Isnin, 8 April 2013

#PRU13 - GOMO BAWA MIMPI NGERI UNTUK PKR DAN ANWAR IBRAHIM DI PERMATANG PAUH @barisannasional.



berita baru di terima pada jam 5 petang (artikel ini dijaduakan terbit pada jam 6 petang dan kekal sehingga malam ini) daripada sumber:-
Ikut risik-risik yang pu3 perolehi . BORANG pencalonan PAPAGOMO tadi diambil wakilnya Rafi Awang Kecik di pejabat SPR WP jam 2 ptg. Ia dihadiri oleh ramai wartawan dan jurugambar-Agendanews
Wahhh rupanya betullah papagomo nak bertanding di permatang pauh!
Pada PCnya di situ,Rafi kata tujuan PAPAGOMO nak tanding lawan Anwar adalah atas prinsip menentang pimpinan pembangkang yang bermoral jijik-Agendanews
Wa tabik lu papagomo!!!
Menurut sumber dalam. Papagomo sudah menerima borang berkenaan melalui wakilnya dato Rafi! Tak percaya? Tengok gambar di atas!
Nampaknya Anwar Ibrahim perlu bekeeja keraslah selepas ini. Apa taknya. Berdolak dalih sebelum memutuskan  bertanding semula di Permatang Pauh! Walaupun dikatakan sebelum ini berhasrat berpindah ke kawasan Perak!
Papagomo Vs PapaHomo!
Ps: pu3 nak menanti lagi komen papagomo selepas ni sebagai bakal calon bebas di permatang pauh! 
Apo nak dikato laei .....

Pertama kali dalam sejarah politik tanahair, seorang bloger terkenal bertanding melawan seorang ahli politik yang pemes.

Penjelasan dan butiran lanjut?

Tunggu je la pengumuman oleh SPR pada hari RABU nanti yea.

#PRU13 #TolakPR Yang Penuh Skandal Bermacam Ragam Dan Pilih #BNBagus Kerana #Akujanji #ManifestoBN @barisannasional.



Apabila Pakatan membuat Manifesto, yang bertanding adalah DAP PRK PAS secara berasingan dan sendiri-sendiri membawa hal memasing dan perjuangan mereka kepada rakyat. 

Yang Berjanji adalah PAKATAN dan bukan DAP PKR PAS.

Oleh itu , DAP PKR PAS berhak untuk TIDAK MENUNAIKAN JANJI-JANJI YANG TERKANDUNG DALAM MANIFESTO 'PAKATAN' YANG TAK PERNAH DIDAFTARKAN BAIK PERTUBUHANNYA MAHUPUN LOGONYA.

Yang bertanding adalah DAP, PKR & PAS.
Tidak pernah DAP PKR & PAS bertanding di atas TIKET PAKATAN.
Mana-mana kerusi yang dimenangi oleh DAP PKR & PAS itu adalah kerusi milik 100% DAP, PKR & PAS bukan kerusi milik PAKATAN pun.
Jika berlaku pergabungan kerusi untuk menubuhkan sebuah kerajaan, itu bukan KERAJAAN PAKATAN tetapi KERAJAAN PARTI MANA YANG MEMPUNYAI BILANGAN KERUSI LEBIH DI ANTARA TIGA PARTI BERKENAAN. Ini terbukti selepas PRU12/2008 terutama apa yang berlaku di Perak.

Adakah ketiga parti berkenaan belajar daripada kesilapan mereka yang lalu?
Jawapannya TIDAK!
Kenapa?
Ketiga parti berkenaan mempunyai peluang amat cerah untuk mendaftarkan PAKATAN tapi mereka enggan melakukannya kerana wujud:-
  1. Sikap saling tidak mempercayai di antara satu sama lain; 
  2. Sukar bagi mereka melantik parti mana yang perlu menjadi teraju Utama.
  3. Sukar untuk mereka mencapai kata sepakat mengenai halatuju Polisi Umum dan pembahagian kerusi sesama mereka. 

Bendera parti yang berkibar adalah bendera Parti DAP, PAS & PKR dan bukan bendera PAKATAN yang hanya wujud dalam Fatamorgana entah di mana. 

Sebab itulah Khalid G berani mengakui MANIFESTO BUKAN JANJI (merujuk kepada bukan janji DAP , PKR & PAS tapi JANJI PAKATAN yang tak wujud dan tak bertanding)

Lebih baik mereka MENIPU dan MENGELIRUKAN rakyat melalui rekaan watak PAKATAN.  Realitinya, mereka bertanding di atas tiket dan kapasiti memasing.

SKANDAL BERMACAM RAGAM

Skandal Menipu.
Sudah diterangkan di atas tadi yakni yang membuat Manifesto adalah Pakatan dan bukan DAP PKR PAS. Tak wujud yang dinamakan mereka bertiga bersetuju untuk melaksanakan apa yang terkandung di dalam Manifesto Pakatan. Malah polisi umum yang terkandung di dalam Buku Jingga adalah sebuah penipuan klasik politik. DAP , PKR dan PAS turut terkenal dengan skandal menipu mengenai projek-projek pembangunan, rumah mampu milik dan bantuan-bantuan kepada rakyat. 
Termasuklah skandal penipuan proses pemilihan pucuk pimpinan memasing, menyaksikan bagaimana PKR, kertas undi di tabur di jalan, DAP pengiraan semula undi dan perwakilan PAS yang terlibat dengan Politik Wang menyebabkan puak Erdogan Parasit PAS menendang keluar kem so-called Ulama'. 
DAP turut gagal menutup Tol Sg Nyior dan meneruskan tol jambatan Pulau Pinang. PKR pula menaikkan cukai pintu.  Malah mereka turut menipu dalam isu Kapalselam Scorpene, kes pembunuhan Altantuya, isu cincin RM28 juta dan Surat Akuan kedua mendiang Bala. Skandal Ladang Rakyat di Kelantan. Mereka juga turut dikenali sebagai kelompok ahlul politik yang CAKAP TAK SERUPA BIKIN.




Skandal Rasuah, Nepotisma, Kronisma Dan Amalan Dwi-standar.
Masih ingat lagi kes kematian TBH yang terjun bangunan SPRM?  Anda baca kembali transkrip saksi dalam RCI untuk TBH. Skandal pemberian bonus oleh KSSB dalam isu pasir?  
Skandal kawasan balak tanpa kawalan di Kedah?  
Penjualan aset-aset berharga milik PKNS? Penjualan tanah dua kali di Pulau Pinang? Projek Terowong bawah laut ? Projek sPICE? Pemberian Tanah di Kelantan kepada Ngeh dan Ngor? Perlantikan di dalam Yayasan Selangor? Penyelewengan dalam Yayasan Selangor (kos baikpulih kenderaan dan kos majlis keraian) ? 
Malah rasuah kecil-kecilan mahu dimaafkan. Masih ingat kes pemberian kontrak MBI kepada syarikat milik isteri salah seorang pemimpin DAP Perak? Keputusan Jawatankuasa Displin Pusat DAP yang membenarkan amalan sedemikian? Keengganan DAP Selangor memberi kerjasama kepada SPRM dalam semua siasatan SPRM berkaitan dengan mana-mana aduan amalan rasuah dan penyelewengan kuasa di Selangor? Malah di bakar kenderaan SPRM. Begitu juga dengan skandal melbatkan menantu Tok Nik berkenaan syarikat bekalan air Kelantan. Kek harilahir Tok Nik dan penajaan pakej Haji. Itu antara yang klasik. 
Amalan nepotisme pula di sebut sebagai Karpal Singh sebagai Meritokrasi Berhemah. Tak perlu nak diperjelaskan lebih terperinci. Anda sendiri mengetahui faktanya. Lihat sahaja poster-poster di bawah. Boleh diringkaskan seperti berikut: Undi Bapa dapat Isteri, Undi isteri dapat anak, undi anak dapat menantu, undi menantu dapat kroni.







Skandal Seks dan Kegiatan Maksiat.
Yang ini ambe fikir semua sudah maklum akan fakta-faktanya. Dengan skandal dalam bilik hotel, skandal prempuan simpanan, skandal seks luar tabie', skandal eksrim dalam jamban, skandal Chinadoll, skandal urut rumah YB, skandal kaunseling jam 3 pagi, skandal dengan anak angkat, skandal dalam koc KTMB termasuklah skandal melancap depan laptop. 
Rakyat turut melihat bagaimana meriahnya dan perkembangan pesat skandal industri pelacuran serta rumah maksiat yang tumbuh bagai cendawan di semua negeri-negeri di bawah DAP, PKR & PAS.

Skandal Penyelewangan Agama & Kebebasan Amalan Agama.
Jangan lupa bagaimana isu DUMC dimaafkan oleh DAP PKR PAS dan memangsakan pemimpin PAS. Kita menyaksikan pemecatan Hasan Ali dan penurunantaraf Exco PAS kepada EXCO jaga bola. Jangan lupa mengenai ucapan-ucapan pemimpin DAP PKR PAS yang menyokong amalan kebebasan agama. Jangan lupa mengenai isu kalimah Allah yang menyebabkan DAP mampu memperlahankan suara azan. Jangan lupa bagaimana pengurusan wang zakat turut disalurkan kepada pertubuhan-pertubuhan agama lain. Jangan lupa dengan tatacara tadbir urus tanah-tanah wakaf di Pulau Pinang di mana MAIPP dipinggirkan. Perlantkan orang yang tak berkelayakan mengepalai agensi-agensi hal ehwal agama Islam. Isu mengenai Negara Kristian yang dicetuskan oleh ucapan Guan Eng dna didedahkan oleh seorang bekas pemimpin DAP sendiri. Kita melihat bagaimana DAP PRK PAS memporak-perandakan hubungan harmonis antara agama di Malaysia.

APAKAH PILIHAN TERBAIK BUAT ANDA?

Sila ikut apa yang postar di bawah tulis.




#PRU13 Jom Fikir Kenapa 150 Ahli PKR Keluar PKR Petang Tadi Di Parlimen Kuala Langat Sebab #TolakPR Kerana #BNBagus @barisannasional

Petang tadi berlaku satu perubahan di kawasan Parlimen Kuala Langat. Program KEMBALI KE BN
menyaksikan 150 orang ahli PKR Pulau Carey  menyerahkan Borang Keahlian BN
Lokasi Padang Awam Bt 10 Telok Panglima Garang
Program anjuran MIC Cawangan Taman Jaya Telok, Telok Panglima Garang
Program turut dihadiri 1900 orang penduduk kaum India Pulau Carey.

Kegembiraan jelas terpapar di wajah mereka. Melepaskan Bebanan Tertipo oleh PKR, DAP PAS.

Penyerahan Borang Keahlian Kepada Dato' Shafie Salleh dan Dato Sulaiman Karli
 Otai BN Kuala Langat.

CERITANYA:-
150 orang ahli PKR Pulau Carey dari etnik India telah isytihar keluar PKR Pulau Carey. Program 'KEMBALI KE BARISAN NASIONAL' anjuran MIC cawangan Taman Jaya Telok, Telok Panglima Garang. Program turut dihadiri seramai 1900 orang penduduk Pulau Carey menyaksikan peristiwa bersejarah tersebut.
MORAL OF DA STORI:-
Realiti politik begitulah. Dulu mereka termakan hasutan dan tohmahan DAP PKR PAS. Bila sudah 5 tahun berlalu, barulah nampak. Selain daripada 150 ahli PKR Pulau Carey bernekad keluar PKR, sebelum mereka, dah ramai keluar dan fedup dengan PKR dan Pakatan. Ada yang kena pecat macam dalam PAS. Ada yang dilucutkan jawatan dalam DAP. Macam-macamlah. 
Dalam PKR hampir kesemua peneraju asal PKR suah keluar PKR kerana menyedari mereka di tipu oleh Anwar Ibrahim. Yang tinggal hanya Tian Chua sahaja.
Sememangnya PKR PAS DAP bukan ditubuhkan di atas dasar kejujuran dan kepercayaan. Ketiga-tiga parti tersebut ditubuhkan di atas dasar 'kecewa' dan 'tak berpuashati' dan lahir di jalanan. Mereka adalah hasil konflik. Kerana itu mereka tak mampu bertahan lama. 
Pengundi etnik India pada PRU12/2008 telah dimanipulasi dan diapi-apikan oleh DAP PKR PAS agar bangkit melawan BN. Mereka diberikan bermacam-macam janji-janji manis oleh DAP PKR PAS. Akhirnya, mereka dikecewakan oleh DAP PKR PAS. Kini mereka kembali semula ke pangkuan Barisan Nasional. Tahniah. 
Di bawah ini adalah statistik terkini jumlah pengundi di Selangor.
Tambah kapsyen