Selasa, 30 Julai 2013

Ke Mana Arah Politik Melayu Dalam DAP PKR PAS Kini ? Tak Nampak Pun Melayu Bertambah Cerdik & Maju Bila Undi PR.

Soalan ini dah lama ambe nak tanya kepada semua penyokong DAP PKR PAS dari kalangan orang Melayu. Mereka membenci UMNO atas alasan-alasan:-
  1. Hanya kroni dan pemimpin UMNO dapat projek berbilion ringgit; 
  2. Pemimpin UMNO hanya kaut untung dalam DEB; 
  3. Pemimpin UMNO kuat amal rasuah dan tak pedulikan nasib Melayu. 
Dan banyak lagi lah alasan-alasan yang tak masuk akal. Bila kita tengok ramai Melayu yang terpedaya, dan mengundi DAP PKR PAS untuk mendapatkan nasib yang lebih baik, apa yang berlaku sebenarnya?

Setiap hari, di media sosial dan blog, macai DAP PKR PAS hari-hari kutok Melayu Bodoh, Melayu Pemalas dan Melayu Kuno. Tapi di mana Agenda Membangunkan Melayu sejak DAP PKR PAS menguasai P. Pinang (6 tahun) , Selangor (6 tahun) dan Kelantan (23 tahun). Rata-rata , ambe tengok, Melayu camtu itu juga, Terutama di kawasan-kawasan perbandaran. Kehidupan mereka tetap susah. Tiada peningkatan pun. Pembangunan ekonomi, sosial dan pendidikan Melayu terus terhenti. Tiada lagi kita dengar mana-mana Melayu biasa menjadi usahawan berjaya. Sebaliknya, kita tengok, bagaimana pemimpin DAP dan segelintir pemimpin PAS PKR bertabah-tambah kaya dan mewah adalah. 

Dimanakah yang dikatakan Melayu dalam DAP PKR PAS memperjuangkan untung nasib Melayu? Takkan hanya mengutok dan mencela Melayu, UMNO dan pemimpin UMNO, maka tiba-tiba Melayu menjadi kaya raya dan usahawan berjaya sekelip mata atau dalam masa sepuluh tahun? Mustahil. Takkan hanya mengatakan UMNO bantu tauke-tauke Cinabeng, maka esoknya Melayu di bantu DAP PKR PAS menjadi tauke besar dan bilionir?

Cuba kita bertanya kepada diri kita sendiri, Adakah Melayu bertambah maju bila mengundi DAP PKR PAS ? Adakah Melayu bertambah untung bila menerima Konsep Samarata ? Adakah Melayu dan Islam semakin terpelihara bila menyokong DAP PKR PAS? Dimanakah keuntungan buat Melayu di bawah Pakatan Rakyat?

Menurut para pencacai PKR DAP PAS, untung nasib Melayu di bawah Pakatan Rakyat adalah seperti gambar yang sentiasa mereka gunakan di bawah ini bagi menjelaskan sikap dan layanan DAP PKR PAS kepada Melayu


JADI MELAYU MASIH NAK SOKONG DAN UNDI DAP PKR PAS LAGI?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa