Jumaat, 31 Januari 2014

@SPADChannel KELEMAHAN LESEN BUKAN SPAD PUNYA SALAH WAHAI MENTERI.

Mengejutkan bila Hishamuddin Hussein Onn menyatakan salah satu punca tragedi Genting kerana ada kelohongan dalam pemberian lesen. Dan sudah tentulah sikit sebanyak menuding jari kepada SPAD. Namun SPAD melalui CEO nya menyatakan lesen yang diberikan kepada pengusaha bas Genting berlaku sebelum SPAD wujud. Tapi artikel ini bukan bertujuan memperpanjangkan persoalan dan ramalan apakah punca tragedi berkenaan. Fokus yang ditumpukan ialah persoalan solusi sebagai langkah menjamin tragedi yang serupa tidak berulang lagi. Malang tak berbau tapi malang boleh dihidu.

Pertama; pengusaha bas berkenaan sudah lama beroperasi sebelum SPAD wujud. Terlalu lama sehingga ambe yakin setiap pemandu yang digajikan tahu berapa bilangan batu dilaluan mereka.

Kedua; laluan berkenaan adalah laluan persendirian.  Bukan taraf jalan negeri atau persekutuan. Dan ambe juga yakin jurutera dan pegawai penyelenggara jalan yang digajikan oleh empunya laluan tahu setiap sentimeter jalan berkenaaan. Malah mereka mampu memandu dengan selamat sampai keatas waima mata mereka ditutup.

Ketiga; pengusaha bas berkenaan sudah tentu melalui proses pemeriksaan puspakom dan setiap pemandu mereka menjalani pemeriksaan ketat oleh JPJ sebelum diberikan lesen GDL /PSV. Dan LKPK sebelum itu lebih arif dan tak mungkin melakukan kesilapan mengakibatkan kelohongan pemberian lesen.

Keempat; selaku badan yang baru wujud menggantikan peranan LKPK sudah tentu SPAD menanam keyakinan dan kepercayaan kepada LKPK membuat keputusan yang betul dalam pemberian lesen kepada pengusaha bas berkenaan.

Kelima; bilamana pemandu; pekerja dan agen pengusaha bas; melakukan kecuaian atas kapasiti selaku manusia; tak wajar dan tak logik bagi kita menyimpulkan kesilapan itu seperti kisah Bangau Oh Bangau.

SPAD sama seperti mana- mana agensi kerajaan seperti JKR, JPJ dan PUSPAKOM mempunyai keterbatasan dan had bidangkuasa mengikut lunas perundangan sedia ada. Dan SPAD tidak diberikan oleh Parlimen satu kuasa ajaib mampu menghalang mana-mana tragedi berlaku sebelum ianya terjadi. Kerana SPAD bukanlah ada superpower seperti adiwira komik Marvel dan filem Hollywood.

SPAD menyetujui cadangan agar dilakukan pembaikan dalam proses pemberian lesen . Namun begitu; penerima lesen juga ada tanggungjawab sivik dan moral keatas nyawa para penumpang mereka. Menurut SPAD ICOP kod keselamatan; syarikat pengendali dan pengusaha bas dan lori perlu ada pegawai keselamatan. Dan pemantauan keatas had laju serta tahap kecergasan pemandu.

Satu-satu tragedi dan tanggungjawab keselamatan terletak kepada semua pihak. Dan tidak wajar diletakkan keatas bahu satu pihak sahaja. Kerana kita perlu ingat; sebelum dapat lesen.. semuanya ok belaka; tapi bila dah dapat lesen ... pemegang lesen asik terlupa. Tak percaya... tanya mat rempit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa