Jumaat, 17 Mei 2013

KETEGASAN 'JANTAN' KABINET BARU & NIK NADZMI MANGSA TERBARU ANWAR IBRAHIM.



Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri perlu melaksanakan transformasi dengan lebih agresif dan radikal sekiranya mahu terus memegang tampuk pemerintahan negara selepas PRU-14. Walaupun PRU13 sudah berlalu, dan BN telah berjaya memenangi sebanyak 133 kerusi parlimen, namun pola dan ‘mood’ luar jangka pengundi menunjukkan terdapat tanda-tanda yang ia akan menjadikan pilihanraya yang akan datang semakin mencabar dan mendebar.

Kabinet baru yang dilantik perlu memikirkan bagaimana untuk mengikis persepsi negatif yang dilemparkan terhadap kerajaan. Bukan sahaja soal pembangunan tetapi pengisian yang perlu dibuat di dalam pembangunan yang akan dilaksanakan itu perlu ditekankan.

Revolusi politik perkauman, keganasan, kebencian dan campurtangan asing perlu ditangani segera sebelum negara terjerebak di dalam kancah pergolakan. Pembangkang sebaik sahaja keputusan PRU13 diumumkan, mereka terus melaksanakan gerakkerja untuk menumbangkan kerajaan.

Siri-siri himpunan yang mendapat sokongan besar masyarakat bukan Melayu perlu dikekang dan pihak berkuasa perlu bertegas dengan dengan penganjur yang melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang.

Perkara ini jika dibiarkan, ianya akan menjadi suatu budaya dalam masyarakat dimana pada satu tahap ianya agak sukar dikikis. Negara-negara arab telah mengajar kita, perubahan pentadbiran negara melalui demontrasi jalanan tidak akan menjadikan sesebuah negara itu lebih baik.

Dikenali sebagai 'Arab Spring', negara-negara arab sehingga kini masih bergolak walaupun revolusi yang dibawa itu sudah beberapa tahun berlalu. Pemimpin-pemimpin mereka silih-berganti sehingga tiada kestabilan politik di dalam negara sekaligus menghancurkan ekonomi negara itu.

Adakah perkara yang sama yang kita mahu terjadi di dalam negara ini? Sudah tentu jawapannya tidak. Orang Melayu terkenal dengan budi bahasa dan orang cina tidak akan mampu melakukan demontrasi ini sekiranya tidak mendapat sokongan dari masyarakat Melayu.

Dalam hal ini, keputusan PRU13 yang lalu jelas menunjukkan majoriti Melayu masih sayang dan terus menyokong Umno yang dilihat berjaya mengekal kestabilan di dalam negara. Kerajaan yang naik melalui jalanraya akan tumbang melalui jalanraya juga. Sejarah telah membukti mereka tidak akan bertahan lama.

Kepada mereka yang mahu menjatuhkan kerajaan melalui demontrasi jalanan adalah sewajarnya memikirkan semula niat itu.

Kepada Anwar Ibrahim... BERSARALAH...


Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim ke hulu-ke hilir menganjurkan bantahan melalui 'Himpunan 505' yang kononnya menolak keputusan Pilihan Raya Umum 13 yang jelas tidak memihak mereka, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad  pula  didakwa kerana dituduh gagal untuk memberikan notis 10 hari behubung perhimpunan selepas pilihan raya di stadium Kelana Jaya, Rabu lepas.

Anwar sebaliknya lepas tangan apabila anak buahnya didakwa di mahkamah yang mana sekiranya Nik Nazmi dijatuh hukuman bersalah, beliau akan kehilangan kerusi DUN Seri Setia selain denda RM10,000.

Nik Nazmi bagaimanapun tidak mengaku bersalah apabila pendakwaan di bawah di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012, Seksyen 9 (1) PAA 2012, dibacakan kepadanya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Apa jadi kepada Anwar? Sedangkan himpunan di seluruh negara adalah ideanya sendiri kerana majoriti pemimpin dalam Pakatan Rakyat menolak cara sedemikian untuk meluahkan bantahan.

Dan mangsanya adalah 'agas-agas' di bawah ini. Apa komen Nik Nazmi selepas di 'game' Anwar? Kasihan Nik Nazmi, sebab sayangkan bos, terpaksa korbankan diri sendiri menjadi kambing hitam.

Pemimpin PKR seperti N Surendran dan Latheefa Koya sebaliknya memarahi kerajaan kerana mengambil tindakan terhadap Nik Nazmi yang tidak memohon permit untuk himpunan tersebut, atas alasan ianya himpunan aman.

Marahlah Anwar, sebab itu semua agenda beliau. Bukan salah kerajaan dan pihak berkuasa kerana ia terletak di bawah bidang kuasa pasukan keselamatan. Habislah Nik Nazmi jika kerusi DUN beliau hilang. Adakah Anwar akan membantunya dalam kes tersebut?

Anwar mungkin tergelak besar kerana beliau terselamat daripada sebarang tindakan.

Malah, Anwar masih lagi akan meneruskan 'jelajah 505' untuk menyuarakan ketidak puasan hatinya kepada Barisan Nasional (BN) kerana menggagalkan usahanya untuk menjadi perdana menteri.

Siapa pula akan menjadi mangsa selepas ini? Adakah kepimpinan Pakatan yang lain bersedia menanggung akibat daripada tindakan Anwar dengan menjadi 'kambing hitam' untuk melepaskan Anwar?

Risiko kehilangan kerusi disandang seperti yang dilalui Nik Nazmi mungkin akan berulang sekiranya Anwar terus dengan agenda 'bodoh' untuk menentang keputusan PRU13. Anwar harus menerima nasihat Tan Sri Harussani agar redha dengan ketentuan Tuhan, kerana ianya adalah takdir Anwar.

WHAT ZAHID SAID MEANS HE IS STERN SERIOUS.


Well Said Mr Home Minister !

Our new Home Minister Dr Ahmad Zahid Hamidi said it right and blunt. What he said was what most peace loving Malaysians have in mind and would not express for several reasons.Zahid, as a Home Minister now is very direct and very blunt. People may say it was un-Malay to say it so outrightly but on the other hand, Anwar Ibrahim and several of his followers are Malays and they do not behave like Malays in opposing the ruling government.

Anwar and his friends’ actions thus far do not reflect any Malayness nor any Malaysian way which places respect as utmost important.

Their ways seem to put aside good manners and even respect, reflecting an uncivilized and unrefined ways of the barbarians.

Zahid said it correctly that if those who wanted changes through undemocratic ways and those who did not accept the voice of the majority should find other countries where they could live life their way.Zahid’s first statement as Home Minister reflects his firmness and this augurs well for the country since the oppositions themselves had many times, in fact thousands times cried that the police were soft and not firm.

With Zahid’s first statement, the oppositions should by now understand how serious he is in trying to put back credibility and honour in the country’s police force and law and order.The signal is already out and the oppositions should react positively rather than manipulating Zahid’s statement and trying to convince the population that Zahid is being arrogant.It is what they had wanted all along – someone at Home Ministry who can control the police and stand firm on points of law, stand tall and be respected.

Zahid just did that and is expected to do that until he is moved to other ministry if the Prime Minister sees fit.

But for now, Zahid stays and his first statement reflects what he will as long as he is the Minister.

Honest, firm and blunt is what the country needs for a Home Minister whose responsibilities include ensuring the country is free of subversive elements or elements that may lead of chaos and instability.

With Zahid’s first statement, peace loving Malaysians hope he will continue to be firm and blunt so that the country is rid of elements who are out to split the multi-racial and multi-religious ties that have been bonded since before Independence.

After all, in the current political scenario where the oppositions seem to take the laws lightly, it is now up to Zahid to tell them that enough is enough so that the ruling government can continue with its development agenda.

INSIDEN DI FORUM WACANA SINAR HARIAN - PENJELASAN DATUK YAZID OTHMAN.

Di atas adalah apa yang diputarbelitkan bagi menunjukkan pemimpin UMNO tak sporting dan suka mengamok tak tentu fasal. Dalam wacana tersebut yang hadir hanya dua orang pemimpin UMNO, yakni Sapudin Dolah dan Dato Yazid (dalam gambar yang di fitnah sebagai mengamok)

Apa yang sebenarnya berlaku pada sesi Wacana Sinar Harian tersebut?
Apakah benar Dato Yazid mengamok dan marah sepertimana yang tertera pada lapuran Sinar Harian?
Atau ianya satu kalihan dan laporan berat sebelah?
Antara yang hadir dalam Wacana tersebut ialah figura plastik anak angkat Tan Sri Khir Johari, Zairil Khir Johari dan bekas Ahli Parlimen Temerloh Sapudin Dolah yang kalah kepada PAS pada PRU13 lalu.
Berikut adalah penjelasan Datuk Yazid sendiri yang telah diterbitkannya di akaun fesbuk beliau mengenai insiden tersebut:-

SEDIKIT PENJELASAN DALAM WACANA SINAR HARIAN...
Sebenarnya saya tidak langsung dalam keadaan marah, jauh sekali emosi.. , cuma saya dihalang dari menjawab tuduhan dari wakil Pas dan DAP dalam forum yang berat sebelah itu ..saya baru jawab satu persoalan yang dituduh oleh wakil DAP anak angkat Khair Johari, Zaril, yang berkata kerajaan BN tidak langsung memberi kebebasan bersuara kepada media sejak berkuasa di negara ini, dan menghalang pembangkang dari berusara, sehingga pihak pembangkang kononnya terpaksa mengeluarkan pendapat ditepi-tepi jalan dan perhimpunan2 bersih..
Saya menjawab," betulkah pembangkang mengamalkan kebebasan bersuara.. sedangkan di Pulau Pinang, Utusan Malaysia dihalabg dari membuat liputan semua acara kerajaan negeri Pulau Pinang"..tetapi para pekerja Sinar harian dan Astro Awani yang memang kelihatan pro pembangkang itu menghalang saya dari terus menjawab tuduhan pembangkang itu...saya tahu kalau saya tidak terus bercakap menjawab tuduhan2 liar itu tentulah mereka tak akan memberikan peluang kedua utuk bertanyakan soalan..! itu belum lagi saya jawab tuduhan liar wakil Pas yang kononnya Kerajaan Negeri Trengganu zalim merobohkan rumah2 pengusaha ukiran tembaga, songket dll.
Kalau saya diberi peluang, saya akan mengemukakan fakta yang ada ditangan saya mengenai ratio kenaikan pangkat di Universiti Malaya yang lebih ramai bukan Melayu yang naik pangkat serentak baru-baru ini ..malangnya yang nak menjawab bagi pihak UMNO /BN hanya saya seorang, sedangkan bekas Timbalan Menteri Pengajaian Tinggi banyak main politik 'senyum' untuk tidak mempertahankan Umno dan BN, dan lebih mencari populeriti ditepuk oleh para budak2 pembangkang yang ada dihadapannya, bagi setiap kali beliau mengakui kononnya Umno/BN banyak buat silap sehingga kononnya "perlu bertaubat nasuha".. 
Jadi, saya sendiri menjadi bahan putarbelit tulisan pihak sinar harian, yang ternyata berat sebelah caranya itu.. Sahabat saya Dato' Jalil Ali penasihat editorial Sinar Harian, serta kerabatnya Astro Awani.. perlulah tengok budak2 tu sikit agar tau menghormati tetamu yang datang, lebih2 lagi dari warga media sendiri..tak perlulah rampas mike (mikrofon) orang tengah bercakap..padahal ia boleh di-censored kemudian kalau tak suka dengan jawapan saya yang mungkin boleh jejaskan imej pembangkang itu..! 
Tak perlulah 'budaya samseng' menular dalam majlis-majlis ilmu, dek pengaruh 'reformasi jalanan pembangkang' yang meraung dan menyorak liar pihak Umno/BN yang bercakap, apalagi yang datang itu adalah tetamu yang telah dijemput.Wallahu A'lam.
Kepada pembaca budiman kita perlu dengar kedua pihak.
Dan anda berpeluang membaca sendiri penjelasan daripada pihak Datuk Yazid.


GRANPA KIT SIANG NAK JADI TUHAN SEBAGAI ASAS HEGEMONI DAP.


Granpa Kit Siang Yang Mahu Menjadi TUHAN PENYELAMAT.

Baginda Rasullullah s.a.w. pernah bersabda bahawa di akhir zaman sewaktu masa peralihan di antara keluarnya Dajjal Al Masikh di Masjidil Aqsa, seseorang itu di angkat menjadi pemimpin kerana kejahatannya. Kit Siang dan kepimpinan pembangang DAP PKR PAS adalah bukti nyata kepada sabda baginda tersebut. Orang menyokong pembangang DAP PKR PAS bukan kerana Kit Siang dan kepimpinan pembangang itu orang-orang baik tetapi kerana kejahatan mereka. 

Pada hari ini, granpa Kit Siang membawa mesej Sosialis Uniti yakni doktrin yang mengangkat taraf seseorang yang jahat perwatakan sebagai TUHAN PENYELAMAT. Tiga entri dalam blognya membawa mesej tersebut. Malah beliau telahpun melabelkan DS Najib sebagai Interim PM. Beliau turut menyerang individu yang mencabar mana-mana orang agar berhijrah ke negara lain jika tidak berpuashati dnegan layanan adil saksama BN kepada semua. 

Sosialis ialah sebuah ideologi tadahan orang-orang kecewa dalam kehidupan mereka. Ianya sebuah kultus yang mengangkat dominan seseorang itu berdasarkan perwatakan jahat dalam diri. Pada pandangan orang sosialis, tiada yang baik dalam dunia ini. Mereka melihat dunia ini melalui kacamata konflik dan pertentangan yang tak berkesudahan. Mereka sentiasa tak berpuashati waima segala kebaikan berada di sekeliling mereka. Itulah yang berlaku dan diamalkan oleh granpa Kit Siang dan diajarkan kepada anak-anak muda kita. Membenci..membenci... menentang...menentang ..akhirnya berputus asa dan hancur.

Kit Siang sedang membina kehancuran untuk membangunkan semula sebuah kekuasaan dominan yang bersifat diktaktor dan penindasan. Bersama dengan Amwar Ibrahim dan beberapa parasit dalam PAS, beliau mahu kerajaan BN dan pemerintahan Melayu Islam digantikan dengan pemerintahan hegemoni DAP.

Kit Siang takkan peduli lagi kepada perkara lain. Matlamatnya jelas. Komitmennya jelas. Hanya satu. Menjadikan hegemoni DAP sebagai menggantikan perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional. Selagi Kit Siang tak di bantah dan di lawan habis-habisan selagi itulah beliau terus menerus menipu pengundi Cina dengan konsep penipuan multi-ras.

Realitinya, hegemoni DAP memainkan peranan sebagai Abang Besar kepada semua keputusan Majlis Kepimpinan Pembangang yang tak berdaftar. Mana-mana keputusan yang memberikan kelebihan kepada DAP akan dipersetujui. Mana-mana keputusan yang tak memberi kelebihan kepada DAP akan di tentang keras.

Granpa Kit Siang 'membunuh' semua kredibiliti dan kewibawaan mana-mana pemimpin Melayu Islam, Cina dan India baik di dalam BN mahupun di dalam pembangang. Beliau sengaja membiarkan semua pemimpin sasarannya bertelingkah sesama sendiri. Akhirnya rakyat akan melihat semuanya tak boleh pakai. Pada waktu itulah Kit Siang akan menawarkan DAP sebagai pilihan terbaik kepada rakyat seperti yang berlaku sekarang ini.

Granpa Kit Siang akan memberi laluan kepada pertelingkahan dan menghindarkan dirinya. Begitulah permainan licik granpa Kit Siang. Granpa Kit Siang paling takuti ialah kritikan keras dan terus menerus terhadap dirinya dan DAP.

DAP sememangnya sebuah parti rasis dan cauvinis. Jika diberikan kepercayaan dan amanah pada akhirnya kepercayaan dan amanah itu akan dikhianati. Bukti jelas DAP adalah sebuah parti rasis dan cauvinis ialah mereka menyerang MCA dan GERAKAN kerana kedua parti itu menerima perkongsian kuasa dan kepimpinan Melayu Islam. Satu lagi bukti ialah betapa mereka mempertahankan sekolah vernakular. Sepatutnya DAP yang mendakwa sebagai aprti berbilang kaum berusaha dan menyeru agar sekolah vernakular dihapuskan dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sebagai perjuangan mereka.

Tetapi itu tak berlaku.
Kenapa?
Kerana DAP ialah sebuah parti cauvinis rasis yang memperjuangkan dominan satu ras. Granpa Kit Siang mahu menjadi TUHAN menggantikan Allah Ta'ala.