Isnin, 29 Julai 2013

SORI GENK AMBE TAK MASUK CAMPUR DALAM URUSAN PERBODOHAN PANGKAT & JAWATAN.

Ya ambe tau, sudah ramai yang membelek dan membuka 'akaun simpanan' untuk penuhkan 'tempurung nyiur'. Tapi ambe bukan spesis itu. Terus teranglah, ambe nyatakan di sini pendirian ambe. 

SESEKALI AMBE TAK AKAN MASUK CAMPUR DALAM URUSAN PERBODOHAN PANGKAT & JAWATAN 

Merujuk terus kepada Pemilihan PAU November ini. 
Di atas sebab-sebab berikut:-

  1. Bagi ambe, ianya Perlumbaan Bodoh Alaf ini kerana merebut Jawatan & pangkat yang tak seberapa;
  2. Semua pemimpin UMNO dan BN , ambe hormati dan respek, baik muda atau tua;
  3. Ambe dilahirkan bukan untuk mempertahankan jawatan & pangkat sesiapa makhluk dalam dunia ini dan di alam maya;
  4. Berlumba mendapatkan Jawatan & Pangkat bukanlah Perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Negara;
  5. Barangsiapa yang berebut Jawatan & Pangkat pada masakini akan berakhir menjadi Tunggul Kayu yang di sembah dan di puja.
  6. Tiada manafaat yang boleh di bawa sebagai bekal akhirat dalam Perlumbaan merebut Jawatan & pangkat;
  7. Banyak lagi kerja yang lebih berfaedah dan bermanafaat serta dijadikan bekal ke akhirat daripada melayan Tunggul-tunggul kayu berebut jawatan & pangkat.
Ambe berharap agar TIADA LAGI MANA-MANA MAKHLUK YANG NAK FIKIR BUKAN-BUKAN DAN BERANGGAPAN YANG BUKAN-BUKAN. Tapi , kalau nak buat juga, sila lah, kerana rezeki di tangan Allah Ta'ala bukan pada makhluk. 

Ambe gembira dengan CARA AMBE SENDIRI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa