Memang berita mengejutkan ! Nampaknya, kesan daripada Himpun TORON diambang 31hb disember lalu, bukan membawa impak menurunkan harga barangan sebaliknya berjaya menaikkan harga tambang bas, harga ais dan alat tulis.
Malah, kepala puak kapitalis kiasu pengusaha bas, berkata mereka menaikkan tambang bas kerana kos sara hidup meningkat ! Dan mengugut akan memberhentikan operasi sekiranya SPAD mengambil tindakan keatas mereka.
Dua alasan diberikan oleh puak kapitalis kiasu dalam kelompok pengusaha BAS, pertama, tak mampu nak bayar kompaun dan kedua kerana kos sara hidup naik. Hadoiiiiiiiyai .... kemudian membuat ugutan terbuka akan menghentikan operasi. Kalau dah tahu tak mampu nak bayar kompaun, kenapa melakukan kesalahan dan berani melanggar undang-undang? Tapi mampu pula menaikkan kadar tambang tanpa memperbaiki mutu perkhidmatan?
Apa kena mengena plak kenaikan kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat berpendapatan bawah RM3,000.00 dengan pengusaha bas yang berpendapatan lebih daripada itu ? Entah apa punya kebodohan yang bersarang dalam kepala-kepala persatuan pengusaha bas Malaysia. Kalau benar mereka tidak untung kenapa mereka masih berada dalam perkhidmatan bas ?

Sebelum ini, SPAD sudah mengumumkan akan memperkenalkan mekanisma Tambang Anjal bagi perkhidmatan bas sekolah dibandar dan diluar bandar. Dan sebelum ini pun SPAD telah mengumpul data dan maklumat daripada pengusaha bas untuk mengkaji kenaikan tambang yang diminta oleh pengusaha bas.
Kajian tersebut berakhir pada 31hb disember 2013 lalu. Cadangan akan dibentangkan kepada jawatankuasa kabinet pada bulan ini. Jika cadangan itu diluluskan oleh jawatankuasa kabinet, maka cadangan akan dikemukakan kepada kabinet pada Mac tahun ini.
Sepatutnya, persatuan pengusaha bas bersabar dan menunggu keputusan daripada kabinet. Tetapi mereka mengambil tindakan melulu dan mengugut kerajaan dan rakyat. Terbuktilah, bukan kerajaan yang menaikkan harga barangan sebaliknya, puak-puak kapitalis kiasu yang sentiasa membebankan rakyat dengan kenaikan tak munasabah atas alasan sebab rakyat susah, mereka naikkan harga barangan.
Sungguh memalukan bila Berita Harian turut melaporkan bahwa pengusaha di Melaka dan di Sabah telah menaikkan tambang tanpa persetujuan SPAD dan kelulusan kabinet. Wah, puak kapitalis kiasu bertindak seperti samseng. Mereka hanya memikirkan keuntungan perniagaan mereka.
Apa yang mereka lakukan hanyalah mahu memberi tekanan kepada kerajaan dan menyusahkan rakyat. Sewajarnya, mereka harus menunggu dan berbincang molek dengan kerajaan. Tambang mereka nak naikkan, tapi mutu perkhidmatan serta urustadbir korporat mereka abaikan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa