Isnin, 30 Disember 2013

HIMPUNAN HARAM ANJURAN KIASU-SYIAH-REVOLUSIONER ADALAH BUDAYA HEDONIS


Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata dengan tegas bahawa tindakan dibawah SOSMA akan dikenakan ke atas mana-mana individu dan pertubuhan yang mencetuskan huru-hara melalui demonstrasi pada 31hb Disember 2013.

Menurut beliau, risikan polis mendapati adanya niat tersembunyi di pihak penganjur menggunakan bom tangan. Mereka (penganjur perhimpunan) akan mendirikan khemah dan membawa pelbagai senjata bagi mencetuskan huru-hara pada malam tersebut.

Penganjur himpunan haram yang telah dikenalpasti ialah :-
  1. Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), 
  2. Jingga 13, 
  3. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan 
  4. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
Pintasan emel daripada Siddiq Ghaous kepada Rafizi Ramli menjadi topik hangat, Dalam temuramah dengan Utusan Malaysia, Siddiq Ghaouse menafikannya. Kini Rafizi dipanggil polis untuk memberikan keterangan.

Selain itu, beberapa individu yang telah dikesan menghasut dan membuat propaganda di laman media sosial, telahpun dipanggil polis bagi membantu siasatan. 

Puak Kiasu-Syiah-Revolusioner Malaysia, bukan kali pertama melakukan siri-siri keganasan dalam setiap himpunan haram mereka. Dan bukanlah kali pertama mereka mahu 'Menawan Dataran Merdeka'. Kita pun dah NAIK MUAK dan MUAL dengan Budaya Hedonis yang mereka amalkan dan tanamkan kepada anak-anak muda harapan bangsa. 

Siri BERSIH menyaksikan mereka sengaja melakukan Provokasi Terlampau. BERSIH 3 menyaksikan bagaimana pemimpin mereka gagal mengawal emosi peserta. Ambe sendiri melihat dengan mata kepala ambe, bagaimana di dua poin, mereka memulakan provokasi terhadap polis yang tegak berdiri tenang menghadapi para pendemo.

Dengan jerit pekik terlolong mereka, kesabaran polis dicabar secara terbuka. Di laman media sosial pula, mereka menyebarkan pelbagai tohmahan dan maki hamun kepada polis. Kononnya, polis yang mencetuskan provokasi. Ambe juga menyaksikan bagaimana beberapa orang individu keturunan Tamil Naidoo menghasut dan menuduh polis bertindak ganas sedangkan mereka terlebih dahulu bertindak kasar. 

Apa motif dan niat sebenar mereka mahu mengadakan himpunan haram diambang tahun baru di Dataran Merdeka? Di laman media sosial, mereka mendakwa hendak menyuarakan bantahan 'Rakyat' atas kenaikan harga barangan dan kos sara hidup, kononyalah. Bila kita mengajukan pertanyaan kepada mereka, apa barang sudah naik dan sejauhmana kos sara hidup menjadi bebanan? Mereka terus spin dan mengejek-ngejek. Bermakna, mereka sendiri pun tak tahu apakah tujuan dan motif sebenar himpunan haram itu.

Di ambang malam tahun baru pada setiap tahun sejak dap kiasu, pgayr dan pas syiah dengan licik melakukan hedonis dan mengibarkan bendera pengkhianat negara. Mereka mempersoalkan kemerdekaan negara, Mereka mempertikaikan kenapa negara merdeka dibawah UMNO. Mereka pertikaikan kenapa pembunuh dan pengganas komunis tidak dianggap wira negara.

Mereka mendeklamasikan sajak-sajak yang tak patriotik terhadap negara. Mereka menghina kemerdekaan negara. Mereka mencela kedaulatan negara. Mereka juga yang menakut-nakutkan rakyat bila rakyat tidak menyokong mereka. Mereka melakukan provokasi terhadap pemerintah negara. Mereka tidak menghormati pilihan dan sistem demokrasi negara ini. Adakah puak seperti ini yang kita nak tabalkan menjadi Pemerintah Tertinggi Negara?

Kepada bakal-bakal dan cikal-cikal yang termakan hasutan serta tohaman Pejuang Kiasu, Pejuang Syiah, Pejuang LGBTX, Pejuang Hedonis dan Pejuang Anti-Nasional, fikirlah , apa yang korang dapat manafaat selain dimomokkan dengan SYOK SENDIRI kononnya koranglah PEJUANG RAKYAT. Helo, apa guna korang undi dap kiasu, syiah pas dan pgayr sampai ada 89 ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat?

Yang kena turun dan berguling cam berok makyeh tak cukup sifat, adalah korang. Yang masih kekal dapat elaun, gaji, pangkat dan jawatan selaku Ahli Parlimen ialah 89 orang malaon yang korang undi aritu. Tiga buah negeri, korang beri undi kat malaon-malaon tu semua. Apa yang malaon-malaon tu buat utk beri kesenangan dan kemewahan kepada korang?

Korang pulak kena guling atas jalan di tenghmalam untuk pertahankan Hak Korang? Adoiii ... lebih baik korang je gantikan 89 orang malaon tu. Biar depa plak guling dan terpekik terlolong ditengahmalam. Takda alasan munasabah dan wajar pun untuk korang ikut serta dalam himpunan haram tengahmalam. Untuk apa? Untuk Siapa? Rakyat pun taknak join korang.

Tindakan itu adalah sia-sia. Jika betul nak harga barang turun dan kos sara hidup menurun, ada banyak cara lain lagi. Contohnya, korang desak dan paksa semua Peniaga Kiasu turunkan harga barangan mereka. Atau korang BOIKOT semua kedai-kedai selama sebulan. Itu lebih baik dan lebih berkesan. Paksa dan desak semua majikan di sektor swasta NAIKKAN GAJI PEKERJA MEREKA. Itu lebih bagus dan efektif. Cuma pelik dan anih kenapa korang tak buat begitu yea?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa