Ahad, 7 Julai 2013

WELL DONE DATUK JAHARA - KETUA PEMBANGKANG HIDUPKAN KEMBALI SEMANGAT JUANG

Ketua Pembangkang Dalam Regim DAP Pembunuh Demokrasi P.Pinang.
Datuk Jahara Abdul Hamid. 

Pening kepala Regim DAP Pembunuh Demokrasi Pulau Pinang berhadapan dengan ketua pembangkang. Speker DUN P Pinang pun sudah merasai bahang panas kerusinya. Regim Pembunuh Demokrasi DAP di Pulau Pinang kini sedang menggali jirat mereka sendiri.

PULAU PINANG 3 Julai - Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang sedang membahaskan ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas hari ini panas apabila Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Air Tawar) mempersoalkan satu persatu kepincangan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ketegangan mula timbul apabila Jahara mempertikaikan tindakan Speaker, Law Choo Kiang tidak membenarkan sesi soal jawab kali ini dengan alasan kekangan masa. Jahara berkata, perkara itu mencatat sejarah baharu dalam DUN kerana tidak pernah berlaku sebelum ini.

 "Ini sesuatu yang mendukacitakan kerana sesi soal jawab adalah penting dalam demokrasi dan saya melihat keputusan ini sebagai hukuman mati ke atas sistem demokrasi dalam dewan akibat keangkuhan kuasa mutlak yang ada pada kerajaan negeri," katanya semasa sidang DUN Pulau Pinang Ke-13 di sini hari ini.

 Bagaimanapun kenyataan Jahara menimbulkan rasa tidak senang Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) dan meminta Jahara menarik balik kenyataannya. Jahara bagaimanapun enggan berbuat demikian dan mempertahankan hujah beliau dan memberi amaran kepada Jagdeep supaya tidak mengherdiknya.

 Pertikaman lidah itu akhirnya dileraikan dengan campur tangan Speaker yang meminta semua wakil rakyat menghormati keputusan yang telah dibuat. Jahara kemudian meneruskan perbahasannya dengan membangkitkan pelbagai isu seperti Akaun Perumahan Bumiputera, sistem penyampaian maklumat, projek mega dan pelancongan yang sekali lagi tidak disenangi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan negeri DAP.

 Beliau memberitahu, dalam aspek pendapatan isi rumah dan pemilikan hartanah, golongan bumiputera di negeri itu terus ketinggalan berbanding kaum Cina dan India.

"Perkara ini menjadi semakin kronik apabila harga rumah khususnya di bahagian pulau melonjak sehingga 137 peratus dan tidak mampu dibeli oleh rakyat di daerah Timur Laut terutama bumiputera. "Unit Komersial Bumiputera pula hanya sebanyak dua peratus dan hampir kosong jika tidak dimiliki oleh Mara dan UDA," katanya.

R.S.N. Rayer (DAP-Seri Delima) kemudian bangun mencelah dan mengatakan keadaan itu berpunca daripada salah UMNO.

Bagaimanapun, Jahara menempelak Rayer dengan mengatakan beliau tidak menyebut soal parti sebaliknya bercakap untuk kepentingan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa