Rabu, 22 Mei 2013

ADAKAN SEMULA PILIHANRAYA PARLIMEN KUANTAN & DUN TANJUNG LUMPUR- DAP PKR MENIPU.


Heboh pasal satu kes unik dan agak tak masuk akal apabila seorang pemuda berusia 23 tahun, Mohd Fadhli Khaharruddin tampil dengan dakwaan kononnya dia dibenarkan mengundi dua kali di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Sungai Isap Kuantan, Pahang. 

Laporan polis mengenai kes itu telah di buat pada hari pengundian 5 Mei 2013 lepas dan semalam 21 Mei 2013 pemuda itu tampil dalam sidang akhbar bersama pemimpin PKR & PAS.

Dalam PRU-13, kerusi Parlimen Kuantan dimenangi oleh Fuziah Salleh dari PKR sementara DUN Tanjung Lumpur tempat di mana pemuda tersebut mengundi turut tersenarai sebagai pengundi pula berjaya dirampas dari BN dan dimenangi calon PAS, Rosli Abdul Jabbar.

Dalam sidang akhbar semalam pemuda itu mendakwa tindakannya cuba mengundi dua kali dilakukan secara spontan dan tanpa perancangan setelah dakwat kekal yang dicalitkan pada jarinya luntur.

"Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama," dakwanya.

"Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan," kata pemuda itu semasa sidang media di pejabat Adun Tanjung Lumpur.

Ada sesiapa percaya? Entah bagaimana Fadhli berjaya melepasi tapisan nama oleh ejen tempat mengundi yang terdiri dari PKR, PAS dan BN cukup mencabar minda kita untuk mencari jawapannya. 

Setiap pemilih berdaftar yang hadir untuk mengundi namanya akan disebut kuat supaya ejen parti yang bertanding melakukan pemerikasaan seterusnya memotong namanya sebagai telah mengundi.

Nak dikatakan ketiga-tiga ejen itu berkonspirasi, tidak logik. Atau kesemua ejen tempat mengundi dari pelbagai parti politik itu tidur nyenyak dan gagal melaksanakan amanah yang digalas, pun agak keterlaluan.

Pemuda itu mungkin ikhlas membuat dakwaan tersebut tapi dilihat pada kecenderungannya bersama-sama pemimpin PKR dan PAS dalam 'mendedahkan' perkara tersebut, sudah sah kalau tak PKR tentu saja PAS yang disokongnya. Kalau dia penyokong BN dah tentu calon BN yang kalah di Parlimen Kuantan dan DUN Tanjung Lumpur yang dicarinya, tak gitu?

Dari sudut lain, misal katalah memang berlaku perkara yang di dakwa, jika benar begitu maknanya kemenangan Fuziah di Parlimen Kuantan dan Rosli di DUN Tanjung Lumpur boleh dipersoal dan dipertikaikan.

Maka suka atau tidak, eloklah pengundian semula dilakukan untuk kawasan Parlimen Kuantan dan DUN Tanjung Lumpur, bukan begitu?. 

Sekali lagi, andai benar wujud pengundian dua kali oleh individu yang sama, elok juga kalau kemenangan PR di kawasan-kawasan lain yang melibatkan calon PKR dan PAS di siasat sama seterusnya pengundian semula dilaksanakan bagi memastikan ketelusan.

Manalah tahu kot kegagalan BN menguasai majoriti dua pertiga Parlimen tempohari mempunyai unsur sebegini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa