Rabu, 22 Mei 2013

ADAKAN SEMULA PILIHANRAYA PARLIMEN KUANTAN & DUN TANJUNG LUMPUR- DAP PKR MENIPU.


Heboh pasal satu kes unik dan agak tak masuk akal apabila seorang pemuda berusia 23 tahun, Mohd Fadhli Khaharruddin tampil dengan dakwaan kononnya dia dibenarkan mengundi dua kali di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Sungai Isap Kuantan, Pahang. 

Laporan polis mengenai kes itu telah di buat pada hari pengundian 5 Mei 2013 lepas dan semalam 21 Mei 2013 pemuda itu tampil dalam sidang akhbar bersama pemimpin PKR & PAS.

Dalam PRU-13, kerusi Parlimen Kuantan dimenangi oleh Fuziah Salleh dari PKR sementara DUN Tanjung Lumpur tempat di mana pemuda tersebut mengundi turut tersenarai sebagai pengundi pula berjaya dirampas dari BN dan dimenangi calon PAS, Rosli Abdul Jabbar.

Dalam sidang akhbar semalam pemuda itu mendakwa tindakannya cuba mengundi dua kali dilakukan secara spontan dan tanpa perancangan setelah dakwat kekal yang dicalitkan pada jarinya luntur.

"Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama," dakwanya.

"Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan," kata pemuda itu semasa sidang media di pejabat Adun Tanjung Lumpur.

Ada sesiapa percaya? Entah bagaimana Fadhli berjaya melepasi tapisan nama oleh ejen tempat mengundi yang terdiri dari PKR, PAS dan BN cukup mencabar minda kita untuk mencari jawapannya. 

Setiap pemilih berdaftar yang hadir untuk mengundi namanya akan disebut kuat supaya ejen parti yang bertanding melakukan pemerikasaan seterusnya memotong namanya sebagai telah mengundi.

Nak dikatakan ketiga-tiga ejen itu berkonspirasi, tidak logik. Atau kesemua ejen tempat mengundi dari pelbagai parti politik itu tidur nyenyak dan gagal melaksanakan amanah yang digalas, pun agak keterlaluan.

Pemuda itu mungkin ikhlas membuat dakwaan tersebut tapi dilihat pada kecenderungannya bersama-sama pemimpin PKR dan PAS dalam 'mendedahkan' perkara tersebut, sudah sah kalau tak PKR tentu saja PAS yang disokongnya. Kalau dia penyokong BN dah tentu calon BN yang kalah di Parlimen Kuantan dan DUN Tanjung Lumpur yang dicarinya, tak gitu?

Dari sudut lain, misal katalah memang berlaku perkara yang di dakwa, jika benar begitu maknanya kemenangan Fuziah di Parlimen Kuantan dan Rosli di DUN Tanjung Lumpur boleh dipersoal dan dipertikaikan.

Maka suka atau tidak, eloklah pengundian semula dilakukan untuk kawasan Parlimen Kuantan dan DUN Tanjung Lumpur, bukan begitu?. 

Sekali lagi, andai benar wujud pengundian dua kali oleh individu yang sama, elok juga kalau kemenangan PR di kawasan-kawasan lain yang melibatkan calon PKR dan PAS di siasat sama seterusnya pengundian semula dilaksanakan bagi memastikan ketelusan.

Manalah tahu kot kegagalan BN menguasai majoriti dua pertiga Parlimen tempohari mempunyai unsur sebegini.


KARPAL SINGA BAPOK


Walaupun diancam dengan ugutan untuk diambil tindakan mahkamah, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim jelas berani dan tetap dengan pendiriannya untuk terus mendedahkan semua rancangan jahat DAP yang didakwanya bertujuan untuk merosakkan negara kepada umum.

Sebagai seorang yang tinggi dengan jati diri Melayu, beliau tegas mempertahankan tindakannya dengan mengambil pendekatan untuk tidak menjual ‘rohnya’ kepada parti ‘ultra kiasu’ itu. Malah sebagai warganegara yang taat kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, sudah menjadi tugasnya untuk mempertahankan keamanan negara dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya akan terus dedahkan kepada umum semua rancangan ‘rahsia’ DAP yang cuba merosakkan negara. Sudah menjadi tugas saya untuk mendedahkan tujuan yang tidak betul, saya tidak takut!” tegasnya yang berani menolak ugutan ‘Singa Bapok’ DAP, Karpal Singh.

Tindakan Abdul Aziz sebelum ini, telah menyebabkan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengugut beliau untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya masih terus mendedahkan rahsia DAP. Namun ugutan Karpal itu nyata tidak menggentarkan Abdul Aziz, sebaliknya beliau bertegas akan terus mendedahkan rahsia-rahsia DAP meskipun diheret ke mahkamah.

Beliau turut berkata Malaysia adalah tanah airnya dan keluarganya telah menetap di negara ini sejak ribuan tahun. Ugutan Karpal baginya adalah sekadar angin yang berlalu, kerana perjuangannya adalah sebagai seorang anak Melayu yang tidak sesekali akan menjualnya demi keamanan negara.

Amaran-amaran DAP itu tegasnya lebih menyemarakkan semangat Melayunya untuk melakukan pendedahan mengenai perancangan DAP menghancurkan Malaysia. Karpal sebelum ini menggesa Abdul Aziz supaya  menghentikan pendedahan yang menjadi rahsia dalam parti itu kepada umum.

Menurut Karpal, jika Abdul Aziz benar-benar ‘gentleman’ beliau tidak harus mendedahkan rahsia dalam parti. Pada Mei 2012, Tunku Abdul Aziz mengumumkan keluar daripada DAP dan melepaskan jawatannya dalam parti itu kerana membantah penganjuran perhimpunan haram di ibu negara pada 28 April 2012 kerana khuatir ia boleh bertukar ganas dan bantahan itu kemudian menimbulkan perselisihan faham antara beliau dengan pemimpin DAP.

Pada awal Mei lalu, Tunku Abdul Aziz mendedahkan di sebuah blog bagaimana beliau boleh menyertai DAP dan selepas setahun menjadi ahli beliau mendapati ideologi dan perjuangan parti itu tidak sehaluan dengan pendiriannya.

Tindakan Abdul Aziz nyata memberikan kesan kepada DAP dan mereka khuatir rancangan-rancangan jahat parti cauvinis itu akan terdedah kepada umum sekali gus menyukarkan usaha mereka untuk menguasai Malaysia.

Dengan tindakan yang dibuat Abdul Aziz, ia membuktikan parti itu tidak pernah ikhlas dalam perjuangan mereka kononnya untuk rakyat berbilang kaum, sebaliknya hanya mengambil kesempatan atas kebodohan sesetengah pemimpin Melayu yang menyertai parti tersebut.

Syabas Abdul Aziz! Teruskan perjuangan sebagai anak Melayu demi tanah air tercinta daripada dimusnahkan parti cauvinis penipu dan rasis.

ELAKKAN TINDAKAN REAKSIONARI BAGI MENGALAHKAN TINDAKAN REVOLUSIONARI PUAK DAP & PKR SOSIALIS.


Kita berhadapan dengan arus gelombang Sosialisma radikal yang menuntut agar perubahan dilakukan melalui jalan revolusi. Di pihak Sosialis kita di label sebagai golongan reaksionari. Mudah cakap, reaksionari pada minda revolusionari ialah puak pemikiran kolot, kononnya lah. Walhal bila kita benar-benar fahami minda revolusionari akan terdedahlah segala wajah hipokrasi mereka dalam semua hal.

Pada minda revolusionari mereka adalah agen perubahan yang membawa harapan-harapan baru kepada masyarakat dan negara., kononnyalah. Puak revolusionari begitu percaya dan taksub tahap gila babi punya dalam semua tindakan mereka adalah benar dan betul. Mereka percaya tindakan mereka adalah untuk 'memperbetulkan' semua yang 'Tak betul' dalam masyarakat dan negara. Tak perlu ambe beri contoh kerana anda sendiri tengok dengan mata kepala sendiri semua tindakan-tindakan revolusionari sejak mereka melaungkan slogan Reformasi bersama Anwar Ibrahim.

Sosialisma sendiri merupakan satu 'Jenama Songsang' yakni mengajarkan kepada individu bahawa nafsu perlu dibebaskan sebebas-bebasnya. Kononnya itulah satu-satu jalannya untuk mencapai kebahagiaan dan keadilan! Jauh terpesong dari ajaran Islam yang mengajarkan kita agar 'mengekang' nafsu untuk mencapai kebahagian dan mengubah nilai-nilai negatif kepada positif.

Melalui ajaran Islam kita mengenal dan mampu tahu apakah nafsu dan fungsi sebenarnya dalam diri manusia. Islam tak pernah mengajar kepada kita untuk membebaskan nafsu sebebas-bebasnya kerana nafsu itu sentiasa di dorong oleh sifat 'Ammarah' yang mampu menjadi pemusnah total. Kerana melalui sifat Ammarah itulah manusia mampu dikuasai sepenuhnya oleh musuh utama manusia yakni syaitannirojiim. Sifat Ammarah itu perlu tapi bukan diamalkan dalam keadaan terlalu radikal dan melampau-lampau sepertimana diajarkan oleh Cina DAP dan sosialis radikal PKR. 

Sosialisma pula mengamplifikasikan sifat Ammarah itu sebesar-besarnya sehingga melampaui batasan. Sosialisma mendidik manusia menjadi seorang pemarah. Semua benda nak dimarahnya. Kalau terbersin pun mereka menjadi marah sampai nak menggulingkan kerajaan. Begitulah tahap jahilnya minda mereka.

Bila semua dah ikut 'Marah' masing-masing akibatnya jadilah sepertimana dicerminkan dalam keputusan PRU13 lalu. Ianya perlu dihentikan. Bagi menghentikannya, kita semua perlu menolak politik kebencian dan mula mempersoalkan tindakan dan hujah-hujah Cina DAP dan sosialis radikal PKR. Jentera Perang Persepsi jahat Cina DAP dan sosialis radikal PKR perlu dihapuskan samasekali.

Kesemua pemikir dari semua kaum perlu bertindak segera untuk menghentikan dan menghapuskan KEMARAHAN yang setiap hari ditiupkan oleh Cina DAP dan sosialis radikal PKR. 

Dalam meredakan kemarahan yang dicetuskan oleh Cina DAP dan sosialis radikal PKR, kita seharusnya menggelak daripada menjadi REAKSIONARI. Semua tindakan REAKSIONARI perlu dielakkan. Kita harus berdepan dengan tegas dan berani semua tindakan revolusionari. Setiap tindakan dan perkataan mestilah nampak bijak dan betul pada pandangan masyarakat. Menewaskan dan mengalahkan jentera persepsi jahat Cina DAP dan sosialis radikal PKR adalah langkah pertama ke arah itu. 

Bagi meredakan 'amarah' yang dicetuskan oleh puak sosialis radikal DAP dan PKR, DS Najib memperkenalkan 'Janji DiTepati' dan 'Wassatiyah'. Keduanya bertujuan mengembalikan semula rakyat Malaysia ke jalan yang betul mengikut model dan asas kenegaraan kita.