Bapa Penipuan Polis Ekonomi Yang Sebenarnya Adalah Politik Credo Sosialis |
Polisi 'Liberalisasi Ekonomi' bukanlah membantu pasaran terbuka, tetapi membantu mempercepatkan proses matinya amalan demokrasi. Dan digantikan dengan regim sosialis bercorak kuasa mutlak berbentuk tirani. Gerakan ini dipelopor oleh grup elit Sosialis Fabian sejak dulu lagi. John Maynard Keynes adalah Bapa Gerakan Penipuan Polisi Ekonomi. Beliau adalah seorang anggota Sosialis Fabian.
Gerakan Sosialis Fabian adalah gerakan tersembunyi dan berselindung di sebalik nama keintelektualan dan melakukan infiltrasi dogma sosialis di atas nama intelektualisma. Mereka adalah kumpulan elit dalam penyebaran sosialisma. Gerakan ini bermula pada 1887 oleh sekumpulan kumpulan bangsawan dan intelektual di Britain.
Gerakan ini jugalah yang memusnahkan Parti Liberal Britain yang dahulunya kuat dan mantap macam Barisan Nasional. Merekalah yang menubuhkan Parti Buruh Britain. Pemikiran Gene Sharp adaalh di bentuk oleh Sosialis Fabian yang menghasilkan karya, 'Dari Diktaktor ke Demokrasi'. Puak Sosialis DAP PKR menggunakan kaedah Gene Sharp untuk menumbangkan BN dan UMNO dari luar. Manakala, gerakan elit pakar, pengurus dan pentadbir (Con-Sultan-T) polisi ekonomi sosialis Fabian, bergerak menghancurkan BN dan UMNO dari dalam dengan penipuan polisi ekonomi.
Gerakan-gerakan merosakkan ini adalah fitnah-fitnah yang perlu diperangi habis-habisan.
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.
(Al-Baqarah 2:193)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa