Jumaat, 19 Julai 2013

Perkara Yang 222 Tunggul Kayu Dalam Dewan Rakyat Patut Tahu Mengenai Akta Hasutan 1948.

Petikan Preamble Akta Hasutan 1948 Mengenai Tujuan Dan Maksud Pengubalan Akta Hasutan 1948. 

Di dalam mana-mana akta, akan dimaktubkan tujuan dan maksud sesuatu akta itu di gubal. Perkara itu termaktub dalam bahagian yang di sebut 'Preamble' akta. Ianya adalah pengisytiharan rasmi dan menjadi sebahagian daripada akta berkenaan. Ini sebagai memudahkan para hakim membuat sebarang tafsiran dan menguatkuasakan akta tersebut. 

Bacalah sendiri Preamble dalam Akta Hasutan 1948 di atas, "Suatu Akta Untuk Memperuntukkan Hukuman Bagi Hasutan.". Jelas bukan? Akta Hasutan 1948 di gubal oleh anggota legislatif terdahulu, ramai yang dah arwah pun, bertujuan untuk menghukum kesalahan hasutan. Kerana itu, dalam seksyen 2 Akta Hasutan, dinyatakan tafsiran mengenai apakah 'Hasutan'. Segalanya berkenaan dengan Akta Hasutan 1948 ialah menghukum kesalahan hasutan. Dalam agama Islam, agama Persekutuan, pun menetapkan bahawa hasutan perlu diperangi dan bukan didiplomasikan.

Apabila Akta Hasutan 1948 dimansuhkan, apakah ada lagi akta yang menghukum kesalahan hasutan? Sendiri mahu fikirlah. Apa rasionalnya untuk mansuhkan suatu akta yang menghukum kesalahan hasutan? Seterusnya, adakah Akta Keharmonian Nasional ialah suatu akta yang khusus untuk menghukum kesalahan hasutan? Sudah tentu tidak. Ianya adalah suatu Akta mengenai keharmonian nasional. Dan bukannya suatu akta khusus untuk menghukum kesalahan hasutan seperti Akta Hasutan 1948.

Waima kita mengalu-alukan Akta Keharmonian Nasional, pada masa yang sama kita mahukan Akta Hasutan 1948 dikekalkan terus. Kerana Akta Hasutan 1948 adalah suatu akta khusus menghukum kesalahan hasutan. Semua rakyat Malaysia masih memerlukan suatu akta khusus menghukum kesalahan hasutan dan suatu akta khusus mengenai keharmonian nasional. Keberadaan kedua akta itu adalah terlebih rasional daripada meminda dan menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan Akta Keharmonian Nasional. Kedua-dua akta diperlukan bagi menyokong antara satu sama lain. Dan melindungi Perlembagaan. Sekaligus mencapai tujuan mengimbangi hak kebebasan bersuara dan keperluan menghukum kesalahan hasutan yang boleh menjejaskan keharmonian nasional. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa