Sabtu, 8 Jun 2013

SPAD: TEKS1M DI JALANRAYA, KEJAYAAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AWAM DARAT.

Tak lama dulu, SPAD memperkenalkan inisiatif Teksi TEKS1M. Pakej TEKS1M meliputi geran 1MDB pembelian TEKS1M sejumlah RM5,000. Proton Exora itu bernilai RM64,000 seunit, dan dengan subsidi daripada geran berkenaan, pemandu teksi cuma perlu membeli dengan harga RM59,000 sahaja dengan tempoh pinjaman sehingga sembilan tahun. Dengan kerjasama pihak Proton, rekabentuk TEKS1M di reka khas dengan ciri-ciri:-

Lebih lapang & luas untuk keselesaan & simpanan beg
ABS, airbag & ciri-ciri keselamatan terkini
Kerusi kemasan kulit
Saluran penyaman udara khusus bagi penumpang
Sistem tempahan & dipatch (navigasi GPS)
Kemudahan kad kredit/debit
NGV pasang siap di kilang & meter


Menjelang Jun, Proton akan mengeluarkan sebanyak 1,000 unit TEKS1M- Proton Exora. Baru-baru ini, semasa dalam perjalanan di Lebuhraya KL-Karak, terpandang sebuah Proton Exora yang dijadikan teksi. Ianya sungguh bergaya. Menggunakan gas asli (NGV) sebagai bahan bakar. Mampu mendaki bukit di terowong genting sempah dengan mudah.

Ianya adalah salah satu kejayaan besar selama tiga tahun SPAD, ditubuhkan bagi menaiktaraf perkhidmatan pengangkutan awam darat Malaysia. Terutama, memulihkan dan menaikkan kembali imej perkhidmatan teksi di Malaysia. Melakukan sebarang perubahan di Malaysia memanglah mencabar. Maklumlah, kerana ramai yang 'terlebih' pakar dalam bidang pengangkutan awam. Keberanian SPAD mengorak langkah dan menjadikan polisi-polisi awam sebagai realiti mendapat penghargaan UITP baru-baru ini.

Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bekerjsama dengan SPAD, bukan sahaja kerapkali membuat aduan, tetapi sentiasa mendidik warga lain meningkatkan taraf perkhidmatan pengangkutan awam. Kita rakyat Malaysia perlu berani mengubah sikap dan pendirian. Berfikiran lebih matang dan telus dari sekarang, Yakni, menjadi pengguna pengnagkutan awam yang penuh berdislpin dan beretika tinggi. Kita perlu mulakan dari sekarang dan tidak hanya bergantung harap kepada agensi-agensi kerajaan melakukan transformasi. Kita sendiri perlu membantu mengujudkan suasana kondusif bagi penambahbikkan perkhidmatan pengangkutan awam darat Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa