PMBOA ialah singkatan kepada Pan-Malaysia Bas Operators Association. Seramai mana anggota dan keahliannya, tidaklah diketahui. Kerana puas sudah ambe mencari di mana laman rasminya, Masih berlum berjumpa sehingga ke hari ini. Dalam entri terdahulu, ambe katakan, berlakunya penyebaran gosip liar mengenai kenaikan tambang bas ekspres, apa yang berlaku ialah adanya tuntutan daripada PMBOA hendak menaikkan tambang bas ekspres. Ianya adalah tuntutan sahaja bukan kenaikan yang dah berlaku. Tuntutan PMBOA ini adalah suatu kebiasaan yang selalu berlaku pada setiap tahun. Alasan yang digunakan oleh PMBOA ialah kenaikan kos operasi dan kerugian yang dialami. Betul ke dakwaan PMBOA ? Jika selama ini, ahli-ahli selaku pengendali dan operatif bas ekspres mengalami kerugian, sudah tentu pada tahun ini, PMBOA pun tak wujud. Sebab, syarikat pengendali dan operatif bas ekspres gulung tikar awal-awal.
Kemusykilan ambe ialah; bagaimana gosip liar tersebut dijadikan elemen; untuk memburukkan SPAD. Itu bagi ambe adalah satu perbuatan yang tak beretika. Berbagai reaksi telah dilapurkan. Reaksi daripada Persatuan pengguna, Pengerusi SPAD dan akhir sekali Menteri KPDNKK pun berbunyi. Tapi itu bukan perbahasan yang nak ambe ambil kali ini. Ambe lebih tertumpu kepada menilai dari kacamata orang awam, samada benar atau tidak justifikasi yang diberikan oleh PMBOA. Pada masa yang sama, biarlah SPAD sendiri menangani tuntutan PMBOA tersebut. Berilah keyakinan kepada profesionalisma SPAD. Ini kerana, selaku sebuah suruhanjaya, sudah tentu SPAD tidak akan mengabaikan mana-mana kepentingan pihak yang terbabit, termasuklah pengguna.
Seandainya, PMBOA masih berdegil dan enggan mematuhi sebarang keputusan dan arahan SPAD, jangan salahkan SPAD. Sebaliknya, para pengguna hendaklah membuat bantahan dan memorandum kepada PMBOA. Atau, memboikot terus bas ekspres, diharapkan tak sampai begitu. PMBOA pun seharusnya bersikap terbuka dan turut tidak mengambil terlalu banyak kesempatan mengaut keuntungan. Malah, PMBOA seharusnya selari dengan kehendak SPAD. Mutu perkhidmatan mestilah ditingkatkan selari dengan kadar tambang. Biarlah berbaloi.
Pada pengiraan kasar ambe, berdasarkan kepada maklumat dari blog rakan, pendapatan bersih bagi sebuah syarikat pengendali bas ekspres; ialah RM76,595.00 sebulan. Keuntungan ini merujuk kepada pendapatan diperolehi dari sebuah bas ekspres. Ini setelah di tolak kos operasi dan pengurusan. Kos operasi dan pengurusan bagi sebuah bas ekspres, ialah sekitar RM30,000.00 sebulan. Setelah di tolak kos operasi RM30,000.00, pengendali bas ekspres masih untung RM76,595.00 sebulan! Di mana kerugian yang PMBOA katakan mereka alami?
Pada hemat ambe, isu tuntutan PMBOA tersebut, perlu dinilai kepada fakta dan bukan kepada gosip liar sahaja. Cubaan untuk menyalahkan SPAD adalah tidak wajar. Ambe percaya dan yakini SPAD akan melakukan yang terbaik kepada semua pihak. Ini berdasarkan kepada bantuan yang telah diberikan kepada pengendali bas ekspres. Kerajaan telah memperuntukkan dana RM400 juta kepada pengendali bas. Ambe agak musykil dengan telatah PMBOA; yang cuba mengugut SPAD dan pengguna demi kepentingan mereka. Sepatutnya, PMBOA lebih matang dan lebih bijak dalam menguruskan kebajikan ahlinya. PMBOA bila membuat tuntutan biarlah berhemah sikit dan beradab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa