Isnin, 30 September 2013

Nak Pilih AMT Yang Ada Kredibiliti ? Calon 36 Azalina Othman Said Adalah Jawapannya.

Satu-satunya wanita yang menjawat Ketua Bahagian UMNO sejak 2008 sehingga kini.
Pernah menjadi Menteri Kabinet.
Mantan Naib Presiden UMNO
Ketua Pro-Tem Puteri UMNO- pelaksana pertama dan Utama
Ketua Puteri UMNO yang pertama
Ahli Parlimen Pengerang, Johor yang menang dengan majoriti terbanyak pada setiap PRU sejak 2004 sehingga kini. PRU 13 majoritinya 86.3 peratus.
Masih muda.
Masih bertenaga
Masih penuh dengan ide-ide bernas.
Disukai ramai wanita dan Puteri.
Menjadi favorit dikalangan anak-anak muda-mudi.
Berkebolehan tinggi. 
Disenangi ramai orang dan penduduk yang diwakilinya. 
Pendidikan latarbelakang peguam.
Pemegang LLM (Master of Law-1990)
Bekas graduan UiTM pada 1984
Bekas graduan LLB (Hons) UM 1988
Pernah beramal sebagai peguambela dan peguamcara di firma guaman terkemuka seperti Skrine & Co.
Pernah dilantik oleh Tun dr Mahathir menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 2000.
Amacam? ...... 


SPAD: Wow! Bajet RM160 Bilion Untuk Keselesaan Rakyat@SPADChannel


Makin meroyanlah puak pembangkang, Pakatan Ahzab DAP PKR SYIAH bila tahu, sebanyak RM160 bilion akan dibelanjakan untuk keselesaan rakyat dalam perkhidmatan rel negara menjelang 2020. DS Najib menyebutkannya pada perasmian persidangan  Persidangan Industri Keretapi Asia 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang turut dihadiri Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar dan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.

YAB PM DS Najib turut menyebut didalam ucapannya, "Aspek yang paling kritikal adalah melibatkan latihan sejumlah tenaga mahir yang mengkhusus dalam industri keretapi agar mereka dapat memenuhi jadual pembinaan operasi yang ditetapkan.

"Industri rel memerlukan pekerja mahir untuk pembinaan trek, kemudahan dan infrastruktur lain bagi penyelidikan dan pembangunan serta produktiviti komunikasi,”

Wah patutlah kerajaan berani membelanjakan bajet sebesar itu sebab ianya akan membuka peluang pekerjaan tenaga mahir dikalangan anak tempatan. Serta kemajuan pesat dalam bidang infrastruktur. Bahkan, melimpah kepada rakyat dalam bentuk mendapat perkhidmatan yang selesa, canggih dan cepat. Katanya lagi, 

"Ini sehubungan dengan kejayaan negara menarik minat pembuat keretapi terbesar China, Kumpulan Keretapi China Selatan untuk membina pusat Rel ASEAN di Batu Gajah, Perak.

"Fasa pertama projek berkenaan yang bernilai RM400 bilion,"

Pelaburan asing pun turut masuk. Untuk makluman, bajet RM160 billion itu termasuklah segala projek dibawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi menaiktaraf perkhidmatan pengangkutan awam darat. Sejak 1990 lagi kerajaan membelanjakan sejumlah RM50 bilion dalam projek berkaitan landasan keretapi. Perbelanjaan itu dijangka naik kepada RM160 bilion menjelang 2020. Terangkum juga projek keretapi laju dari Kuala-Lumpur ke Singapura yang laluannya sepanjang 330 kilometer dan projek Mass Rapid Transit (MRT). Kesmeua projek dibawah pemantauan dan seliaan SPAD. Bila sebut SPAD, tak perlu kita persoalkan kerana terbukti SPAD mempunyai pengurusan cekap dan anti rasuah. Bertuah sungguh rakyat Malaysia ada SPAD. 

SPAD: Teksi 1 Malaysia@SPADChannel

Susulan daripada pemberian 1,000 lesen teksi individu Mac lalu, dibawah program Teksi 1 Malaysia, pada 18hb September lalu, SPAD membuat lawatan kerja ke Puspakom di Shah Alam, bagi meninjau teksi-teksi yang terlibat dengan program berkenaan. SPAD selaku badan yang diberikan tanggungjawab dan amanah menambahbaik pengangkutan awam darat, melaksankan segala bantuan dan arahan daripada Y.A.B Perdana Menteri. 

Lawatan kerja berkenaan berdasarkan kepada satu memorandum yang ditandatangani diantara SPAD dengan Puspakom pada 24hb ogos 2011 bagi memastikan tahap keselamatan dan sah bagi kenderaan pengangkutan awam darat. SPAD benar-benar serius dalam memastikan mutu dan tahap keselamatan kenderaan pengangkutan awam. Bagus!

Antara lain, memorandum tersebut menyatakan kerjasama diantara SPAD dengan Puspakom dalam hal:-
  1. perkongisan maklumat 
  2. pemeriksaan terperinci keatas kenderaan, chasis, no enjin dan pemasangan gajet
  3. tindakan susulan keatas pengendali dan pengusaha yang gagal hadir pemeriksaan berjadual.
Pengerusi SPAD, Tan Sri Hamid Albar amat berpuashati dengan tahap dan piawaian yang digunakan oleh Puspakom dalam pemeriksaan keatas teksi-teksi dibawah program Teksi 1 Malaysia. Menepati piawaian antarabangsa, kata beliau. Setiap kenderaan yang lulus pemeriksaan Puspakom dibawah program Teksi 1 Malaysia, akan diberikan sijil kelulusan. 

Ciri-ciri istimewa Teksi 1 Malaysia (melibatkan kerjasama dengan Proton):-
  1. Ruang yang lapang dan luas bagi penyimpanan barangan
  2. ABS,airbag dan ciri-ciri terkini keselamatan 
  3. Kerusi kemasan kulit
  4. Saluran penghawa dingin khusus untuk penumpang
  5. Sistem tempahan dan dispatch navigasi (GPS)
  6. kemudahan kad kredit / debit
  7. NGV pasang siap dikilang & meter.
Inisiatif program Teksi 1 Malaysia adalah komitmen kerajaan Barisan Nasional dibawah pimpinan DS Najib. Setelah pemberian 1,000 permit teksi individu diberikan, kini seramai 84 peserta program yang telah berjaya mendapat geran 1MDB bagi pembelian tersebut bakal menerima unit mereka. 

Program teksi 1 Malaysia melibatkan 1000 unit teksi yang mempunyai ciri-ciri khas diatas. Dikeluarkan oleh Proton. Dan menjalani pemeriksaan teliti mengikut piawaiaan antarabangsa di Puspakom. Harga seunit ialah RM64,000.00. Dana 1 MDB sejumlah RM5,000.00 diperuntukkan untuk pembelian bagi setiap unit. Bakinya pula akan dibereskan oleh Bank Simpanan Nasional. Memang bertuah lah para peserta berkenaan. Dan terbuktilah komitmen kerajaan menunaikan janji-janji mereka. Tak lama bergaya lah kome menaiki teksi yang selesa dan selamat! Boleh bayar guna kad kredit dan debit lagi ... 








SPAD: Kepentingan & Masadepan Perkhidmatan Rel Di Malaysia @SPADChannel.

Mutakhir ini, Malaysia melalui SPAD , sebuah agensi yang ditubuhkan bagi menambahbaik pengangkutan awam darat, memberikan tumpuan serius kepada perkhidmatan rel. Menyedari peri pentingnya akses mudah pengangkutan awam darat sebagai aternatif kepada kereta persendirian, pengangkutan rel mempunyai potensi besar. Berbanding bas, rel mampu membawa penumpang dalam jumlah yang ramai dan memang sah tiada masalah 'kesesakan lalulintas'. 

Kekerapan jadual perjalanan rel sentiasa diperkemaskan dan dipantau dengan baik oleh SPAD. Keselesaan dan keselamatan penumpang rel juga diutamakan. Rangkaian rel ditambah dari masa kesemasa. Akses mudah pengangkutan awam adalah mustahak bagi memastikan kelancaran perjalanan warga kerja dari rumah ke tempat kerja. SPAD sentiasa memastikan tambang pengangkutan awam darat adalah pada kadar yang mampu diserap oleh pengguna. 

Ada beberapa faktor utama pada pendangan ambe, kenapa perkhidmatan rel lebih afdal dan efektif. Pertama, faktor penggunaan tanah. Setiap inci kawasan perbandaran utama di Malaysia digunakan bagi pembangunan hartanah. Dan jalan-jalan utama yang sedia ada menjadi semakin sempit dan sukar untuk dilebarkan. Kerana kos pengambilan tanah adalah terlalu tinggi. Landasan rel boleh dibina diatas atau dibawah tanah. Ini lebih mudah. Kos pengambilan tanah dapat dikurangkan. Masa melaksanakan sesuatu projek rel jauh lebih singkat berbanding menaiktaraf mana-mana jalan-jalan utama. Lagipun, jalan-jalan utama terletak pada bidangkuasa agensi-agensi berbeza-beza. Ada jalan kategori jalan Persekutuan, jalan Negeri, jalan dibawah PBT dan jalan persendirian. Tetapi ini tak berlaku pada landasan rel. 

Kedua, perkhidmatan rel sepenuhnya automatik dan separa automatik. Ianya teknologi Hijau dan mesra alam kerana menggunakan kuasa elektrik. Tenaga elektrik boleh dijana dengan pelbagai kaedah jimat-kos. Pada masakini, perkhidmatan rel menggunakan bekalan elektrik daripada TNB. Ada kemungkinan besar, dimasadepan bila pengunaan rel bertambah, pengendali rel akan membina janakuasa elektrik mereka sendiri melalui teknologi solar. 

Ketiga, rel mampu membawa lebih ramai penumpang sekaligus pada satu-satu masa. Tak perlu berebut atau berbaris panjang terlalu lama. Kekerapan rel bergerak pantas, mudah dan cepat dalam selang masa singkat. Memudahkan pergerakan untuk sampai ke tempat kerja dan pulang ke rumah tepat pada waktunya.

Buat masa ini, ambe cuma nampak, syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan rel perlu menambah ruang parkir. Dan menyediakan bas ulang-alik dari kawasan kediaman ke stesen rel lebih kerap dan lebih banyak. Tahniah dan syabas kepada usaha dan komitmen yang diberikan SPAD dalam memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang mudah diakses.