Lembu Frisian jenis tenusu seringkali dijadikan Simbol Kasih Sayang Bagi Melariskan Produk Tenusu. Tiada apa hendak dimalukan pun waima sifat MALU ialah sebahagian dari iman. |
Ini ialah tafsiran dan pengertian ambe mengenai ETIKA, yakni (E-nko T-erpaksa I-kut K-ata A-mbe). Lawan kepada ETIKA ialah KOWTIM. Lawan kepada KOWTIM ialah PILIH. Dalam memilih perlukan KASIH. Lawan KASIH ialah SA-YANG. Dalam berkasih hanya SA-YANG (seorang saja; tak dibenarkan lebih dari seorang). Kalau lebih dari seorang tapi tak melebihi dari tiga itu NAIB. Kalau lebih dari tiga itu AMT. Kalau terlalu ramai sehingga mencecah 150,000 orang itu perwakilan yang perlu ber-ETIKA masa memilih. Dan pemimpin layak KOWTIM ETIKA atas dasar PILIHAN KASIH SA-YANG. Ini bertujuan untuk memantapkan lagi proses demokrasi 'Terrrrrrrrrr-Pimpin Yang berrrrr-ETIKA diberati dengan pilihan Kasih Sa-yang.
Pemilihan tak perlu diragui kerana ianya dilakukan dengan penuh beri-ETIKA. Dan ianya adalah proses biasa berlaku mana-mana semasa peralihan kuasa didalam semua parti politik didunia ini, termasuk parti tupperware Zimbabwe sekalipun. Dalam hal Pergerakan Wanita UMNO, sayap kedua terbesar, soal pemilihan Ketua adalah penting. Apakah syarat-syarat utama untuk layak dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO?
Pertama, seseorang itu perlu ada ETIKA. Kerana ini mampu memperkasakan jentera Wanita UMNO dan memperkukuhkan kedudukan selaku Ketua Wanita.
Kedua, seseorang itu perlu mahir dalam Seni Halus Kowtim. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus dan tepung tak berselerak.
Kedua, seseorang itu perlu mahir dalam Seni Halus Kowtim. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus dan tepung tak berselerak.
Ketiga, seseorang itu perlu 'membuktikan' bahawa beliaulah paling layak 'menerima' pilihan kasih SA-yang. Untuk itu, seseorang itu sendiri mestilah seorang yang penyayang. Maknakata mestilah bertaraf isteri dan dipandang oleh ahli-ahli selaku Ibu Penyayang @ GOODMOTHER.
Keempat, akhirnya terpulanglah kepada perwakilan untuk menentukan kedudukan dan posisi pesaing-pesaing.
Tak dapat dinafikan lagi, PAU 2013 pada November ini adalah IBU SEGALA PAU, yakni ringkasnya KOW-PAU. Buat julung kali, ianya penuh sarat dengan ETIKA dan pilihan KASIH SA-yang perwakilan. Disinilah bermulanya titik-TOLAK transformasi penuh ETIKA sarat pilihan KASIH SA-yang. Dan semua perwakilan dinasihati minum susu Hi-Lo yang mengandungi kurang lemak tapi tinggi kalsium. Ini bagi mengelakkan sakit tulang pinggang dan urat belikat. Maklumlah, nak duduk lelama dan berdiri lelama nanti masa pemilihan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa