Isnin, 8 April 2013

#PRU13 #TolakPR Yang Penuh Skandal Bermacam Ragam Dan Pilih #BNBagus Kerana #Akujanji #ManifestoBN @barisannasional.



Apabila Pakatan membuat Manifesto, yang bertanding adalah DAP PRK PAS secara berasingan dan sendiri-sendiri membawa hal memasing dan perjuangan mereka kepada rakyat. 

Yang Berjanji adalah PAKATAN dan bukan DAP PKR PAS.

Oleh itu , DAP PKR PAS berhak untuk TIDAK MENUNAIKAN JANJI-JANJI YANG TERKANDUNG DALAM MANIFESTO 'PAKATAN' YANG TAK PERNAH DIDAFTARKAN BAIK PERTUBUHANNYA MAHUPUN LOGONYA.

Yang bertanding adalah DAP, PKR & PAS.
Tidak pernah DAP PKR & PAS bertanding di atas TIKET PAKATAN.
Mana-mana kerusi yang dimenangi oleh DAP PKR & PAS itu adalah kerusi milik 100% DAP, PKR & PAS bukan kerusi milik PAKATAN pun.
Jika berlaku pergabungan kerusi untuk menubuhkan sebuah kerajaan, itu bukan KERAJAAN PAKATAN tetapi KERAJAAN PARTI MANA YANG MEMPUNYAI BILANGAN KERUSI LEBIH DI ANTARA TIGA PARTI BERKENAAN. Ini terbukti selepas PRU12/2008 terutama apa yang berlaku di Perak.

Adakah ketiga parti berkenaan belajar daripada kesilapan mereka yang lalu?
Jawapannya TIDAK!
Kenapa?
Ketiga parti berkenaan mempunyai peluang amat cerah untuk mendaftarkan PAKATAN tapi mereka enggan melakukannya kerana wujud:-
  1. Sikap saling tidak mempercayai di antara satu sama lain; 
  2. Sukar bagi mereka melantik parti mana yang perlu menjadi teraju Utama.
  3. Sukar untuk mereka mencapai kata sepakat mengenai halatuju Polisi Umum dan pembahagian kerusi sesama mereka. 

Bendera parti yang berkibar adalah bendera Parti DAP, PAS & PKR dan bukan bendera PAKATAN yang hanya wujud dalam Fatamorgana entah di mana. 

Sebab itulah Khalid G berani mengakui MANIFESTO BUKAN JANJI (merujuk kepada bukan janji DAP , PKR & PAS tapi JANJI PAKATAN yang tak wujud dan tak bertanding)

Lebih baik mereka MENIPU dan MENGELIRUKAN rakyat melalui rekaan watak PAKATAN.  Realitinya, mereka bertanding di atas tiket dan kapasiti memasing.

SKANDAL BERMACAM RAGAM

Skandal Menipu.
Sudah diterangkan di atas tadi yakni yang membuat Manifesto adalah Pakatan dan bukan DAP PKR PAS. Tak wujud yang dinamakan mereka bertiga bersetuju untuk melaksanakan apa yang terkandung di dalam Manifesto Pakatan. Malah polisi umum yang terkandung di dalam Buku Jingga adalah sebuah penipuan klasik politik. DAP , PKR dan PAS turut terkenal dengan skandal menipu mengenai projek-projek pembangunan, rumah mampu milik dan bantuan-bantuan kepada rakyat. 
Termasuklah skandal penipuan proses pemilihan pucuk pimpinan memasing, menyaksikan bagaimana PKR, kertas undi di tabur di jalan, DAP pengiraan semula undi dan perwakilan PAS yang terlibat dengan Politik Wang menyebabkan puak Erdogan Parasit PAS menendang keluar kem so-called Ulama'. 
DAP turut gagal menutup Tol Sg Nyior dan meneruskan tol jambatan Pulau Pinang. PKR pula menaikkan cukai pintu.  Malah mereka turut menipu dalam isu Kapalselam Scorpene, kes pembunuhan Altantuya, isu cincin RM28 juta dan Surat Akuan kedua mendiang Bala. Skandal Ladang Rakyat di Kelantan. Mereka juga turut dikenali sebagai kelompok ahlul politik yang CAKAP TAK SERUPA BIKIN.




Skandal Rasuah, Nepotisma, Kronisma Dan Amalan Dwi-standar.
Masih ingat lagi kes kematian TBH yang terjun bangunan SPRM?  Anda baca kembali transkrip saksi dalam RCI untuk TBH. Skandal pemberian bonus oleh KSSB dalam isu pasir?  
Skandal kawasan balak tanpa kawalan di Kedah?  
Penjualan aset-aset berharga milik PKNS? Penjualan tanah dua kali di Pulau Pinang? Projek Terowong bawah laut ? Projek sPICE? Pemberian Tanah di Kelantan kepada Ngeh dan Ngor? Perlantikan di dalam Yayasan Selangor? Penyelewengan dalam Yayasan Selangor (kos baikpulih kenderaan dan kos majlis keraian) ? 
Malah rasuah kecil-kecilan mahu dimaafkan. Masih ingat kes pemberian kontrak MBI kepada syarikat milik isteri salah seorang pemimpin DAP Perak? Keputusan Jawatankuasa Displin Pusat DAP yang membenarkan amalan sedemikian? Keengganan DAP Selangor memberi kerjasama kepada SPRM dalam semua siasatan SPRM berkaitan dengan mana-mana aduan amalan rasuah dan penyelewengan kuasa di Selangor? Malah di bakar kenderaan SPRM. Begitu juga dengan skandal melbatkan menantu Tok Nik berkenaan syarikat bekalan air Kelantan. Kek harilahir Tok Nik dan penajaan pakej Haji. Itu antara yang klasik. 
Amalan nepotisme pula di sebut sebagai Karpal Singh sebagai Meritokrasi Berhemah. Tak perlu nak diperjelaskan lebih terperinci. Anda sendiri mengetahui faktanya. Lihat sahaja poster-poster di bawah. Boleh diringkaskan seperti berikut: Undi Bapa dapat Isteri, Undi isteri dapat anak, undi anak dapat menantu, undi menantu dapat kroni.







Skandal Seks dan Kegiatan Maksiat.
Yang ini ambe fikir semua sudah maklum akan fakta-faktanya. Dengan skandal dalam bilik hotel, skandal prempuan simpanan, skandal seks luar tabie', skandal eksrim dalam jamban, skandal Chinadoll, skandal urut rumah YB, skandal kaunseling jam 3 pagi, skandal dengan anak angkat, skandal dalam koc KTMB termasuklah skandal melancap depan laptop. 
Rakyat turut melihat bagaimana meriahnya dan perkembangan pesat skandal industri pelacuran serta rumah maksiat yang tumbuh bagai cendawan di semua negeri-negeri di bawah DAP, PKR & PAS.

Skandal Penyelewangan Agama & Kebebasan Amalan Agama.
Jangan lupa bagaimana isu DUMC dimaafkan oleh DAP PKR PAS dan memangsakan pemimpin PAS. Kita menyaksikan pemecatan Hasan Ali dan penurunantaraf Exco PAS kepada EXCO jaga bola. Jangan lupa mengenai ucapan-ucapan pemimpin DAP PKR PAS yang menyokong amalan kebebasan agama. Jangan lupa mengenai isu kalimah Allah yang menyebabkan DAP mampu memperlahankan suara azan. Jangan lupa bagaimana pengurusan wang zakat turut disalurkan kepada pertubuhan-pertubuhan agama lain. Jangan lupa dengan tatacara tadbir urus tanah-tanah wakaf di Pulau Pinang di mana MAIPP dipinggirkan. Perlantkan orang yang tak berkelayakan mengepalai agensi-agensi hal ehwal agama Islam. Isu mengenai Negara Kristian yang dicetuskan oleh ucapan Guan Eng dna didedahkan oleh seorang bekas pemimpin DAP sendiri. Kita melihat bagaimana DAP PRK PAS memporak-perandakan hubungan harmonis antara agama di Malaysia.

APAKAH PILIHAN TERBAIK BUAT ANDA?

Sila ikut apa yang postar di bawah tulis.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa