Jumaat, 25 Januari 2013

#BMP231 - TAHUN ULAR BUTA - TUAH ATAU BALA BUAT DAP RASIS?

 Tentera Imperial Jepun Menjarah China pada Tahun Ular Buta.
“This is the year of a ‘blind’ snake where one’s fortune can either be really good or really bad. So people especially those born in the year of Snake, Tiger, Dragon, Pig and Monkey, need to be extra careful when undertaking any project. This is also a year that is not suitable for couples wishing to tie the knot,” he foresaw.

TAHUN INI mengikut kalendar orang Cina purba ialah TAHUN ULAR BUTA. 

Ia bukan Tahun yang membawa Tuah yang mengolek mengikut pandangan pakar Feng Shui. Tahun yang boleh membawa padah seburuk-buruk nasib jika tidak berhati-hati. 

Tahun ini tidak digalakkan pasangan bercinta melangsungkan perkahwinan mereka. 

Tahun ini juga bakal diadakan PRU 13. Dan angka 13 pula bagi budaya agama Kristian membawa petanda tidak baik dan nasib buruk.

Bagi orang Islam angka 13 ialah Rukun Solat. 

Dalam kemelut isu kalimah Allah dan laporan polis terhadap Dato Ibrahim Ali oleh Zabedah Kassim, seorang peguam berketurunan orang asli / peribumi bertaraf bumiputera; kita melihat bagaimana DAP begitu 'kepanasan' dalam suasana panas dan tengit akibat terpukul dengan isu polemik sentimen keagamaan yang mereka cipta sendiri. 

DAp sejak sekian lamanya menjadi protogenis dan batu api dalam sentimen perkauman dan keagamaan. Melalui ideologi Sosialis Demokrat dan Religus Sosialis, DAP mencabar semua asas kenegaraan dalam Perlembagaan Malaysia. 

DAP bercita-cita mahukan seorang Perdana Menteri bukan Melayu yang beragama Kristian. 

DAP mahu menjadi juara kepada etnik Cina Malaysia.

Oleh kerana ideologi Sosialis memerlukan suasana kondusif melalui konflik, DAP sengaja mencipta isu untuk mencetuskan KONFLIK. 

Di Malaysia paling senang mencetuskan KONTROVERSI DAN KONFLIK melalui isu PERKAUMAN & KEAGAMAAN,

Persoalannya sekarang, adakah kaum etnik Cina di Malaysia sudah bersedia untuk memperjudikan nasib mereka dengan DAP?

Sedangkan TAHUN ULAR BUTA menjanjikan NASIB BURUK SEBURUK-BURUKNYA jika tersilap langkah dalam PERJUDIAN NASIB. 


#BMP231 - EVERYBODY TELLS YOU WHAT TO DO BUT NOBODY TELL BAR COUNCIL WHAT IT OUGHT NOT TO DO.



































Mutakhir ini, ramai pihak yang pandai memberitahu anda apa yang anda patut buat dalam hidup. Tapi belum pernah ada pihak yang memberitahu kepimpinan Majlis Peguam apa yang tak sepatutnya mereka lakukan.

Akhirnya, tercetuslah satu Gerakan Kebangkitan Rakyat dinamakan BMP231. Langkah pertama mereka ialah mengadakan perhimpunan Aman di seluruh negara menuntut agar Hipokrasi Majlis Peguam dihapuskan dan intergritinya dikembalikan semula.

Tarikh 23hb Januari 2013, mencatitkan satu fenomena gelombang Kebangkitan Baru di kalangan rakyat. Ianya bukan hendak mencetuskan anarkis atau revolusi atau reformasi tapi mahu membangkitkan kesedaran kepada semua bahawa segala bentuk dan jenis Hipokrasi harus diperangi dan Intergriti tulin harus dikembalikan.

Institusi pertama yang perlu dibersihkan dari hipokrasi ialah Majlis Peguam. Itulah satu-satunya institusi milik rakyat yang diberikan oleh Parlimen sebagai hadiah.

Institusi inilah telah dipelihara dan diberikan perlindungan oleh Parlimen melalui Akta Profesion Guaman. Dengan harapan sebagai sebuah Institusi milik Rakyat ianya mampu menjadi pelindung dan benteng terakhir rakyat menyuarakan Hak-hak mereka dengan penuh Intergriti.

BMP231 telah memberikan tuntutan-tuntutan mereka yang di sebut DEKLARASI BMP231. 

Antara lain DEKLARASI BMP231 mahu Majlis Peguam dibersihkan dari unsur-unsur anarkis dan subversif. 

DEKLARASI BMP231 menuntut agar Majlis Peguam dikembalikan semula ke landasan asalnya yakni membela dan mempertahankan hak-hak rakyat tanpa memprejudiskan Perlembagaan.

Menurut peneraju kepada BMP231 , Kelab Warisan Malaysia (KERIS), selepas ini BMP231 akan menubuhkan sebuah Gerakan BAR COUNCIL WATCH dan roadshow ke seluruh negara untuk mengumpul aduan-aduan rakyat mengenai perkhidmatan Majlis Peguam.

Kini kepimpinan Majlis Peguam tidak lagi boleh berbuat sesukahati mereka tanpa ada Rakyat yang mengkritik mereka. 

Kini Majlis Peguam perlu gentar dan tunduk kepada denyut nadi gerakan Kebangkitan Baru Rakyat.

Sudikah anda menyertai kami?

#BMP231 SIGNIFIKASI DS NAJIB PIJAK KAKI DI BUMI PALESTIN @NajibRazak


Pakcik gogel dah sebarkan banyak gambar dan maklumat mengenai lawatan bersejarah orang Melayu pijak kaki di tempat asal nenek moyang mereka. Sesuatu yang di luar jangkaan dan jangkauan akal cerdik pandai puak Zionis. 

Bila orang Melayu pijak kaki di bumi Palestin dan bertemu dengan saudara mereka di Palestin, apakah signifikasinya? Tak perlu jawablah buat masakini. Tapi puak Dajal semakin kepanasan.

Ura-ura DS Najib mahu mengwujudkan Kerajaan perpaduan di antara Hamas dengan Fatah ternyata mencetuskan fenomena.

Setelah berjaya menyelesaikan masalah pejuang BangsaMoro dengan kerajaan Filipina, kini DS Najib mempertaruhkan nyawanya sendiri untuk menyatupadukan Hamas dan Fatah. 

Tapi bagaimana pula situasi di Malaysia? Di antara PAS dengan UMNO dan seluruh rakyat Malaysia?

Selain itu, DS Najib turut menawarkan kerajaan Thai untuk menjadi orang Tengah menyelesaikan masalah Segenting Kra.

Ramai tertanya apakah signifikasi perdamaian di Palestin, Segenting Kra dan Filipina kepada Malaysia. 

Bila Nashrudin Tantawi cuba memperlekehkan usaha-usaha dan lawatan DS Najib, tidakkah kita terfikir itu satu petanda keresahan mendalam pada pemimpin pro militan syiah dalam PAS?

DS Najib berjaya merungkai semua misteri yang menyelubungi permasalahan di Malaysia. 

Tahniah kepada DS Najib yang mampu memikul sebuah Amanah yang tak mungkin mampu di pikul oleh Pok Nik, Hj Hadi, Nashruddin Tantawi dan gerombolan DAP PKR.