Khamis, 4 Julai 2013

Pengalaman di Mesir Membuktikan 'Kuasa Rakyat' Satu Mitos Romantika D'Amok

Kita masih tidak tahu apakah nasib Morsi sebenarnya. Waima, di war-warkan oleh media asing bahawa Morsi digulingkan, tapi siapa boleh mempercayai kredibiliti laporan media asing? Tapi itu bukan perkara subjek yang nak ambe ketengahkan dalam artikel kali ini. Ambe nak ketengahkan mengenai mitos 'Kuasa Rakyat'. Pengalaman di Mesir membuktikan 'Kuasa Rakyat' adalah satu mitos ciptaan para pembangkang dan penentang. Siapa sebenarnya yang berkuasa dalam 'Kuasa Rakyat'? Jadi, dalam sesebuah gerakan mitos 'Kuasa Rakyat', siapakah sebenarnya yang 'berkuasa'? Yang pastinya, bukan rakyat. Tetapi rakyat diperalatkan dan dimanipulasikan oleh pihak berkepentingan untuk 'merampas kuasa' dan untuk berkuasa.

Sesiapa yang mahu berkuasa perlu menjustifikasikan kuasa dan sahnya kuasa tersebut. Sistem mana dalam di dunia ini memberikan pengesahan kuasa tersebut? Ada ke dalam dunia ini satu jabatan dinamakan 'Jabatan Pengesahan Kuasa?'. Sokongan daripada para perusuh demonstrasi hanya satu gerakan penipuan sahaja. Jika dikatakan pengesahan kuasa datang daripada rakyat, maka siapa pula yang memberikan pengesahan kuasa kepada rakyat? Persoalan menarik ialah siapa beri pengesahan perwakilan 'rakyat' kepada para perusuh dan demonstran ? Tidakkah itu bermakna, perusuh dan demonstran sendiri yang mengisytiharkannya? Jika begitu, siapa yang mengesahkan kuasa yang diisytiharkan sendiri oleh para perusuh dan demonstran? TAKDAK SIAPA KAN??!!!

Pengalaman di Mesir membuktikan kuasa-kuasa asing mudah berkuasa dan memaksakan kehendak mereka melalui para demonstran. Dan para demonstran bukan membawa aspirasi dan kehendak mereka. Tetapi aspirasi dan kehendak para penaja, pemberi dana dan mereka yang menggerakkan para demonstran ke jalanan. Ianya bukan satu gerakan menukar regim yang diktaktor kepada kerajaan demokratik. Tetapi satu gerakan menukar kerajaan demokratik kepada regim anarki dan oligarki yang dikuasai sepenuhnya oleh sosialisma dan korporat yang menaja mereka.

Pengalaman di Mesir adalah contoh gerakan tersusun dan terancang puak Sosialis Fabian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa