeriksa setiap petunjuk. Kami bertanggungjawab melakukannya untuk keluarga terbabit. Dan kami tidak akan berputus asa.
Amerika Syarikat (AS) mendedahkan mempunyai "petunjuk" pesawat MH370 mungkin terhempas di Lautan Hindi dan sedang menggerakkan kapal USS Kidd ke kawasan tersebut untuk mencarinya, lapor stesen televisyen ABC News awal hari ini.
Pegawai kanan Pentagon memberitahu stesen televisyen AS itu pihaknya memerlukan masa 24 jam untuk menggerakkan kapalnya ke kawasan itu.
"Kami ada petunjuk pesawat itu terhempas di Lautan Hindi," kata pegawai kanan berkenaan dipetik berkata mengenai pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang pada Sabtu.
Pegawai itu berkata, mereka ada petunjuk pesawat itu terbang empat atau lima jam selepas hilang daripada radar dan mereka percaya ia terhempas ke dalam laut. Tetapi pihak berkuasa Malaysia menolak teori itu semalam dengan kedua-dua Malaysia Airlines dan Rolls Royce berkata, data mengenai enjin berakhir pada 1:07 pagi pada Sabtu, kira-kira 20 minit sebelum hilang daripada sistem radar awam.
AS mempunyai pangkalan tentera di Diego Garcia yang terletak di Lautan Hindi.
Tindakan AS dilakukan beberapa jam selepas pegawai tertinggi Malaysia berkata mereka memperluaskan misi mencari dan menyelamat ke Laut Andaman dan meminta bantuan India untuk mencari Boeing 777-200ER dan 239 penumpangnya yang hilang.
Penyiasat juga berkata pegawai AS memberikan sebab untuk terus mencari di kawasan perairan di sebelah barat Malaysia, lebih jauh daripada laluan pesawat Malaysia Airlines itu.
Dan ini pula laporan mengenai kenyataan China mengenai panggilan talipon:-
BEIJING - Malaysia Airlines (MAS) menjelaskan bahawa nombor telefon bimbit yang didakwa milik seorang anggota keluarga penumpang pesawat MH370 adalah dari Amerika Syarikat, dan bukan China.
Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, anak syarikat MAS, Ignatious Ong Ming Choy berkata syarikat telekomunikasi yang dilantik MAS mengenal pasti nombor telefon bimbit itu adalah dari Amerika.
Terdahulu, seorang anggota keluarga penumpang MH370 mendakwa beliau menerima panggilan yang dialih dari satu nombor selepas ia hilang dan menggesa MAS menyiasat sumbernya bagi mengesan kedudukan pesawat malang itu.
Beliau menyerahkan nombor itu kepada Ming Choy untuk siasatan lanjut ketika sesi taklimat sebelum itu.
Khabar angin berkaitan MH370 tersebar luas di Internet termasuk panggilan telefon berkenaan dan ini sedikit sebanyak menghidupkan kembali harapan anggota keluarga penumpang serta anak kapal pesawat itu, yang sebelum ini kian pudar.
Dan kini laporan mengenai seorang jurnalis kehilangan RM15,000:-
PUTRAJAYA, 13 Mac (Bernama) -- Dalam kesibukan petugas media tempatan dan antarabangsa membuat liputan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS)MH370, seorang wartawan TV luar negara mendakwa kehilangan RM15,000 apabila beg miliknya dicuri di sebuah hotel di sini Khamis.
Selain wang tunai, Chan Wai Li, lelaki berusia 36 tahun dari Now TV, sebuah stesen TV swasta Hong Kong itu turut kehilangan dokumen perjalanan, dompet, kad kredit dan pita rakaman kamera video.
Chan yang merupakan Penolong Pengarang Berita, Now TV mendapati begnya hilang pukul 4 petang, selepas pulang dari pusat beli belah Alamanda yang terletak berhampiran dengan hotel itu setelah membeli kad prabayar bersama dua lagi rakannya.
Beliau membuat liputan berita kehilangan penerbangan MH370 sejak 8 Mac lalu.
Beg galas itu dipercayai dilarikan seorang lelaki yang disyaki sudah berada di sini sejak semalam.
Chan yang kelihatan panik segera memaklumkan kehilangan beg itu kepada pengurusan hotel dan sejurus selepas itu wajah dan pergerakan suspek dapat dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Dalam rakaman CCTV, suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum mengambil beg itu dan meninggalkan hotel itu ketika kebanyakan petugas media sibuk membuat liputan di ruang lobi hotel.
"Saya tak sangka ada orang yang mengambil kesempatan dan mencuri ketika kita (petugas media) buat liputan berita.
"Ada RM15,000 dan dokumen penting seperti pasport dalam beg itu," katanya kepada pemberita.
Chan membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian itu.
Polis mengerakkan sepasukan enam anggota termasuk tiga anggota forensik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi menyiasat kes kehilangan beg wartawan dari Hong Kong itu
Pasukan itu yang tiba kira-kira 8.30 malam, melakukan pemeriksaan kira-kira 30 minit di lobi sebuah hotel, iaitu tempat terakhir mangsa meletakkan begnya ketika membuat liputan berkaitan kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) sejak 8 Mac lepas.
Sementara itu di Sepang, jurufoto agensi berita antarabangsa European Press Agency (EPA) Shamshahrin Shamsudin hilang satu set kamera digital bernilai anggaran RM20,000 di sebuah hotel di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).
Shamshahrin, 43, berkata kecurian itu berlaku selepas beliau selesai melakukan liputan sidang akhbar harian berkenaan kehilangan pesawat berkenaan.
"Pada 7.20 malam, selepas saya siap kerja-kerja saya dan menunggu rakan menyudahkan kerjanya, saya menerima panggilan daripada anak dan saya meninggalkan kamera saya berserta barangan lain termasuk lens di dalam beg dan diletakkan bersebelahan kawan saya itu.
"Selepas 20 minit menjawab panggilan, saya kembali ke tempat kawan saya berada, namun menyedari kamera saya berserta lens telah hilang," katanya kepada Bernama.
Pemangku Presiden Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) Norhaizat Abdul Samad dalam satu kenyataan Khamis malam berkata kamera itu didapati dilarikan seorang suspek yang berada di ruang lobi hotel kira-kira pukul 7 malam berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dapat mengakses wajah suspek.
Beliau berharap keselamatan di kawasan itu dapat dipertingkatkan memandangkan sejumlah besar jurufoto dan media bertugas membuat liputan berita kehilangan pesawat itu, termasuk media antarabangsa.
Hairan sungguh, seorang wartawan simpan duit tunai sejumlah RM15,000 dalam begnya dan kemudian beliau tidak membawa beg bersamanya. Wwartawan Hong Kong tu buat apa dengan wang sebanyak tu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa