Teresa Kokak pelakon satira politik Onederfool Bloddyfool Dap kiasu, tak perlu takut dan gentar serta gundah gulana dengan semua SATIRA POLITIK terus ke hanfon beliau. Itu kan Hak Bersama dan kebebasan Bersuara. Selaku ahlul Politikus yang berpartikan Multi Rasial, tak timbul soal ugutan pun. Satira Politik pun Teresa Kokak rasa takut dan gerun? Haiyaaaa .....
Dengarkata, SKMM cepat tutup laman fesbuk grup yang anti kristian tapi selow cam siput dalam tindakan ke atas mana-mana laman grup anti Islam dan anti Melayu. Selaku rakyat Malaysia, ambe fikir kedua belah pihak sekarang ini semua celaru fikiran dan tak tahu ke mana mereka nak pergi. Ada kemungkinan besar baik BN dan PR akan musnah sendiri akibat kebodohan melampau mereka dalam semua isu politikal.
Kedua-dua belah pihak , samada PR atau BN sudah gagal untuk beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Mereka sibuk dengan soal kerjaya politikal mereka dan survival politik mereka yang sempit. Mereka semua hanya berminat untuk kekalkan jawatan dan kekalkan status-quo mereka. Inilah jadinya bila jentera kerajaan diterajui dan dipandu oleh PEMANDU sebuah syarikat. Dan pihak pembangkang pula terdiri daripada mereka yang terlalu egois dan bongkak serta ekstrimis.
Akhirnya, kebajikan rakyat entah ke mana dan kemajuan ekonomi negara menjadi suram serta kabur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa