Jumaat, 25 Januari 2013

#BMP231 SIGNIFIKASI DS NAJIB PIJAK KAKI DI BUMI PALESTIN @NajibRazak


Pakcik gogel dah sebarkan banyak gambar dan maklumat mengenai lawatan bersejarah orang Melayu pijak kaki di tempat asal nenek moyang mereka. Sesuatu yang di luar jangkaan dan jangkauan akal cerdik pandai puak Zionis. 

Bila orang Melayu pijak kaki di bumi Palestin dan bertemu dengan saudara mereka di Palestin, apakah signifikasinya? Tak perlu jawablah buat masakini. Tapi puak Dajal semakin kepanasan.

Ura-ura DS Najib mahu mengwujudkan Kerajaan perpaduan di antara Hamas dengan Fatah ternyata mencetuskan fenomena.

Setelah berjaya menyelesaikan masalah pejuang BangsaMoro dengan kerajaan Filipina, kini DS Najib mempertaruhkan nyawanya sendiri untuk menyatupadukan Hamas dan Fatah. 

Tapi bagaimana pula situasi di Malaysia? Di antara PAS dengan UMNO dan seluruh rakyat Malaysia?

Selain itu, DS Najib turut menawarkan kerajaan Thai untuk menjadi orang Tengah menyelesaikan masalah Segenting Kra.

Ramai tertanya apakah signifikasi perdamaian di Palestin, Segenting Kra dan Filipina kepada Malaysia. 

Bila Nashrudin Tantawi cuba memperlekehkan usaha-usaha dan lawatan DS Najib, tidakkah kita terfikir itu satu petanda keresahan mendalam pada pemimpin pro militan syiah dalam PAS?

DS Najib berjaya merungkai semua misteri yang menyelubungi permasalahan di Malaysia. 

Tahniah kepada DS Najib yang mampu memikul sebuah Amanah yang tak mungkin mampu di pikul oleh Pok Nik, Hj Hadi, Nashruddin Tantawi dan gerombolan DAP PKR.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa