Ahad, 29 September 2013

SPAD: Penubuhan Jawatankuasa Inkuiri Kemalangan Bas Genting.@SPADChannel

Tragedi kemalangan bas Genting pada 21hb Ogos lalu masih terbayang jelas pada kita. Ramai yang terkorban. Nyawa adalah sesuatu yang bernilai. Tak boleh diganti dan dicari dipasaraya dan hypemarket atau boleh dibeli pada Mega Sale pada setiap hujung tahun. Nyawa adalah amanah besar daripada Allah Ta'ala kepada manusia untuk dijaga dan dilindungi oleh manusia. Kita tidak boleh mengabaikan nyawa. Ianya mestilah dihargai dan dipulangkan kembali kepada Maha Pencipta-Nya dalam keadaan baik dan sempurna. 

Sebagai melaksanakan arahan daripada Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, yang mahu siasatan terperinci dilaksanakan keatas tragedi tersebut, sebuah Jawatankuasa Inkuiri ditubuhkan oleh SPAD dan dianggotai oleh panel daripada:-
  1. PDRM, 
  2. Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), 
  3. JPJ, 
  4. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
  5. Jabatan Kerja Raya (JKR)
  6. dan agensi-agensi berkaitan yang dikenalpasti oleh SPAD.
Fungsi utama Jawatankuasa ini adalah untuk menilai semua bukti-bukti dan laporan kemalangan tersebut yang dikemukakan oleh MIROS dan PDRM serta agensi-agensi lain. Kemudian membuat cadangan kepada kerajaan, agar punca-punca kejadian yang sama atau yang lebih teruk dapat dikesan bagi mencegah berlakunya kejadian yang sama pada kenderaan-kenderaan awam lain dimasadepan. 

Jawatankuasa tersebut diketuai oleh Pegawai Eksekutif SPAD, Encik Mohd Nur Kamal. Selain itu, SPAD akan memberikan tumpuan khusus kepada pengauditan keselamatan terhadap pengendali bas henti-henti dan bas ekspres. Audit Keselamatan tersebut akan dilakukan berdasarkan pekeliling SPAD ICOP Bil 6/2013 yang berkuatkuasa pada 20hb Ogos, 2013. 

Mungkin ada yang skeptikal dan berpandangan sinis mengenai Jawatankuasa Inkuiri tersebut. Tapi pada hemat ambe, ianya suatu inisiatif untuk melangkah kehadapan. Kita ini jangan terlalu banyak sangat berpandangan negatif. Satu hapa pun tak boleh dibuat jika kita membelenggukan diri dengan sifat-sifat negatif. Jadi, kita sekali-sekala perlu meletakkan kepercayaan tinggi kepada badan-badan dan agensi-agensi berkaitan menjalankan tanggunjawab dan amanah mereka. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa