Wakil Dewan Perniagaan Cina dan Melayu, Yeah Kim Leng semalam memberitahu Malaysian Insider bahawa ‘boikot produk Cina’ yang dipromosikan oleh blogger pro-UMNO akan menjejaskan ekonomi Malaysia dan menakutkan pelabur. Beliau tentunya bercakap tentang kempen ‘boikot barangan Cina pro-DAP’ yang kini sedang merebak di internet.
Kita boleh merujuk kempen ini sebagai kesan sampingan dari keputusan PRU-13 yang menyaksikan penolakan sepenuhnya kaum Cina terhadap parti pemerintah a.k.a kerajaan Melayu. Dalam kenyataannya, Yeah mendesak Putrajaya agar masuk campur bagi menghentikan kempen boikot tersebut.
Penulis percaya bahawa Yeah sedia maklum bahawa kaum Melayu telah lama bersabar dengan permainan rasis akhbar-akhbar Cina serta lakonan mengada-ngada kaum Cina dalam menangani isu-isu rasis, dengan harapan kaum Cina akan menghargai toleransi mereka.
Bagaimanapun, kaum Cina mengambil sifat toleransi Melayu itu sebagai suntikan dos kepada ego mereka. Dari situ, keangkuhan kaum Cina yang dipamerkan dalam tragedi 13 Mei kini sekali lagi dipamerkan sepanjang kempen PRU-13.
Hakikatnya, majoriti rakyat sudah muak dengan sikap hipokrasi-sensitif kaum Cina. Setiap kali mereka diingatkan tentang kontrak sosial, mereka akan menjerit ‘rasis’!. Setiap kali mereka disoal tentang semangat nasionalis dan patriotik, mereka akan menyalak ‘rasis’!. Dan apabila Utusan Malaysia bertanyakan apa lagi yang mereka mahu, iaitu satu soalan yang jujur, terus terang dan mudah, akhbar itu dikutuk sebagai ‘ultra-rasis’!
Di masa yang sama, akhbar-akhbar Cina dan ahli politik mereka terus memperhebatkan permainan isu rasis ini sehingga kemuncaknya masyarakat Cina gagal membezakan antara ‘benci Melayu dengan benci Malaysia’. Maka, hari ini, kita melihat anak-anak Cina memegang bendera Malaysia terbalik – dengan bangga.
Selepas PRU-13, para ektremis Cina ini akhirnya bertemu buku dengan ruas. Ramai guru-guru dan murid-murid Melayu di sekolah Cina mula memperkatakan tentang pengalaman mereka berhadapan dengan sikap rasis di sekolah. Ramai lagi yang mula bertanyakan peranan akhbar-akhbar cina yang telah lama menanam sikap prejudis, keraguan dan kebencian terhadap kerajaan yang diterajui Melayu. Malah, ahli politik Melayu juga sudah mula ‘menyampah’ dengan hipokrasi kaum Cina.
Sudah tiba masanya kita memainkan isu rasis ini secara terbuka. Sepertimana yang penulis sering katakan pada rakan-rakan penulis, jika kita berurusan dengan seorang rasis, kita tidak punya pilihan selain turut menjadi rasis, atau kita akan ditindas. Dan itulah yang kaum Cina inginkan sangat, iaitu ‘menindas’.
Jelas, kaum Melayu sudah tidak tahan lagi dengan sikap chauvinis dan angkuh kaum Cina dan mula berkata: “Jika ingin sangat bermain dengan isu kaum, maka ayuhlah kita main sama-sama”.
Mungkin ada yang menyangka, dari situlah bermulanya kempen boikot barangan Cina ini.
Hakikatnya, ia telah bermula lama dahulu apabila kaum Cina dengan liciknya menyerang dan mengsabotaj semua produk bumiputera.
Contohnya, apabila seorang taikun Melayu mengambil-alih Gardenia Bekeries (KL) Sdn Bhd tidak lama dahulu kerana bimbang dengan status halal tepung pembuat produk tersebut yang mana bekalannya dimonopoli oleh seorang taikun Cina, masyarakat Cina tidak menunggu lama untuk melancarkan boikot terhadap semua produk Gardenia.
Alasan mereka? Ia adalah milik kroni UMNO.
Ini adalah cara pemikiran tipikal seorang rasis iaitu, tidak apa bagi Cina untuk memonopoli tetapi tidak boleh bagi Melayu untuk memecah monopoli dan menyediakan persaingan yang sihat kerana ia adalah amalan kronisme; kecuali jika persaingan sihat itu melibatkan seorang Cina juga. Seperti kata Yeah, ia adalah ‘tidak sihat, kebudak-budakan dan rasis’ bagi Melayu untuk memboikot barangan Cina tetapi ia adalah ‘hak pengguna’ bagi Cina memboikot barangan Melayu.
Permainan rasis kaum Cina di sektor swasta juga merupakan rahsia umum, di mana mereka akan meletakkan ‘mandarin’ sebagai kelayakan dalam iklan-iklan pekerjaan. Di utara, terutamanya, permainan rasis kaum Cina lebih terbuka di mana syarikat yang diterajui mereka tidak akan memberi peluang yang sama kepada kaum lain untuk maju. Sesetengahnya pula secara langsung meletakkan skim gaji dwistandard berdasarkan kaum di bawah ‘undang-undang tidak bertulis syarikat’.
Selamanya kaum Cina itu angkuh, memberitahu semua bahawa tiada siapa yang dapat menyentuh mereka kerana mereka mengawal ekonomi.
Mungkin benar bahawa kita tidak boleh berbuat apa-apa dan bahawa kempen boikot barangan Cina ini tidak akan membawa kaum Melayu ke mana-mana. Justeru, jika ia benar, maka kita percaya Yeah Kim Leng tidak perlu bimbangkan apa-apa. Lagipun, beliau hanya bimbangkan kaum Cina, bukan begitu? Dan kaum Cina tidak akan terjejas hanya dengan boikot dari kaum Melayu, bukan begitu?
Kaum Cina telah menyatakan bahawa mereka tidak memerlukan kaum lain, maka kaum lain juga perlu ‘belajar’ untuk tidak memerlukan kaum Cina. Dan untuk pengetahuan semua, pembelajaran ini telah pun bermula iaitu melalui ‘kempen boikot produk Cina’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa