Selasa, 21 Mei 2013

TINDAKAN BIJAK AKAR UMBI KEKALKAN PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN UMNO DAN TIGA NAIB PRESIDEN.



Carta Pemegang Jawatan dalam MAJLIS TERTINGGI UMNO.

Tiga jawatan tertinggi dalam UMNO- Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden UMNO tak perlu dipertandingkan untuk memberi laluan kepada para pemimpin melangsungkan program-program transformasi dan mengutuhkan lagi kesatuan dan solidariti parti. 

Setiausaha Kelab Veteran UMNO, Mustapha Yaacub, mengusulkan perkara ini menambah, perubahan ketara dalam lanskap politikal yang menyaksikan realiti pemisah perkauman yang dizahirkan dalam PRU13 lalu memerlukan perubahan minda dan pandangan baru kepada semua perspektif.

" Ianya bukan sahaja politikal tapi merangkumi semua aspek di mana ahli UMNO haruslah menerimanya dengan membuang semua sifat cemburu irihati, tamak dan kuasa. Untuk kali ini, biarlah kita terus maju dengan perspektif baru dan untuk menzahirkannya, kita haruslah beri laluan kepada presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden melangsungkan agenda sedia ada untuk UMNO, Melayu, warga Malaysia amnya, Islam dan negara"

"Kita tak perlu dibebani dengan masalah jawatan dalam parti sedangkan kita mengetahui negara memerlukan kesatuan untuk terus makmur dan ini hanya boleh dicapai jika kepimpinan tertinggi diberikan mandat penuh dan masa untuk melaksanakan dan bertindak bagi membuahkan kejayaan" Kata beliau.

Keputusan PRU13 lalu berakhir dengan jurang terbesar di antara komuniti Cina yang mengundi DAP manakala Melayu dengan India mengundi Barisan Nasional.

Disebutkan sebagai Tsunami Cina yang dinafikan oleh DAP, mengakibatkan parti MCA dan GERAKAN menolak sebarang jawatan di dalam kabinet.

Kedua parti MCA dan GERAKAN sebuah parti multi-ras tapi berasaskan Cina gagal beraksi cemerlang menyebabkan penolakan komuniti Cina kepada keduanya,

Mustapha berkata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah bekerja kuat dan secara jujur sejak April2009 untuk mendapatkan kembali pengaruh dan kerusi bukan sahaja untuk UMNO tetapi juga untuk BN.

“Najib telah mencuba setiap pendekatan to membawa kembali keyakinan dan kepercayaan, mula-mula bersendirian kemudian diikuti oleh pemimpin-pemimpin dari parti lain dalam koalisi."

“Beliau telah memberi segalanya demi kepentingan BN dan Melayu dan kini adalah masa kita untuk menyokongnya, total, dalam UMNO kerana perubahan dalam lanskap politikal telah menyorong UMNO ke hadapan sebagai benteng dan kubu BN."

“ UMNO seharusnya rapatkan saf dan memperkuatkan ukhuwah terhadap beberapa cabaran kerana pilihanraya seterusnya adalah penting dalam menentukan kelangsungan parti termasuklah kelangsungan Melayu dan kuasa politik Melayu." 

“Ahli UMNO tak boleh bersikap lewa dan berandaian  UMNO adalah kuat dan pertandingan jawatan tertinggi tidak akan mengoyahkan kedudukan UMNO."

“Andaian itu tidak selari keadaan mutakhir senario dan lanskap politikal"

“Jadi tindakan terbaik ialah, pada pandangan saya dan daripada sahabat-sahabat, tiada pertandingan untuk lima jawatan tertinggi dan pada masa yang sama memperkuatkan kesatuan parti dan berdamai." tambahnya.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kuang, Selangor, Suhaimi Abdul Rahman  bersetuju dengan syor tersebut, menambah bahwa Najib perlukan sokongan penuh dan padu terutama daripada dalaman parti untuk menjadikan agenda transformasi suatu kejayaan"

“Tugasannya masih belum selesai dan perjalanan beliau masih jauh, oleh itu sokongan dan kesatuan kita adalah kekuatan ampuh bagi beliau."

“Oleh itu saya bersetuju bahawa tiada pertandingan untuk lima jawatan tertinggi parti- presiden, timbalan presiden dan naib presiden - untuk memberi laluan kepada Najib untuk berjaya bagi manfaat Melayu, warga Malaysia dan negara."

“Ikhlas saya cakap, I melihat sendiri dengan mata kepala saya bagaimana Najib bekerja semasa kempen pilihanraya dan saya tabik beliau kerana kejujurannya" tambahnya.

UMNO dijangka mengadakan pemilihan tri-tahunan dalam Ogos menggunakan sistem baru di mana 146,000-ahli akan mengundi to memilih kepimpinan menggantikan kaedah lama hanya 2,500 perwakilan.

LEBIH BAIK BERGULING ATAS KATIL DARI GULINGKAN KERAJAAN.


PAS, DAP Dah Tolak, Anwar bila lagi?


Sabtu lalu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah mendedahkan bahawa wujudnya konspirasi menggulingkan kerajaan. Konspirasi yang dirancang itu katanya bakal dijalankan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan jika pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Dalam dakwaan Tunku Aziz, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi terlampau seperti Arab Spring bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada. Namun, hari ini kepimpinan DAP dan PAS telah sebulat suara untuk membantu polis melakukan siasatan terhadap konspirasi itu.

Mungkin mereka telah sedar impak yang buruk bakal melanda negara jika terjadinya rusuhan dan demonstrasi tersebut. Walaupun Karpal Singh mengecam tindakan Tunku Aziz kerana mendedahkan rahsia DAP, tindakan DAP untuk bersama membantu polis adalah satu tindakan yang bijak.

Ini kerana, jika benar perkara ini terjadi ianya akan menggugat keamanan negara dan menjatuhkan imej negara. Sekali gus, ekonomi negara dan juga industri pelancongan akan turut terjejas.

Dalam pada itu, dua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP telah menyatakan keterlibatan mereka membantu polis untuk menjalankan siasatan konspirasi tersebut. Tetapi, Anwar Ibrahim masih belum mengambil apa-apa tindakan ataupun pendirian berkenaan perkara ini.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan polis sekiranya diminta membantu dalam siasatan berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.

Menurutnya, Pas mengulangi pendirian bahawa parti itu tidak menyokong mana-mana pihak yang mahu menggunakan kekerasan dalam perjuangan kerana ia boleh menimbulkan
huru-hara dan ketidakstabilan kepada negara.

Malah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya?

Itu adalah gopoh.

"Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook.

Lim Kit Siang dalam satu temubual dengan Radio Australia juga menolak sebarang bentuk kacau bilau ala Arab Spring dan apa juga bentuk kacau ganggu seumpamanya.

Nampaknya, hanya Anwar yang memang bercita-cita untuk mewujudkan kekacauan dalam negara yang nyata menjadi salah satu agendanya apabila gagal dalam pilihan raya. Mungkin itu merupakan cara beliau untuk menunjukkan protes sehingga menggadaikan keselamatan dan masa depan negara.

Sedarlah bahawa rakyat tidak akan mendapat apa-apa keuntungan dengan konspirasi sebegini. Negara yang mengalami konspirasi sebegini tidak pernah aman dan kekal mundur tanpa ada sebarang pembangunan dan itu adalah satu kerugian besar buat negara.

Untuk sedarkan Anwar Ibrahim adalah satu perkara yang mustahil, namun masih belum terlewat untuk anak-anak muda yang terikut-ikut cara demonstrasi Anwar ini untuk berfikir dengan lebih waras. Jangan sampai terlewat untuk membetulkan keadaan sehingga negara kita berada dalam keadaan yang terumbang-ambing.

KEMPEN BOIKOT PRODUK CINA DAP TAKKAN JEJASKAN EKONOMI TAPI AKAN MENGUNTUNGKAN EKONOMI.


     
                                           


Wakil Dewan Perniagaan Cina dan Melayu, Yeah Kim Leng semalam memberitahu Malaysian Insider bahawa ‘boikot produk Cina’ yang dipromosikan oleh blogger pro-UMNO akan menjejaskan ekonomi Malaysia dan menakutkan pelabur.  Beliau tentunya bercakap tentang kempen ‘boikot barangan Cina pro-DAP’ yang kini sedang merebak di internet.  

Kita boleh merujuk kempen ini sebagai kesan sampingan dari keputusan PRU-13 yang menyaksikan penolakan sepenuhnya kaum Cina terhadap parti pemerintah a.k.a kerajaan Melayu.  Dalam kenyataannya, Yeah mendesak Putrajaya agar masuk campur bagi menghentikan kempen boikot tersebut. 

Penulis percaya bahawa Yeah sedia maklum bahawa kaum Melayu telah lama bersabar dengan permainan rasis akhbar-akhbar Cina serta lakonan mengada-ngada kaum Cina dalam menangani isu-isu rasis, dengan harapan kaum Cina akan menghargai toleransi mereka. 

Bagaimanapun, kaum Cina mengambil sifat toleransi Melayu itu sebagai suntikan dos kepada ego mereka.  Dari situ, keangkuhan kaum Cina yang dipamerkan dalam tragedi 13 Mei kini sekali lagi dipamerkan sepanjang kempen PRU-13.  

Hakikatnya, majoriti rakyat sudah muak dengan sikap hipokrasi-sensitif kaum Cina.  Setiap kali mereka diingatkan tentang kontrak sosial, mereka akan menjerit ‘rasis’!.  Setiap kali mereka disoal tentang semangat nasionalis dan patriotik, mereka akan menyalak ‘rasis’!.  Dan apabila Utusan Malaysia bertanyakan apa lagi yang mereka mahu, iaitu satu soalan yang jujur, terus terang dan mudah, akhbar itu dikutuk sebagai ‘ultra-rasis’!

Di masa yang sama, akhbar-akhbar Cina dan ahli politik mereka terus memperhebatkan permainan isu rasis ini sehingga kemuncaknya masyarakat Cina gagal membezakan antara ‘benci Melayu dengan benci Malaysia’.  Maka, hari ini, kita melihat anak-anak Cina memegang bendera Malaysia terbalik – dengan bangga.  

Selepas PRU-13, para ektremis Cina ini akhirnya bertemu buku dengan ruas.  Ramai guru-guru dan murid-murid Melayu di sekolah Cina mula memperkatakan tentang pengalaman mereka berhadapan dengan sikap rasis di sekolah.  Ramai lagi yang mula bertanyakan peranan akhbar-akhbar cina yang telah lama menanam sikap prejudis, keraguan dan kebencian terhadap kerajaan yang diterajui Melayu.  Malah, ahli politik Melayu juga sudah mula ‘menyampah’ dengan hipokrasi kaum Cina.

Sudah tiba masanya kita memainkan isu rasis ini secara terbuka.  Sepertimana yang penulis sering katakan pada rakan-rakan penulis, jika kita berurusan dengan seorang rasis, kita tidak punya pilihan selain turut menjadi rasis, atau kita akan ditindas.   Dan itulah yang kaum Cina inginkan sangat, iaitu ‘menindas’.  

Jelas, kaum Melayu sudah tidak tahan lagi dengan sikap chauvinis dan angkuh kaum Cina dan mula berkata:  “Jika ingin sangat bermain dengan isu kaum, maka ayuhlah kita main sama-sama”.  

Mungkin ada yang menyangka, dari situlah bermulanya kempen boikot barangan Cina ini.  

Hakikatnya, ia telah bermula lama dahulu apabila kaum Cina dengan liciknya menyerang dan mengsabotaj semua produk bumiputera.   

Contohnya, apabila seorang taikun Melayu mengambil-alih Gardenia Bekeries (KL) Sdn Bhd tidak lama dahulu kerana bimbang dengan status halal tepung pembuat produk tersebut yang mana bekalannya dimonopoli oleh seorang taikun Cina, masyarakat Cina tidak menunggu lama untuk melancarkan boikot terhadap semua produk Gardenia.  

Alasan mereka?  Ia adalah milik kroni UMNO. 

Ini adalah cara pemikiran tipikal seorang rasis iaitu, tidak apa bagi Cina untuk memonopoli tetapi tidak boleh bagi Melayu untuk memecah monopoli dan menyediakan persaingan yang sihat kerana ia adalah amalan kronisme; kecuali jika persaingan sihat itu melibatkan seorang Cina juga.   Seperti kata Yeah, ia adalah ‘tidak sihat, kebudak-budakan dan rasis’ bagi Melayu untuk memboikot barangan Cina tetapi ia adalah ‘hak pengguna’ bagi Cina memboikot barangan Melayu.  

Permainan rasis kaum Cina di sektor swasta juga merupakan rahsia umum, di mana mereka akan meletakkan ‘mandarin’ sebagai kelayakan dalam iklan-iklan pekerjaan.  Di utara, terutamanya, permainan rasis kaum Cina lebih terbuka di mana syarikat yang diterajui mereka tidak akan memberi peluang yang sama kepada kaum lain untuk maju.  Sesetengahnya pula secara langsung meletakkan skim gaji dwistandard berdasarkan kaum di bawah ‘undang-undang tidak bertulis syarikat’.  

Selamanya kaum Cina itu angkuh, memberitahu semua bahawa tiada siapa yang dapat menyentuh mereka kerana mereka mengawal ekonomi.  

Mungkin benar bahawa kita tidak boleh berbuat apa-apa dan bahawa kempen boikot barangan Cina ini tidak akan membawa kaum Melayu ke mana-mana.  Justeru, jika ia benar, maka kita percaya Yeah Kim Leng tidak perlu bimbangkan apa-apa.  Lagipun, beliau hanya bimbangkan kaum Cina, bukan begitu?  Dan kaum Cina tidak akan terjejas hanya dengan boikot dari kaum Melayu, bukan begitu?  

Kaum Cina telah menyatakan bahawa mereka tidak memerlukan kaum lain, maka kaum lain juga perlu ‘belajar’ untuk tidak memerlukan kaum Cina.   Dan untuk pengetahuan semua, pembelajaran ini telah pun bermula iaitu melalui ‘kempen boikot produk Cina’.

INI BUKAN KALI PERTAMA KARPAL SODOM AKUI DAP MEMANG RASIS DAN CAUVINIS TERSILAP LANGKAH.


DAP berjaya Menipu Pengundi , PAS dan PKR melalu jenama tiruan PAKATAN RAKYAT yang tak wujud pun. Hanya menabur janji-janji yang mereka tahu tak mampu tunaikan.

Karpal Sodom terkenal dengan kata-kata "Langkah Mayat Kami dulu", " Perjuangan DAP untuk meletakkan PM daripada Bukan Melayu" dan " Anwar harus bertobat" dan "Suka sama Suka ".

Pembangkang berkata bahawa PRU-13 lalu adalah tentang perubahan, maka suka penulis menyatakan bahawa mereka berkata benar.  Sedar atau tidak, kita semua sedang meniti perubahan itu.   Perubahan yang dimaksudkan bukanlah dari segi landskap atau struktur pentadbiran negara tetapi dari segi minda masyarakat.  

PRU-13 membuka mata semua pihak dan membantu kita mengenali sesama kita dengan sebenar-benarnya.  PAS kini tahu siapa DAP, DAP kini tahu siapa PKR dan begitu juga sebaliknya.   Kerajaan juga kini sedar siapa kaum Cina tak kira DAP, MCA atau Gerakan.  Dan Cina juga kini tahu siapa Melayu PAS, Melayu UMNO dan Melayu PKR.  

Cuma yang mungkin masih tidak tahu apa-apa adalah Cina DAP produk SJKC yang  ke hulu ke hilir berkabung dengan baju hitam sambil menganga mendengar Anwar berucap membawa harapan ‘Ketuanan Cina’.  Kita biarkan anak-anak Cina produk SJKC itu terus percaya apa yang mereka ingin percaya kerana mereka bukannya bijak sangat untuk diajak berbicara.  

Namun, dengan ‘perubahan’ yang berlaku ini, inilah diseru agar semua pihak yang bijak,  waras dan matang agar berhenti dari menjadi hipokrit.  PAS tidak perlu lagi berpura-pura berjuang demi Islam, PKR tidak perlu berpura-pura berjuang demi keadilan dan DAP tidak perlu berpura-pura berjuang demi ketelusan.   UMNO dan MIC juga tidak perlu lagi berpura-pura percaya kepada kepura-puraan MCA dan Gerakan.   Ayuhlah kita semua berjuang atas kebenaran yang sebenar-benarnya.  

Hari ini, BN sudah pun mula bekerja dan PAS sudah pun mengambil keputusan untuk ‘senyap’ sahaja.   PKR bagaimanapun, memilih untuk menafikan kekalahan dan terus berlawan.  

Dan yang masih belum pasti hala tujunya adalah DAP.  Di kala pemimpin DAP yang menang PRU  sudah mengangkat sumpah dan menafikan menyokong himpunan haram, anak muda Cina totok DAP pula terus berhimpun bersama Anwar/PKR menentang keputusan PRU.   

Oleh itu, apa yang dapat kita simpulkan ialah, mungkin masih tiada arahan rasmi dari Tokong Lim kepada anak-anak Cina totok ini untuk meninggalkan Anwar di pentas keseorangan.   Mungkin DAP sebenarnya masih mengharapkan Anwar dapat melakukan sesuatu untuk menggulingkan kerajaan dalam masa terdekat ini.  

DAP kini sedang bergelut dengan kebangkitan orang-orang Melayu yang sudah ‘mengenali’ mereka.   Rata-rata, ancaman mereka dengan menggunakan label ‘rasis’ terhadap sesiapa sahaja yang mempersoalkan tindakan mereka tidak lagi berjaya.   Malah, ugutan mereka untuk mengambil tindakan undang-undang juga sudah tidak dipedulikan lagi.   Ini kerana, setiap kali mereka menuduh orang lain rasis, setiap kali juga sikap rasis mereka terserlah semakin jelas.  

Sikap DAP ini tidak ubah seperti sikap Yahudi yang melabel sesiapa sahaja yang mempersoalkan tindakan Zionis merampas tanah Palestin sebagai rasis dengan merujuk kepada peristiwa ‘holocaust’.  Sedangkan, semuanya hanyalah lakonan untuk menutup agenda jahat mereka sendiri.  

Taktik yang sama juga diguna oleh DAP dan ianya terbukti apabila Karpal Singh menyuruh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz agar menutup mulut dan tidak mendedahkan ‘rahsia’ DAP.   

Hakikat bahawa DAP sedang berahsia dengan rakyat amatlah menarik kerana parti tersebutlah yang paling lantang melaungkan ‘ketelusan’ seolah-olah mereka melakukan segala-galanya secara terbuka dan tiada apa-apa yang perlu disembunyikan.  Justeru, apabila Karpal mengakui bahawa DAP mempunyai ‘rahsia’, segala hipokrasi DAP pun terbukti.  

Tidak cukup dengan itu, Karpal juga mengugut akan mengambil tindakan ke atas Tunku Aziz sekiranya ‘rahsia’ itu didedahkan kepada umum.  

Apa yang pasti, ‘rahsia’ DAP itu tentulah bukan sesuatu yang baik untuk rakyat.  Jika tidak, kenapa DAP perlu merahsiakannya?  

Jadi, kita ingin bertanyakan kepada Karpal Singh, di manakah ketelusan yang dilaungkan DAP, jika parti sendiri penuh dengan rahsia?  Dan di manakah kebebasan bersuara yang dilaungkan DAP jika sesiapa yang bersuara akan disaman, didenda, diugut dan diancam?

Sebagai sebuah parti politik yang berazam untuk menjadi pemerintah, DAP tidak wajar berahsia dengan rakyat.  Lebih-lebih lagi jika DAP ingin terus melaungkan ketelusan dan kebebasan dalam perjuangannya.   

Seperti yang dikatakan di atas, politik Malaysia sedang mengalami perubahan di mana kita semua kini bermain atas landasan ‘berterus-terang’ selaras dengan matlamat kita untuk menjadi negara maju.  Jika DAP masih memilih untuk berpura-pura baik, telus, bersih dan tidak rasis maka DAP akan ketinggalan dalam arus politik semasa sedangkan semua orang tahu sudah siapa DAP yang sebenarnya.  

Sudah sampai masanya kita semua berkata benar dan berani mempertahankan apa yang kita anggap benar itu serta biarkan rakyat memilih sendiri ‘kebenaran’ manakah yang mereka mahukan.  Lagipun, bukankah DAP juga yang melaungkan ‘ubah’?  Justeru, kita menyeru DAP agar berubahlah dengan berkata benar.  Ada berani?