Bila Dua orang wartawan Malaysiakini turut diberikan penghargaan dan pengiktirafan Pingat Kedaulatan Negara, dalam insiden Lahad Datu, ianya mengundang sejuta persoalan mengenai komitmen dan kewarasan para BU-DU, politikus dan punahsihat menjadikan PM seperti Tunggul Perdana.
Ambe pernah bersama mereka yang berstatus politikus, BU-DU dan punahsihat berkenaan. Waima sekejap, tapi ambe diperlihatkan oleh Allah Ta'ala mengenai 'Niat Tersembunyi' dan 'Agenda Peribadi' mereka. Mereka berjuang pun bukan kerana agama, bangsa dan negara. Tetapi mencari 'Peluang' di terima dan rapat dengan PM. Kerana itu, ambe sendiri sukarela 'mufarakah' dengan mereka tak lama dulu sehingga ambe diburukkan dengan pelbagai fitnah dan tohmahan oleh mereka.
Berdasarkan pengalaman ambe bersama mereka, ambe dapati mereka mahu menjadi Broker Kuasa yang baru. Apa halatuju dan peranan mereka untuk agama, bangsa dan negara bakal ditentukan oleh skala dan bahagian mereka selaku Broker Kuasa baru. Kebanyakan program yang mereka anjurkan bukanlah untuk membina sokongan baru atau menarik sokong kepada UMNO/BN. Sebaliknya membina sokongan kepada kumpulan mereka sahaja. Dengan kekuatan sokongan tersebut, mereka yakin berkemampuan menjual 'Sokongan' kepada pihak politikus mana yang boleh memberikan 'balasan' terbaik. Prinsip mereka ialah 'NO MONEY NO TALK'.
Batu penghalang terbesar kepada tercapainya cita-cita dan matlamat mereka ialah kumpulan pengamal media sosial pro BN/UMNO yang berkorban dan berjuang kerana cintakan agama, bangsa dan negara serta tidak meminta upah. Oleh itu, kita melihat bagaimana pihak BU-DU sentiasa mencari jalan untuk menyakiti dan menghina pengorbanan kumpulan pengamal media bebas tersebut. Penganugerahan PKN kepada wartawan Malaysiakini adalah usaha terbaru puak BU-DU untuk melemahkan semangat juang kumpulan pengamal media sosial bebas. Dengan tujuan agar pengamal media sosial bebas mengundur diri. Dan berlakulah kekosongan. Apabila kekosongan wujud, maka mudahlah puak BU-DU mengisi kekosongan tersebut dengan kumpulan sokongan puak BU-DU. Bertambahlah perbatuan politikal mereka dan semakin mudahlah mereka mempertunggulkan Perdana Menteri.
Bila tiada sebarang pengorbanan dalam perjuangan, maka kemusnahan segera tiba. Bila ada pengorbanan, maka barulah kekuasaan menolong dari sisi Allah Ta'ala itu tiba. Pengorbanan itu tidak sia-sia waima pada pandangan lahir ianya menguntungkan puak BU-DU. Kerana, begitulah Allah Ta'ala menjadikan pada pandangan mereka yang diberikan penyakit hati. Penghinaan yang diberikan kepada kami daripada puak BU-DU , kami terima dengan hati terbuka. Kerana kami percaya, Tiada Hina Orang Yang DiMuliakan Allah dan Tiada Mulia Orang Yang DiHinakan Allah. Kepada Allah Ta'ala kami berserah dan cukuplah Allah bagi kami. Insya Allah, perjuangan kami untuk agama, bangsa dan negara. Kami mengambil bahagian kami di dunia dan di akhirat daripada Allah Ta'ala jua. Kerana dari Allah kami datang dan kepada Allah kami kembali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa