Baru-baru ini, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid beserta pegawai SPAD membuat tinjauan penjualan tiket bas di Hentian Putra. Di samping menyebarkan risalah mengenai Hak Penumpang Bas Ekspres. Cara-cara membuat aduan. Perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian dan diawasi oleh para penumpang bas ekspres.
Beliau turut memberikan cadangan agar penjualan tiket secara elektronik dimanafaatkan sepenuhnya. Betul juga, ini dapat kurang aktiviti ulat tiket dan kesesakan kepada para penumpang di stesen bas. Serta tak perlu menunggu terlalu lama. Beliau mencadangkan agar para penumpang berada di stesen bas , setengah jam sebelum waktu bas berlepas.
"Kita sudah lama mencadangkan supaya e-ticketing ini menjadi amalan lazim. Saya tengok kebanyakan masalah timbul bila ada syarikat bas yang tidak mempunyai kaunter. Mereka inilah yang selalu pakai "ulat". Kita perlu mengenalpasti syarikat-syarikat ini dan keluarkan mereka daripada sistem. Dengan cara ini kita dapat menghapuskan kegiatan ulat."
"Kita kena tegas. "Ulat" ini pun advance, siap ada walkie talkie dan tonto. Pegawai penguatkuasa SPAD sudah banyak kali hampir kena pukul. Saya sendiri pernah diekori oleh tonto. Tetapi dengan kolaborasi bersama agensi penguatkuasa seperti Polis, JPB dan DBKL, langkah-langkah penguatkuasaan kita semakin berkesan,"
Selain itu, beliau memberitahu, pengusaha bas pelancongan, bas sekolah dan bas kilang boleh memohon Lesen Perkhidmatan Sementara sebagai bas-bas tambahan di musim perayaan ini. Bas-bas berkenaan mestilah berusia 10 tahun ke bawah dan berhawa dingin serta dalam keadaan baik. Bas-bas berkenaan mestilah menjalani pemeriksaan PUSPAKOM.
"Permohonan ini tak banyak prosedur dan karenah birokrasi tetapi saya tahu sangat sikap orang Malaysia yang suka buat kerja "last minute".
Tahun lepas SPAD meluluskan 100 permohonan, cuma pada tahun ini SPAD masih belum lagi menerima sebarang permohonan untuk LPS. Beliau berkata, rungutan tak dapat tiket bas pulang berhari raya sudah tidak kendengaran sejak tiga tahun lepas, hasil kerjasama dengan pengendali bas ekspres. Sebaliknya aduan mengenai 'ulat tiket' yang lebih banyak di terima.
Beliau turut mengumumkan tempahan tiket bas ekspres untuk perjalanan 8 Julai sehingga 8 September, sempena hari raya puasa nanti, sudah boleh di buat mulai Jumaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa