Isnin, 5 Ogos 2013

Anak Muda Melayu Perlu Ikon Baru Menyaingi Kebiadapan Namewee, Tapi Siapakah Calun-calunnya?


Menyentuh peranan aktif anak-anak muda dalam dunia politik masakini, ambe memang musykil kerana kita masih belum ada seorang Ikon Muda yang mampu mengalahkan populariti dan kebiadapan Namewee. Disinilah ambe melihat hipokrasi dan hipokritnya peneraju anak-anak muda dalam bidang politik. Ambe juga hairan dimanakah K.J. dan kuncu-kuncunya dalam membina dan menaikkan seorang Ikon Muda menyaingi Namewee?

Kita mempunyai bloger dan fesbuker dari kalangan anak-anak muda, tapi belum ada seorang pun yang dapat menyaingi Namewee. Harap maaf jika ada yang tersinggung. Kita juga sering tertanya-tanya, ke mana arahtuju dan hala perjuangan anak-anak muda sekarang? Kebanyakkannya, ambe perhatikan 'Lebih Kuah Dari Sudu'. Tapi semangat muda memanglah begitu. Namun tidak boleh dibiarkan tanpa ada yang memperbetulkannya semula.

Seharusnya, pemimpin-pemimpin muda, mengadakan program-program mendidik sahsiah dan akhlak yang mulia. Melahirkan, kumpulan anak-anak muda yang berakhlak tinggi. Mematangkan mereka dengan akhlak mulia dan peribadi bebas 'aib. Bukannya mengasuh mereka dengan sifat bongkak, sombong, angkuh dan bangga diri.

Mempunyai intelek yang baik tanpa ada akhlak dan peribadi mulia, samalah seperti kita melihat pokok rendang yang tak berbuah. Kita mahukan pohon rendang yang berbuah. Kita tak mahulah orang muda menjadi pokok pisang. Berbuah masa muda, tapi takkan berbuah dua kali. Terpaksa di tebang selepas tandan di ambil. Jadi, ambe harap adalah anak muda bangkit menyaingi Namewee, yea. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa