Sabtu, 15 Mac 2014

MAMA WAN JEEJAH KAJANG KENA BALUN ....



HA ... HA ... HA ....HA ...
KLAS GITUKKKKKKKKKKKK

Jumaat, 14 Mac 2014

FENOMENA 9MMRO-MH370: KENYATAAN MENTERI MALAYSIA , PEGAWAI KANAN PENTAGON &


Semalam ini yang Menteri Malaysia kata:-
"Kini sudah enam hari MH370 hilang. Pada masa ini, terdapat 43 kapal dan 40 pesawat yang sedang mencari di Laut Cina Selatan (26 kapal dan 25 pesawat) dan
Selat Melaka (17 kapal dan 15 pesawat).
"Kami amat bersyukur dengan bantuan yang diterima dari seluruh dunia. Hari berganti hari, tugas ini menjadi lebih sukar. Seperti biasa, ingatan dan doa kami adalah untuk keluarga mereka yang berada dalam penerbangan itu. Kami akan melakukan segala-galanya dalam usaha kami mencari MH370.
"Sebelum saya menerima sebarang soalan, saya mahu menjelaskan beberapa isu.
Data Enjin
"Saya ingin merujuk kepada laporan-laporan berita yang menyarankan bahawa pesawat itu mungkin terus terbang untuk satu tempoh selepas perhubungan terakhir. Dengan Malaysia Airlines akan membuat pengesahan sebentar lagi, laporan-laporan itu adalah tidak tepat.
"Tranmisi terakhir daripada pesawat itu ialah pada 0107 yang menunjukkan bahawa semuanya adalah normal. Pasukan Rolls Royce dan pasukan Boeing kini berada di Kuala Lumpur dan telah berusaha dengan MAS dan pasukan penyiasatan sejak Ahad.
Isu ini tidak pernah dibangkitkan.
"Apabila ada butiran terbaharu, ia perlu disahkan. Berikutan laporan media hari ini, MAS telah bertanya kepada Rolls Royce dan Boeing secara khusus mengenai data ini. Bagi Rolls Royce dan Boeing, laporan-laporan itu adalah tidak tepat.
Imejan satelit China
"Sebuah pesawat peninjau Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah dihantar pagi ini untuk menyiasat serpihan berpotensi yang ditunjukkan dalam imejan satelit China. Kami menggembleng aset-aset kami tetapi tidak menemui apa-apa. Kami telah menghubungi Kedutaan China yang melaporkan kepada kami tengah hari
tadi bahawa imejan itu telah silap dikeluarkan, dan tidak menunjukkan sebarang serpihan daripada MH370.
Arahan FAA
"Pesawat itu telah diservis sepenuhnya dan layak terbang mengikut rekod kejuruteraan dan penyenggaraan. Semua pemeriksaan penyenggaraan adalah teratur.
Servis penyenggaraan rutin terakhir telah dilakukan pada 23 Februari 2014; servis berikutnya adalah pada 19 Jun.
Isyarat Radar
"Ia menyarankan bahawa terdapat kemungkinan sebuah pesawat telah melalui Selat Melaka. Kami bertanggungjawab untuk menyiasat sebarang kemungkinan. Kami melakukan demi keluarga mereka yang berada dalam penerbangan itu untuk menyusuli setiap petunjuk. Berdasarkan itu, kami menghantar lebih banyak kapal dan pesawat untuk mencari di kawasan berkenaan. Bagaimanapun, usaha utama kami adalah di
Laut Cina Selatan.
"Kami menjalinkan kerjasama rapat dengan FAA dan NTSB. Mengenai isu kemungkinan pesawat berpatah balik, mereka telah menyatakan kepada kami bahawa berdasarkan kepada maklumat dan data yang diberikan pihak berkuasa Malaysia, pasukan AS berpendapat bahawa ada asas munasabah bagi pihak berkuasa Malaysia untuk menggemblengkan sumber-sumber bagi mengendalikan usaha mencari di bahagian barat
Semenanjung Malaysia.
"Berdasarkan keadaan itu, adalah wajar untuk mengendalikan usaha mencari jika bukti menyarankan adanya kemungkinan untuk menemui pesawat yang hilang itu.
Data kasar
" Saya pasti anda semua boleh faham, kami biasanya tidak akan mengeluarkan data kasar daripada radar ketenteraan kami. Tetapi dalam kes ini, kami telah meletakkan usaha mencari ini mengatasi keselamatan negara kami. Kami telah berkongsi data kami dengan rakan-rakan antarabangsa kami termasuk AS dan China, bagi membantu usaha mencari ini.
"Siasatan polis terhadap juruterbang "Laporan yang menyarankan bahawa polis Malaysia telah menggeledah rumah anak-anak kapal MH370 adalah tidak benar, dan Polis DiRaja Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung dengannya.
Respons Malaysia
"Saya mahu menyentuh mengenai soalan berhubung respons Malaysia. Pertamanya, situasi ini tidak pernah berlaku. MH370 langsung terputus hubungan ketika berada di lautan luas. Kami sedang melakukan pencarian multinasional yang melibatkan banyak negara dan lebih lapan puluh kapal dan pesawat.
"Ini adalah situasi krisis. Ia adalah operasi yang sangat rumit, dan selalunya ia bukan mudah. Kami menumpukan semua tenaga kami untuk melaksanakan tugas ini. Dan saya ingin menegaskan: tumpuan kami ialah untuk mencari pesawat itu. Kami tidak akan melakukan apa-apa yang boleh menjejaskan usaha mencari ini.
"Ada masanya kami tidak dapat mendedahkan maklumat - sebagai contoh, sesetengah isyarat radar - kerana ia memerlukan analisis dan pengesahan oleh agensi-agensi lain sebelum dikeluarkan. Untuk mengeluarkan maklumat sedemikian sebelum ia siap, boleh menjejaskan penyiasatan atau usaha pencarian - dan menambahkan lagi kesengsaraan saudara mara.
"Malaysia tiada apa untuk disembunyikan. Kami telah melakukan segala-galanya. Dari hari pertama, kami kerap berhubung dengan negara-negara jiran, dan menerima semua tawaran bantuan antarabangsa. Kami telah mematuhi protokol yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa sejak berlakunya insiden ini.
"Sudah banyak yang dilakukan mengenai perluasan kawasan pencarian. Sesetengahnya mendakwa Malaysia telah memperlahankan usaha mencari. Itu tidak benar. Malah, kami telah mempergiatkan usaha mencari. Sekali lagi, saya mahu menegaskan: tiada langkah tertentu yang ditetapkan dalam situasi seperti ini.
Pesawat telah hilang. Kami memperluaskan kawasan pencarian kerana adalah menjadi tugas kami untuk memeriksa setiap petunjuk. Kami bertanggungjawab melakukannya untuk keluarga terbabit. Dan kami tidak akan berputus asa. 
Ini pula laporan mengenai kenyataan daripada Pegawai Kanan Pentagon:-
Amerika Syarikat (AS) mendedahkan mempunyai "petunjuk" pesawat MH370 mungkin terhempas di Lautan Hindi dan sedang menggerakkan kapal USS Kidd ke kawasan tersebut untuk mencarinya, lapor stesen televisyen ABC News awal hari ini.
Pegawai kanan Pentagon memberitahu stesen televisyen AS itu pihaknya memerlukan masa 24 jam untuk menggerakkan kapalnya ke kawasan itu.
"Kami ada petunjuk pesawat itu terhempas di Lautan Hindi," kata pegawai kanan berkenaan dipetik berkata mengenai pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang pada Sabtu.
Pegawai itu berkata, mereka ada petunjuk pesawat itu terbang empat atau lima jam selepas hilang daripada radar dan mereka percaya ia terhempas ke dalam laut. Tetapi pihak berkuasa Malaysia menolak teori itu semalam dengan kedua-dua Malaysia Airlines dan Rolls Royce berkata, data mengenai enjin berakhir pada 1:07 pagi pada Sabtu, kira-kira 20 minit sebelum hilang daripada sistem radar awam.
AS mempunyai pangkalan tentera di Diego Garcia yang terletak di Lautan Hindi.
Tindakan AS dilakukan beberapa jam selepas pegawai tertinggi Malaysia berkata mereka memperluaskan misi mencari dan menyelamat ke Laut Andaman dan meminta bantuan India untuk mencari Boeing 777-200ER dan 239 penumpangnya yang hilang.
Penyiasat juga berkata pegawai AS memberikan sebab untuk terus mencari di kawasan perairan di sebelah barat Malaysia, lebih jauh daripada laluan pesawat Malaysia Airlines itu.

Dan ini pula laporan mengenai kenyataan China mengenai panggilan talipon:-

BEIJING - Malaysia Airlines (MAS) menjelaskan bahawa nombor telefon bimbit yang didakwa milik seorang anggota keluarga penumpang pesawat MH370 adalah dari Amerika Syarikat, dan bukan China.
Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, anak syarikat MAS, Ignatious Ong Ming Choy berkata syarikat telekomunikasi yang dilantik MAS mengenal pasti nombor telefon bimbit itu adalah dari Amerika.
Terdahulu, seorang anggota keluarga penumpang MH370 mendakwa beliau menerima panggilan yang dialih dari satu nombor selepas ia hilang dan menggesa MAS menyiasat sumbernya bagi mengesan kedudukan pesawat malang itu.
Beliau menyerahkan nombor itu kepada Ming Choy untuk siasatan lanjut ketika sesi taklimat sebelum itu.
Khabar angin berkaitan MH370 tersebar luas di Internet termasuk panggilan telefon berkenaan dan ini sedikit sebanyak menghidupkan kembali harapan anggota keluarga penumpang serta anak kapal pesawat itu, yang sebelum ini kian pudar.

Dan kini laporan mengenai seorang jurnalis kehilangan RM15,000:-
PUTRAJAYA, 13 Mac (Bernama) -- Dalam kesibukan petugas media tempatan dan antarabangsa membuat liputan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS)MH370, seorang wartawan TV luar negara mendakwa kehilangan RM15,000 apabila beg miliknya dicuri di sebuah hotel di sini Khamis.
Selain wang tunai, Chan Wai Li, lelaki berusia 36 tahun dari Now TV, sebuah stesen TV swasta Hong Kong itu turut kehilangan dokumen perjalanan, dompet, kad kredit dan pita rakaman kamera video.
Chan yang merupakan Penolong Pengarang Berita, Now TV mendapati begnya hilang pukul 4 petang, selepas pulang dari pusat beli belah Alamanda yang terletak berhampiran dengan hotel itu setelah membeli kad prabayar bersama dua lagi rakannya.
Beliau membuat liputan berita kehilangan penerbangan MH370 sejak 8 Mac lalu.
Beg galas itu dipercayai dilarikan seorang lelaki yang disyaki sudah berada di sini sejak semalam.
Chan yang kelihatan panik segera memaklumkan kehilangan beg itu kepada pengurusan hotel dan sejurus selepas itu wajah dan pergerakan suspek dapat dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Dalam rakaman CCTV, suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum mengambil beg itu dan meninggalkan hotel itu ketika kebanyakan petugas media sibuk membuat liputan di ruang lobi hotel.
"Saya tak sangka ada orang yang mengambil kesempatan dan mencuri ketika kita (petugas media) buat liputan berita.
"Ada RM15,000 dan dokumen penting seperti pasport dalam beg itu," katanya kepada pemberita.
Chan membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian itu.
Polis mengerakkan sepasukan enam anggota termasuk tiga anggota forensik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi menyiasat kes kehilangan beg wartawan dari Hong Kong itu
Pasukan itu yang tiba kira-kira 8.30 malam, melakukan pemeriksaan kira-kira 30 minit di lobi sebuah hotel, iaitu tempat terakhir mangsa meletakkan begnya ketika membuat liputan berkaitan kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) sejak 8 Mac lepas.
Sementara itu di Sepang, jurufoto agensi berita antarabangsa European Press Agency (EPA) Shamshahrin Shamsudin hilang satu set kamera digital bernilai anggaran RM20,000 di sebuah hotel di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).
Shamshahrin, 43, berkata kecurian itu berlaku selepas beliau selesai melakukan liputan sidang akhbar harian berkenaan kehilangan pesawat berkenaan.
"Pada 7.20 malam, selepas saya siap kerja-kerja saya dan menunggu rakan menyudahkan kerjanya, saya menerima panggilan daripada anak dan saya meninggalkan kamera saya berserta barangan lain termasuk lens di dalam beg dan diletakkan bersebelahan kawan saya itu.
"Selepas 20 minit menjawab panggilan, saya kembali ke tempat kawan saya berada, namun menyedari kamera saya berserta lens telah hilang," katanya kepada Bernama.
Pemangku Presiden Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) Norhaizat Abdul Samad dalam satu kenyataan Khamis malam berkata kamera itu didapati dilarikan seorang suspek yang berada di ruang lobi hotel kira-kira pukul 7 malam berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dapat mengakses wajah suspek.
Beliau berharap keselamatan di kawasan itu dapat dipertingkatkan memandangkan sejumlah besar jurufoto dan media bertugas membuat liputan berita kehilangan pesawat itu, termasuk media antarabangsa.
Hairan sungguh, seorang wartawan simpan duit tunai sejumlah RM15,000 dalam begnya dan kemudian beliau tidak membawa beg bersamanya. Wwartawan Hong Kong tu buat apa dengan wang sebanyak tu?

Khamis, 13 Mac 2014

JANGAN TERLALU OBSES DENGAN SPEKULASI & TEORI SPEKULASI MENGENAI KEHILANGAN PESAWAT MH370.


Fenomena MH370 bukan asing dalam industri penerbangan di dunia, Dan ianya bukan satu-satunya pesawat yang pernah hilang tanpa dikesan. Hari ini adalah hari keenam pesawat berkenaan hilang . Sudah 144 jam berlalu. Segala fakta dan rumusan teknikal menuju hanya kepada satu kesimpulan, pesawat tersebut 'Hilang'. Tiada sebarang fakta dan bukti lain membuktikan secara sahih bahawa pesawat itu dirampas secara profesional, mengalami kerosakan teknikal atau terhempas ke lautan. Dari segi fakta berdasarkan maklumat sahih, pesawat berkenaan 'ghaib'. 
  1. Soal pesawat sebesar itu ghaib bukan perkara ajaib. Sedangkan matahari yang besar pun hilang ghaib pada waktu malam. Walhal ianya masih ada di angkasaraya. Cuma terlindung dari penglihatan manusia yang berada di zon waktu malam.Begitu juga bulan. Di sianghari kita tak nampak bulan kerana terlindung oleh cahaya matahari yang kuat. Dan hanya kelihatan di waktu malam. Samalah juga dengan bintang-bintang dilangit. Hanya kelihatan pada waktu malam. Tiada kelihatan pada waktu siang. Anihnya, jika anda menaiki pesawat dari satu zon waktu malam dan menuju ke negara dalam zon waktu siang; tentu anda kehairanan seketika dan merasa takjub. Kerana anda berlepas pada waktu malam. Dan tiba di destinasi pada waktu siang. Dan anda jelas boleh melihat seperti ada satu garis pemisah yang amat jelas di antara siang dan malam.

  2. Begitu juga air pasang surut. Kemana perginya air yang surut? Dan kemana datangnya ar yang pasang? Sedangkan airnya tetap sama.Setiaphari kita melihat keajaiban penciptaan Allah Ta'ala. Malah, tengoklah langit bumi sendiri. Tiada tiang yang menyangganya. Tapi langit tetap berada di atas.Begitulah bagi orang yang mahu berfikir. Begitu juga, jika anda melihat bagaimana air masin dengan air tawar tidak bercampur. Seperti ada dinding kelihatan yang memisahkan diantara keduanya. Tidaklah ambe berspekulasi seperti oranglain yang mengatakan pesawat itu berada di alam jin atau bunian. Cuma, ambe mengajak semua berfikir, sedangkan yang berlaku seharian didepan mata kita pun, kita masih tak sedar dan leka dari memerhatikannya. 

  3. Segala keajaiban alam itu tiada sebarang konspirasi daripada mana-mana pihak pun. Begitu jugalah dengan fenomena ghaibnya pesawat MH370. Kesemua fakta mengatakan ianya ghaib. Setakat ini, tidak ada sebarang bukti kukuh dan konkrit mengatakan ianya dirampas atau terhempas.

  4. Media asing sedang rancak memainkan pelbagai teori konspirasi. Cuba menjawab teka-teki kehilangan pesawat MH370. Tapi, kita perlu skeptikal dengan apa yang disampaikan oleh mereka. Termasuklah segala teori-teori yang tersebar di alam maya. Usah leka berhalusinasi dan leka berkhayal dengan teori-teori yang berdasarkan kepada andaian-andaian imaginasi orang lain.

  5. Selagi kita tidak menemui pesawat berkenaan, selagi itulah kita perlu menjadi skeptikal dengan semua teori-teori yang dikemukakan. Apa yang terbaik buat kita ialah berdoa, bersolat dan memohon agar pesawat berkenaan dijumpai dalam keadaan selamat. Krew dan penumpangnya selamat. Itulah saja keyakinan kita buat masa ini. Jangan biarkan anda diperkotak-katikkan oleh media asing dan pihak lain yang rancak dan seronok berteori mengikut selera mereka sendiri. Kita buktikan kepada seluruh dunia, bahawa kita adalah manusia yang rasional dan waras. Sukar untuk disogokkan dengan cerita-cerita fiksyen dan ramalan oranglain. 

Selasa, 11 Mac 2014

PESTA SARKAS SUDAH BERMULA! MAMA KAJANG TANDING ALA COMEL COMEL FUN


Blog ini diwujudkan untuk memberikan warna-warni keceriaan kepada senario politikal Malaysia dewasa ini. Oleh itu, blog ini hanya berminat untuk mencantikkan lagi suasana politik. Kenapa ambe begitu sinikal kepada PRK KAJANG @ menurut jenama PKR ianya THE KAJANG MOVE, dan pada ambe ianya KAJANG SODOMI? 
  1. Rakyat masih lagi terpinga-pinga dengan pelbagai naratif fiksyen mengenai kehilangan pesawat penerbangan MH370. Sudah masuk hari ke empat. Masih belum diketemui. Pelbagai spekulasi ditimbulkan. Rakyat diancam agar tidak membuat spekulasi. Bermakna, pemerintah sedang menjalankan operasi MANIPULASI INFORMASI. Ianya bukan satu tindakan kejam atau zalim daripada pemerintah. Ini kerana pemerintah ada info- info tertentu yang kemungkinan besar amat sensitif kepada keselamatan nyawa krew dan penumpang MH370. Berilah Manafaat Keraguan kepada pemerintah waima tindakan mereka nampak begitu takde telor. Tapi, sekuarang-kurangnya, kita ada pemerintah yang memberikan BRIM KRIM PRIMA KRIMA DRIMA dan macam-macam ritma. Mengkritik adalah kerja paling mudah dan senang berbanding memerintah. Terutama bila IQ pihak pemerintah kelihatan agak setara IQ pembangkang yang lebih rendah berbanding IQ majoriti rakyat. 

  2. Hari ini, hari penamaan calon bagi Sarkas Kajang. Seperti yang di duga, ianya menjadi pertandingan satu tanding satu. Setelah Papa hilang kelayakan bertanding hari Jumaat 7hb Mac 2014, kerana disabitkan hukuman dan kesalahan meliwat, maka Mama dipertaruhkan. 

  3. Pihak BN pula dari awal mempertaruhkan Chew Mei Fun. Di jual dengan ayat-tanda Comel Fun (ambe agak keliru samda calun BN bertanding di dalam pertandingan Ratu Cantik atau PRK?). Tak mengapalah. Jika ayat-tanda itu pada fikiran Tangki Pemikir dan Strategis BN adalah terbaik, maka terbaiklah buat mereka. Rakyat akan menentukan di peti undi. Kita berikan Manafaat Keraguan kepada mereka. 

  4. Calun BN adalah seorang pemimpin wanita MCA. Pernah meletakkan semua jawatan kerana tidak bersetuju dengan salahlaku seks mantan Presiden MCA, Chua Soi Lek. Beliau kembali semula bilamana Chua Soi Lek tidak lagi menjadi Presiden MCA. 

  5. Mama Kajang pula adalah seorang wanita yang mempunyai impian tersendiri. Cuma bezanya, Mama Kajang ialah seorang isteri kepada seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim, seorang Binatang Politikal tersohor. Mama Kajang juga pernah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Papa. Ringkasnya, Mama Kajang mantan Ahli Parlimen yang letak jawatan menggantikan ADUN yang meletak jawatan. Keduanya jenis boneka politikal yang Menang Hari Ini, Esok Letak Jawatan. 

  6. Kelebihan Mama Kajang terletak kepada populariti imejnya selaku wanita malang. Manakala kelebihan Chew Mei Fun pula kerana ketegasan pendiriannya. Mama Kajang berbangsa Melayu dan Mei Fun berbangsa Cina. DUN Kajang N.25 adalah seimbang dari komposisi kaum Melayu dengan Cina. Dimana:-
    Melayu - 48 peratus 
    Cina - 41 peratus 
    India - 10 peratus.
    Jumlah pengundi berdaftar seramai 39,600 orang. 
    Pecahan pengundi mengikut jantina ialah
    Perempuan : 50 peratus 
    Lelaki : 49 peratus
    Terdahulu sebelum PRU 12, dan 13, DUN Kajang dikuasai oleh BN dari calun MCA. 
    Selepas itu dikuasai oleh PKR dari calun berbangsa Cina selama dua penggal berturut-turut dengan majoriti naik. 
  7. Cuma ambe terfikir, pada pandangan dan di minda pengundi PRK Kajang, apakah pandangan dan minda mereka mengenai kedua calun?
    Apakah penilaian yang mereka gunakan?
    Bagaimanakah mereka membuat pilihan mereka?
    Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi mereka?
    Apakah semua etnik pengundi memperolehi manafaat yang samarata daripada semua mantan ADUN sebelumnya?
    Apakah pengharapan mereka?
    Apakah matlamat mereka?

  8. PRK Kajang adalah titik untuk kita menilai sejauhmana kematangan dan kedewasaan kedua belah pihak berkempen dan berpolitik untuk mencapai KEMENANGAN. Dan selepas itu, untuk berkhidmat kepada para pengundi yang memberikan mereka kemenangan dan yang tidak mengundi mereka.

  9. Kita semua berharap agar kempen kedua belah pihak tidak menjurus dan cenderung kepada CARA SARKAS DATANG KE PEKAN. Kita mahu tahu apakah yang ditawarkan oleh kedua belah pihak kepada pengundi DUN Kajang. Dan adakah tawaran mereka menarik atau sekadar menanam tebu di tepi bibir sahaja. 


Isnin, 10 Mac 2014

MH370 & PRK MAMA KAJANG


Dalam masa yang sama , ayat dari Surah YaaSiin dipergunakan bagi menyediakan satu fokal poin dalam minda rakyat. Selain itu, dalam satu sidang media, Pengarah DCA menolak dakwaan mengenai satu kumpulan dari China yang mendakwa bertanggungjawab ke atas MH370. Dikatakan satu sidang media pada jam dua belas tengahari ini akan di buat. 

Sementara itu, Himpuan Reformasi 2.0 dikhabarkan telah gagal semalam. Dan Papa Anwar Ibrahim tergesa-gesa pulang ke Pulau Pinang. Digosipkan, Papa Anwar Ibrahim akan cabut. Pencalonan Mama Wan Jeejah sudah diwar-warkan sebagai ganti calon. Adakah Mama Wan masih relevan ? Dan adakah mama Wan Jeejah akan membawa malapetaka besar kepada PKR atau kemenangan besar?




MH370- KREW, PENUMPANG & KELUARGA MEREKA PERLUKAN DOA ANDA DAN BUKAN TEORI SPEKULATIF ANDA.@NajibRazak


Sabtu, 8hb Mac 2014, dalam penerbangan ke Beijing, pada jam 2.14 a.m. MH370 yang membawa penumpang dari pelbagai warganegara dan dua orang bayi, telah hilang dari radar.Segala hubungan radio terputus.

Bilamana penerbangan MH370 tidak mendarat di Beijing pada jam 6 pagi, satu sidang media daripada pengurusan MAS di buat untuk makluman awam. Aset ATM digunakan bagi operasi Mencari & Menyelamat.

Laporan-laporan media asing seperti CNN, media Vietnam dan BBC, kesemuanya telah memberikan spekulasi-spekulasi. Mereka melapurkan mengenai dua paspot palsu dan dua paspot curi. Tapi tiada sebarang kenyataan rasmi mengesahkannya daripada sumber-sumber rasmi pihak pengeluar paspot. Manakala tindakan di pihak gomen, dispekulasikan dan dipintal oleh puak siberok PKR dengan lawak jenaka bodoh melampau, 

Pemimpin pembangkang seperti Teresa Kok, Mohamad Nizar dan ramai lagi menunjukkan sikap tak cakna mereka. Pemimpin-pemimpin BN dan siber tropa BN, lebih fokus dalam menjaga sensitiviti insiden dan emosi ahli keluarga krew dan penumpang.

Pada awalnya, timbul dua spekulasi mengenai MH370. Pertama, mengenai pendaratan kecemasan di China. Kedua, spekulasi mengenai laporan media Vietnam yang menyandarkan kepada kenyataan pegawai tentera laut Vietnam. Keduanya telah dinafikan secara rasmi oleh pihak kerajaan masing-masing. 

Ambe berpendirian hanya mempercayai sumber-sumber rasmi. Kemudian barulah membuat deduksi tertentu daripada lapuran-lapuran berkenaan. Pada masa ini, sehingga diketahui secara rasmi mengenai MH370 berkenaan, ambe pendamkan saja segala deduksi.

Ada kepentingan yang lebih besar daripada membuat ramalan nujum dan spekulasi mengenai kehilangan misteri MH370. Tapi ambe yakin dan percaya, MH370 tidak terhempas. Ini kerana faktor pilot MH370 yang mempunyai kecintaan mendalam dalam penerbangan. Beliau juga diketahui mempunyai rasa perikemanusiaan yang amat tinggi. Sayangkan nyawa. Terdapat banyak lokasi terdekat dan mampu mendaratkan MH370 dengan selamat.

Sewaktu MH370 dikatakan hilang dari radar dan terputus hubungan radio, MH370 masih mempunyai minyak untuk berada di ruang udara selama enam jam penerbangan. Ini adalah deduksi ambe sendiri. Oleh itu, agak mustahil MH370 terhempas. Tiada laporan cuaca mengatakan ada ribut.

Pada masakini, pihak DCA tidak menolak sebarang kemungkinan. dan kita pula berkewajiban untuk memendamkan segala spekulasi liar dan negatif mengenai MH370.Kita perlu mendoakan keselamatan krew dan penumpag MH370. Itu yang lebih utama daripada membuat spekulasi-spekulasi liar. 

Jumaat, 7 Mac 2014

MELEPAS NAK JADI MENANTU PAPA HEBAT - HAMPESH.




LAW 101 - Isu Perundangan

Peguam Papa: Sampel2 sudah alami kereputan dan mustahil masih boleh diperolehi dan ditentukan DNA. (Tapi tiada memberikan sebarang bukti pakar utk membuktikan sampel2 berkenaan terlalu reput utk ditentukan DNA milik siapa)

Shafie: Tiada keraguan timbul pada rantaian pengendalian sampel2 berkenaan. Waima berlaku pereputan tapi sampel masih dlm keadaan baik utk dianalisa DNA.

Bukti keterangan pakar dua org saksi pendakwa.

Mungkinkah Papa tiada peluang bertanding di Kajang?
Atau Mahkamah akan berikan satu tarikh lain selepas PRK Kajang?

Bilamana, mahkamah dibawah memutuskan adanya 'PRIMA FACIE KES' itu bermakna pendakwa berjaya membuktikan semua elemen-elemen dalam pertuduhan terhadap papa.

Bilamana, mahkamah memanggil Papa untuk 'PEMBELAAN', pada peringkat ini, andaian 'Inosen Sehingga Terbukti Salah (Prima Facie Kes) gugur. Dan BEBAN PEMBUKTIAN bahawa Papa TAK BERSALAH di atas bahu PAPA.

Oleh kerana PAPA memilih beri KETERANGAN DARI KANDANG SAKSI TANPA BERSUMPAH, Papa hanya membebel saja ler. Tanpa mengemukakan sebarang BUKTI KUKUH bagi menunjukkan ADANYA KERAGUAN MUNASABAH pada PRIMA FACIE KES.

Kita tunggu ler yea. Di atas tu hanyalah penjelasan umum mengenai PROSIDING KES JENAYAH dan mengenai BEBAN PEMBUKTIAN.



Ahad, 2 Mac 2014

DETIK BERSEJARAH PERASMIAN JAMBATAN KE 2 P PINANG - JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH.





Mula-mula, Laporan Budak Baik dulu yea, artikel mengenai Jambatan Ke 2 Pulau Pinang:-
Ikon terbaharu negara, Jambatan Kedua Pulau Pinang atau JK2PP, dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini dengan disaksikan lebih 10,000 orang.
Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada kira-kira 8.30 malam untuk merasmikan jambatan sepanjang 24km itu, yang merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara.
Turut mengiringi Najib ialah Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Acara bersejarah penuh warna-warni itu turut disaksikan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeane Abdullah, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S. Samy Vellu serta Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak berkuasa Pelaksanaan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq dan barisan exco kerajaan negeri.
Ketibaan Najib dan Rosmah disambut dengan nyanyian 1M4U dan orang ramai dilihat berpusu-pusu mahu bersalam dan mengambil gambar mereka.
Sejurus Perdana Menteri merasmikan jambatan kedua itu, langit pulau mutiara diserikan dengan pertunjukan bunga api sebagai simbol perasmian jambatan baharu itu.
Perdana menteri dan isteri turut menaiki bas dua tingkat tanpa bumbung dari persimpangan Batu Maung hingga ke gerbang jambatan itu.
Setelah dinanti-nantikan selama lima tahun, jambatan baharu itu akan dibuka pada 12.01 tengah malam ini untuk membolehkan orang ramai melihat sendiri keunikan struktur jambatan dan plaza tol itu, yang dikatakan terbesar di negara ini dengan 28 kiosk bayaran.
Jambatan sepanjang 24 kilometer dengan 17 kilometer daripadanya merentasi laut dan tujuh kilometer di daratan, bakal merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri terutama di zon perindustrian tanah besar di Batu Kawan.
Selain mengurangkan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang, jambatan itu yang diilhamkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan direalisasikan Abdullah, akan merapatkan lagi pembangunan sosial dan ekonomi antara Batu Maung di kawasan pulau dan Batu Kawan di tanah besar.
Projek mega itu yang menelan kos RM4.5 bilion dikendalikan oleh kontraktor China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) dan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) sebagai pemegang konsesi untuk 45 tahun.
Selain dibina dengan reka bentuk bersifat lestari alam sekitar, JK2PP mempunyai kelebihan kerana menggunakan sistem galas getah redaman tinggi (HDRB) yang mampu menahan kesan gegaran gempa bumi sehingga 8.2 pada skala richter pada jarak 300km daripada punca gempa bumi.
HDRB adalah produk daripada getah asli yang direka bentuk oleh Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak di United Kingdom, iaitu makmal milik Lembaga Getah Negara dan dihasilkan sepenuhnya di dalam negara.
Pada 30 April tahun lepas, Najib menjadi pemimpin pertama negara yang menggunakan laluan JK2PP dari bahagian pulau ke tanah besar untuk menghadiri satu majlis di Kepala Batas, Seberang Perai.
Kini, ulasan Budak Jahat plak:-

Ok la tu, satu lagi kejayaan Malaysia menyediakan prasarana yang hebat. Ianya memang ikon terbaru negara ler. Dan yang paling penting, kesesakan lalulintas di jambatan pertama dapat dikurangkan. Bila mengenang kembali jambatan pertama dulu, pergh macam-macam benda buruk puak dap sosialis kiasu dok hantam Tun Dr Mahathir dan BN. Buang duit ler, bazirkan wang rakyatlah, mencemari alam sekitar ler. Ada tol ler, kroni buat duit ler. Macam-macam ler benda mengarot puak dap sosialis kiasu dok hantam.

Bila depa dapat mandat ganti BN kat Pulau Pinang, tanpa segan silu depa tumpang bermakuk-makuk hasil penat oranglain. Siapa sangka, dari satu jambatan menjadi dua jambatan. Dulu kemain semua havoc tak tentu arah kata tak perlu jambatan. La nie, kena bina sebuah lagi jambatan. Padan muka hangpa yang dulu dok kutok dan maki. Tapi orang macam tu muka tebai. Takdak malu sikitpun. 

Itulah kehebatan seorang negarawan ulung bernama Tun Dr Mahathir. Sehinggakan, pemimpin seperti Tok Jib pun terpaksa buat benda sama untuk nampak bagus. Budak-budak PEMANDU dan Omar Ong plak, cuma kira duit je ler dan tumpang senyum sebelah Tok Jib untuk nampak bagus jugak. Tapi takpelah, dah adat politik masakini, memang kena 'Nampak Bagus' dan 'Nampak Hebat' baru ler MOVE FORWARD. 

WAIMA APAPUN, TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN TERSEBUT !
DAP SOSIALIS KIASU BOLEH TERJUN LAUT dan TAK PERLU GUNA BANGUNAN SPRM LAGI.