Salah satu sebab Kenapa Banyak Aset Polis Hilang Yang Ketua Audit Negara Terlepas Pandang |
Satu lagi Sebab Yang Ketua Audit Negara Terlepas Pandang Mengenai Perbelanjaan Tajaan Masa HBN |
Dua gambar diatas sudah cukup buat anda memikirkan semula kesemua 'spin' macai alkhannas mengenai Laporan Ketua Audit Negara. Disini, tak perlu ambe ulang tayang semula apakah yang dijadikan isu secara niat jahat (mala-fide) dalam semua spin-spin puak macai alkhannas Regim Pembela Penjenayah dap-pkr-syiah. Namun, ambe amat mengalu-alukan usaha Ketua Audit Negara memberikan Laporan Tanpa Prejudis, cuma agak malang kerana ketelusan dan kejujuran kerajaan BN dalam hal ini, sentiasa disalahtafsir dan di'spin' secara mala-fide oleh puak-puak penyebar fitnah berbayar macai alkhannas Regim Pembela Penjenayah dap pkr syiah.
Pada fikiran ambe, dalam dua isu yang di'spin' oleh puak macai alkhannas berbayar regim Pembela Penjenayah (PR = Penjenayah Real, sebab 66 ahli Parlimen mereka enggan meluluskan Akta Pencegahan Jenayah- Tunggul Kayu Tak Berakal) yakni, pertama, isu penajaan konsert K-Pop dan kehilangan aset Polis, perlu dibuat tindakan susulan. Tindakan susulan yang paling efektif ialah mengarahkan Ketua Audit Negara mengaudit semua siri-siri keganasan jalanan yang pernah ditaja dan dianjurkan oleh Regim Pembela Penjenayah dap pkr syiah sepanjang tempoh 2008-2013. Dari situ, ambe amat berkeyakinan tinggi, KAN akan menjumpai sebab musabab paling utama kenapa aset polis hilang dan kenapa penajaan konsert K-Pop nilainya RM1.6 juta.
PAC (Public Accounts Committee) pun boleh memanggil semua penganjur dan penaja siri-siri keganasan jalanan berkenaan. Barulah, PAC dan Ketua Audit Negara dapat memantapkan lagi laporan-laporan mereka kepada umum. Kita selaku rakyat kebanyakan perlukan input-input dan sumber-sumber bebas prejudis dan bukan hanya dari satu sudut pandang saja. Mana aci, hanya satu pandangan daripada Ketua Audit Negara saja diambilkira. Sebabnya, siapa pula yang 'mengaudit' laporan dan sistem pengauditan yang digunapakai oleh Ketua Audit Negara? Betul tak? Dan siapa pula yang boleh menjamin petugas-petugas Jabatan Audit Negara yang melakukan audit adalah Bebas-Prejudis? Kita perlu fikir juga, adakah pegawai-pegawai berkenaan mempunyai pengalaman dalam apa yang mereka auditkan? Contohlah, pegawai yang mengaudit aset Polis, adakah pegawai berkenaan pernah menjadi anggota Polis untuk memahami betul-betul mengenai aset-aset polis?
Bila kita baca Laporan KAN tu, kita kena 'baca' juga pegawai-pegawai yang menyediakan laporan berkenaan. Agaknya apalah depa dok fikir masa siapkan laporan berkenaan. Golf atau Volkswagen Golf ?

Kenapa pulak Audit yg jadi sasaran. Susah sangat ke terima kebenaran yg kita kadang2 cuai menjalankan tugas. rm1 ke rm1.3 juta ke semua itu duit rakyat.
BalasPadamBlogger2 pun patut terima kebenaran dan bukan menggalakkan pembaziran.