Selasa, 3 September 2013

Apa Nak Kecoh ? Duaploh Sen Je Rasionalisasinya



Ambe sokong Rasionalisasi Duaploh sen. 
Ianya memang satu pandangan jauh yang tak terjangkau dek akal yg tak pergi sekolah Oxpod. 
Sebagai bukti sokongan ambe, dan bukti bahawa Rasionalisasi Duaploh sen adalah terbaik dan terbagus,
Seorang rakan telah berjaya memesan seploh buah model kereta dibawah


Manakala, seorang rakan lagi berjaya memiliki sekotak emas dibawah tak sampai pun 24 jam hasil kesan terus daripada Rasionalisasi Duaploh sen. Buktinya,


Seterusnya sila baca teks Jawatankuasa Dasar Fiskal mengenainya :-

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Dasar Fiskal (Fiscal Policy Committee, FPC) telah bermesyuarat pada hari ini untuk meneliti kedudukan fiskal negara dari segi perkembangan ekonomi, prospek serta risiko bagi jangka masa pendek dan panjang. FPC akan memainkan peranan utama dalam mengukuhkan kewangan Kerajaan serta memastikan kemampanan fiskal dan kestabilan ekonomi makro jangka panjang.
Saya telah mempengerusikan mesyuarat FPC pagi ini. Ahli-ahli tetap FPC terdiri daripada Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (bertanggungjawab ke atas Unit Perancang Ekonomi [EPU]), Ketua Setiausaha Negara, Gabenor Bank Negara Malaysia, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Pengarah EPU. FPC disokong oleh Pejabat Dasar Fiskal Kementerian Kewangan Malaysia dan sebuah kumpulan teknikal antara agensi, yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari EPU, Bank Negara Malaysia dan FPC menekankan bahawa komitmen Kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiscal dalam lingkungan 3.0% kepada KDNK pada tahun 2015 dan bajet berimbang menjelang tahun 2020.
Melalui penilaian FPC, persekitaran luar didapati semakin mencabar. Lebihan akaun semasa imbangan pembayaran (BOP) yang sederhana di samping defisit fiskal yang berterusan boleh mendatangkan risiko jangka sederhana kepada ekonomi. Oleh itu, langkah mengukuhkan kedudukan fiskal adalah penting untuk mengekalkan daya tahan ekonomi dan meningkatkan lagi keyakinan rakyat dan pelabur.
Pada masa ini, subsidi dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, termasuklah di kalangan mereka yang berpendapatan tinggi dan rakyat asing. Oleh itu, kita perlu melaksanakan sistem subsidi yang lebih mensasarkan golongan yang memerlukan dan mudah terjejas.
Rasionalisasi subsidi akan dilaksanakan dalam beberapa peringkat. Sebagai langkah pertama, dengan ini saya mengumumkan bahawa harga RON95 dan Diesel akan dinaikkan sebanyak 20 sen seliter, berkuatkuasa 12:01 pagi, 3 September 2013. Pada masa ini, Kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95, dan RM1.00 seliter bagi diesel. Jumlah subsidi bahan api yang diperuntukkan oleh Kerajaan bagi tahun ini adalah RM24.8 billion. Pengurangan subsidi bahan api sebayak 20 sen ini bermakna Kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.
Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, Kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 dimana jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan Bajet. Pada masa hadapan, satu jaringan keselamatan sosial (social safety net) yang lebih komprehensif akan diperkenalkan. Langkah-langkah fiskal seterusnya akan diumumkan dalam Untuk menangani lebihan akaun semasa yang berkurangan, pelaksanaan projek-projek sektor awam akan dipertimbangkan dengan teliti. Projek-projek yang mempunyai kandungan import yang rendah dan kesan pengganda yang tinggi akan diberi keutamaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi tidak terjejas. Manakala, pelaksanaan projek yang mempunyai kandungan import yang tinggi akan disusun mengikut jadual yang sewajarnya supaya tidak mendatangkan kesan negatif kepada imbangan pembayaran. Walau bagaimanapun, projek Mass Rapid Transit (MRT) Jajaran 1, 2 dan 3 diteruskan seperti yang dirancang. Projek Southern Corridor High Speed ??Rail (HSR) pula masih dalam proses rundingan.
Dalam jangka sederhana dan panjang, Kerajaan akan mengkaji kaedah untuk meningkatkan daya saing ekonomi dan mempelbagaikan lagi pasaran eksport negara. Pelancongan, sumber terimaan luar yang besar, akan diberi tumpuan selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.
Pelaksanaan semua langkah tersebut bukan sahaja untuk menangani cabaran semasa terhadap ekonomi dan kedudukan kewangan Kerajaan tetapi ia juga akan mengukuhkan kemampanan fiskal negara dalam jangka sederhana dan panjang. FPC akan terus bermesyuarat dari semasa ke semasa untuk menilai perkembangan ekonomi dan kedudukan kewangan Kerajaan.
Perdana Menteri
2 September 2013
Intipati Rasionalisasi Duaploh sen :-
  1. Jimat RM1.1 bilion 
  2. Dapat kawal hutang negara 
  3. Dapat beri BR1M lebih sikit
  4. Subsidi masih ada 60sen dan 80sen
  5. Kawal defisit 
Apa-apa pun, ianya cuma Rasionalisasi Duaploh sen sahaja. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa