Makin meroyanlah puak pembangkang, Pakatan Ahzab DAP PKR SYIAH bila tahu, sebanyak RM160 bilion akan dibelanjakan untuk keselesaan rakyat dalam perkhidmatan rel negara menjelang 2020. DS Najib menyebutkannya pada perasmian persidangan Persidangan Industri Keretapi Asia 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang turut dihadiri Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar dan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.
YAB PM DS Najib turut menyebut didalam ucapannya, "Aspek yang paling kritikal adalah melibatkan latihan sejumlah tenaga mahir yang mengkhusus dalam industri keretapi agar mereka dapat memenuhi jadual pembinaan operasi yang ditetapkan.
"Industri rel memerlukan pekerja mahir untuk pembinaan trek, kemudahan dan infrastruktur lain bagi penyelidikan dan pembangunan serta produktiviti komunikasi,”
Wah patutlah kerajaan berani membelanjakan bajet sebesar itu sebab ianya akan membuka peluang pekerjaan tenaga mahir dikalangan anak tempatan. Serta kemajuan pesat dalam bidang infrastruktur. Bahkan, melimpah kepada rakyat dalam bentuk mendapat perkhidmatan yang selesa, canggih dan cepat. Katanya lagi,
"Ini sehubungan dengan kejayaan negara menarik minat pembuat keretapi terbesar China, Kumpulan Keretapi China Selatan untuk membina pusat Rel ASEAN di Batu Gajah, Perak.
"Fasa pertama projek berkenaan yang bernilai RM400 bilion,"
Pelaburan asing pun turut masuk. Untuk makluman, bajet RM160 billion itu termasuklah segala projek dibawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi menaiktaraf perkhidmatan pengangkutan awam darat. Sejak 1990 lagi kerajaan membelanjakan sejumlah RM50 bilion dalam projek berkaitan landasan keretapi. Perbelanjaan itu dijangka naik kepada RM160 bilion menjelang 2020. Terangkum juga projek keretapi laju dari Kuala-Lumpur ke Singapura yang laluannya sepanjang 330 kilometer dan projek Mass Rapid Transit (MRT). Kesmeua projek dibawah pemantauan dan seliaan SPAD. Bila sebut SPAD, tak perlu kita persoalkan kerana terbukti SPAD mempunyai pengurusan cekap dan anti rasuah. Bertuah sungguh rakyat Malaysia ada SPAD.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa