Kematian akibat kemalangan jalanraya di Malaysia adalah penyumbang terbesar kepada punca kematian di Malaysia. Lebih ramai nyawa rakyat Malaysia terkorban didalam kemalangan berbanding dengan punca-punca lain. Salah satu punca utama kemalangan maut ialah kecuaian pemandu memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Sudah banyak nasihat dan teguran diberikan. Namun kedegilan mengatasi segala-galanya.
Terkini, SPAD sekali lagi mengeluarkan Amaran kepada pengusaha bas dan lori agar mematuhi had laju. Sejak 2010, bas persiaran dan bas ekspres dilengkapi dengan sistem GPS (Global Positioning System).Pemasangan GPS merupakan syarat perlesenan. Ini bagi memudahkan pemantauan pengendali bas dan SPAD memantau pergerakan mana-mana bas dari satu lokasi ke satu lokasi. Pemantauan dibuat atas aspek keselamatan termasuk perlanggaran had laju.
Terkini, SPAD sekali lagi mengeluarkan Amaran kepada pengusaha bas dan lori agar mematuhi had laju. Sejak 2010, bas persiaran dan bas ekspres dilengkapi dengan sistem GPS (Global Positioning System).Pemasangan GPS merupakan syarat perlesenan. Ini bagi memudahkan pemantauan pengendali bas dan SPAD memantau pergerakan mana-mana bas dari satu lokasi ke satu lokasi. Pemantauan dibuat atas aspek keselamatan termasuk perlanggaran had laju.
SPAD telahpun menguatkuasakan SPAD ICOP (Industrial Code Of Practice)- menitikberatkan keselamatan dari aspek pematuhan had laju, yang merupakan agenda keselamatan yang paling kritikal. Pada hemat ambe, bas dan lori bukan mudah dikendalikan jika dipandu terlalu laju kerana muatan yang mereka bawa. Secekap manapun pemandu, bas dan lori yang membawa muatan tidak mudah dikawal bila berada dalam momentum kelajuan tinggi. Dan impak pertembungan akibat kelajuan tinggi sungguh mengerikan!
SPAD tidak akan teragak-agak dan tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan drastik dan tegas keatas pengendali dan pemandu kerana kesalahan perlanggaran had laju. Kerjasama dengan PDRM dan JPJ akan memudahkan SPAD untuk mengesan dan menghukum mereka yang melanggar had kelajuan. Dalam hal ini, SPAD akan mengambil tindakan menggantung lesen pengendali dibawah seksyen 27,45 atau 62 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, bila dibuktikan kesalahan perlanggaran had laju berlaku. Pekeliling mengenai perkara ini telah berkuatkuasa pada 20hb Ogos 2013 dan menjadikan pematuhan had laju sebagai Syarat Wajib Lesen Pengendali.
Kita selaku pengguna dan rakyat pula, berharap benarlah, agar pengendali bas dan pengusaha lori serta para pemandu mereka mematuhi had laju. Lori dan bas bersaiz besar. Saiz besar lebih banyak menyimpan tenaga kinetik bila berada dalam kelajuan tinggi.Ini memberikan impak hentaman jauh lebih merbahaya bila berlaku perlanggaran akibat kelajuan yang tidak dapat dikawal. Memang ngeri bila melihat lori dan bas yang dipandu laju memotong dan melintas disisi kereta yang saiznya lebih kecil berbanding bas dan lori. Pusat graviti bas dan lori pun jauh lebih kecil kerana saiz yang besar. Oleh itu, lebih selamat bilamana pemandu dan pengendali bas dan lori mementingkan aspek keselamatan dari keuntungan semata-mata. Nyawa tak boleh dibeli dipasaraya. Kerugian perniagaan masih boleh diganti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa