Soal hukum mengenai anjing adalah jelas dan terang. Jika benar, anjing ni bukan najis, sudah tentu kita lihat ulama-ulama terdahulu bela anjing dalam masjid dan dalam rumah. Tapi tak pernah lah para ulama muktabbar melakukannya. Kekeliruan mengenai keharusan membela dan hidup dengan anjing mungkin disebabkan oleh para 'Tajdid Celup' yang syok sendiri dan fikir mereka lebih hebat daripada Imam As-Syafie' seperti video di bawah ini.
Bila kekeliruan timbul akibat 'Salah Penyampaian' dan 'Syok Sendiri' seperti puak 'Tajdid Celop' di atas, maka berlakulah seperti apa yang di dalam video di bawah. Seorang pemilik anjing , buat video iklan Selamat Hari Raya bersama anjing-anjingnya.
Dikatakan kini SKMM sedang memburu pemilik anjing tersebut. Pemilik tersebut adalah blog klik di sini CEKAP.ORG dengan kata-kata pembukaan "Warga Memperjuangkan Hak Anjing dan Pembela Anjing'. Baguslah tu, agaknya beliau nak masuk sorga macam kisah pelacur beri air kepada anjing. Tu la mentaliti yang di tanam oleh puak-puak DAP PKR PAS. Setahu ambe lah, hanya SYIAH yang kata anjing tak najis.
Kalau iya pun nak membela hak anjing , jangan babitkan soal perayaan Hari Raya orang Islam. Kerana majoriti orang Islam di Malaysia masih mengikuti mazhab Imam As-Syafie'. Mazhab ini tidak menghina anjing cuma meletakkan batas sempadan kepada anjing. Banyak lagi haiwan yang tak najis. Contohnya. kucing yang merupakan haiwan peliharaan kesayangan baginda Rasullullah s.a.w.
Semakin kuat DAP PKR PAS, semakin kuat penghinaan ke atas Islam dan penentangan terhadap mazhab Imam As-Syafie'. Andai pun ada mazha yang kata anjing tidak najis, perlu ke malaon itu buat video sedemikian ? Di mana kewarasan puak-puak DAP PKR PAS sekarang ini? Inilah bahayanya apabila DAP PKR PAS menerima hati terbuka fahaman Wahhabi, Syiah, Liberal dan Pluralisma serta sentiasa mengutuk UMNO tak Islamik. Akhirnya, ada yang terkeliru dan menjadi lebih tak Islamik dari kafir harbi sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa