Salah satu fitnah yang sering menjadi modal puak pembangkang ialah mengenai 'kelemahan' penguatkuasaan. Kononnya, tahap dan taraf penguatkuasaan adalah begitu lemah di Malaysia. Kononnya, dicemari oleh amalan 'rasuah berleluasa' dan ketidakcekapan pegawai penguatkuasaan. Pagi tangkap, tengahari dah dilepaskan. Dan sudah tentulah antara 'lauk' puak pembangkang ialah SPAD. Kerana SPAD dibawah seliaan terus Y.A.B. PM.
Tapi, SPAD sentiasa berada seratus langkah dihadapan pembangkang. Dan pembangkang pula menjadi 'lauk' santapan berkaitan dengan isu penguatkuasaan. Pada 20hb September lalu, bertempat di Pusat Latihan Kor Polis Tentera di Kem Genting Klang, seramai 94 pelatih tamat kursus induksi sebagai Pegawai Penguatkuasa SPAD. Sebanyak 15,000 permohonan diterima SPAD, dan seramai 750 orang disenarai pendek dan hanya 94 orang sahaja diterima. Dari keseluruhan jumlah 94 orang, seramai 46 orang ada lah graduan daripada pelbagai bidang antaranya forensik, statistik dan lain lain bidang.
“Kita tekan kan kepada kualiti lebih dari kuantiti itu sebab nya kita tidak ambil mengikut jumlah dan sebab itu kita rekrut ramai bertaraf graduan” menurut Pengerusi SPAD, Tan Sri Hamid Albar.
“Kita tidak ada jumlah ramai seperti Polis dan JPJ kerana berdasarkan had dan kemampuan dan hanya perlu bijak membahagi kan tugasan” kata Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar. Buat masakini, SPAD mempunyai seramai 402 orang pegawai penguatkuasaan diseluruh negara.
Beberapa rekrut telah mendapat anugerah pelbagai kategori , anugerah pelatih ketabahan terbaik ialah kPP Mohamad Faiz Ahdon, dan anugerah Pelatih tempur tanpa senjata terbaik ialah PP Mohd Hizam Hussien. Syabas kepada mereka berdua. Pelatun terbaik juga turut mendapat anugerah dimana Platun 3 menjuarai nya.
Melihat kepada komitmen tinggi SPAD dalam melatih rekrut-rekrut penguatkuasa baru, kita boleh tersenyum lebar dan berpuashati. Waima, ada insiden dimana para pegawai penguatkuasa SPAD, diancam dan dikepong semasa menjalankan tugas, tetapi mereka tetap berani dan sanggup menghadapi cabaran tersebut. Dengan penambahan bilangan anggota yang baru, bertaraf graduan dan muda-muda belaka, segala fitnah buruk dan jahat pembangkang terhadap SPAD, akan dibuktikan salah oleh anak-anak muda yang semuanya adalah anti-rasuah dan mempunyai 'No-Bulshit attitude'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa