Isnin, 3 Jun 2013

SPAD: LANJUTAN KONTRAK TAN SRI SYED HAMID TINDAKAN BIJAK @twitmsian @aduanSPAD @syedhamidalbar @SPADchannel

1hb Jun lalu, SPAD mengumumkan Y.A.B PM, DS Najib melanjutkan tempoh perkhidmatan Tan Sri Syed Hamid sebagai Pengerusi SPAD, untuk tempoh dua tahun lagi. Perkhidmatan En. Mohd Nur Ismal bin Mohamed Kamal selaku Ketua Pegawai Eksekutif juga dilanjutkan bagi tempoh tiga tahun lagi. Ini bertujuan agar segala pelan pembangunan dan rancangan strategik diteruskan, bagi mereliasasikan agenda transformasi Kerajaan mengenai sistem pengangkutan awam darat.

Setiap perkara yang baik pasti menerima kritikan dan reaksi negatif. Itu adat dunia pada hari ini. Mana ada orang yang sentiasa berpuashati. Ada sahaja kesalahan yang nampak di mata. Belum tentu lagi pengkritik mampu melakukan kerja terbaik seperti orang yang di kritik mereka. Mengkritik adalah mudah. Contohnya, pembeli yang membeli lada besar. Macam-macam rungutan pembeli diutarakan kepada penjual. Mahallah. Lada tak cantik lah. Tak pedas lah. Tapi akhirnya, pembeli membeli juga lada tersebut.

Kenapa?

Sebab pembeli tahu yang beliau pun tak tahu nak tanam cili. 

Teringatkan kata Tan Sri Syed Hamid Albar dalam satu sesi santai di pejabatnya, sesi penuh klik di sini SPAD, :-

“Saya ingat bila dah tak jadi menteri, saya tak payah berdepan dengan masalah orang ramai. Tetapi masalahnya lebih dahsyat daripada ketika saya menjadi menteri! Yelah, pasal kita berurusan dengan orang awam secara direct.
“Orang suka tengok hasil perubahan, tetapi pada masa yang sama sentiasa menentang perubahan. Bila benda itu bagus, dia puji…Wah..bagus! Tetapi selepas itu mula komen dan kritik.
“Mula-mula kena kritik yang pedas-pedas aja. Sakit juga. Tetapi lama kelamaan saya fikir, semua orang ada pendapat. Bagi saya, berbeza pendapat bukan satu perkara yang luar biasa,"

“Ramai betul “pakar” pengangkutan awam darat. Mereka bukan pakar sebenarnya, tetapi semua orang tahu berkenaan pengangkutan awam darat secara langsung atau tidak langsung. Ini kerana ia mempunyai kesan kepada kehidupan rakyat. Jadi semua orang ada pendapat.
“Macam perkhidmatan Go-KL, pada kita, ia bagus.dan rakyat pun suka. Tetapi orang teksi pula mogok! Lepas itu ada masalah lori bawa lebih muatan, merosakkan jalan dan membahayakan keselamatan.
“Ada pula NGO yang tanya mengapa kos di negeri China lebih murah dari kita? Pada kita, perbandingan itu mungkin tak logik. Tetapi pada dia logik. Siap guna statistik dan data. Tapi dia lupa di China ada berapa ramai penduduk? 1.7 billion. Jadi mereka boleh buat apa sahaja dengan kos yang murah kerana economics of scale. Tetapi kita kena terima juga benda-benda macam ini,” 
Kejayaan SPAD bukan sahaja di ukur betapa cekapnya Unit Aduannya, tapi kita perlu berlaku adil dengan melihat kejayan-kejayaan SPAD yang di iktiraf UITP. Ketokohan seseorang bukan sahaja di nilai pada umurnya tapi pada pemikirannya dan pengalamannya. Dalam tempoh tiga tahun sahaja, SPAD di bawah pasukan mudanya bersama Tan Sri Syed Hamid, dengan sokongan DS Najib selaku penyokong tegar dan proaktif , berjaya meningkatkan lagi perkhidmatan pengangkutan awam darat. 

Setiap perkara yang baik pasti mendapat bermacam ragam reaksi balas. Satu perkara yang pasti ialah Tan Sri Syed Hamid bukan seorang yang cepat melatah. Beliau mampu berkerja dengan golongan porfesional muda dalam SPAD. Bukan mudah untuk mencari seorang tokoh yang mampu berfikir jauh dan matang menguruskan kritikan. Melalui pengalaman beliau dalam bidang perundangan, pernah menjadi Majistret dan Presiden mahkamah Sesyen serta peguambela dan peguamcara, sudah tentulah Tan Sri Syed Hamid dah biasa dengan kritikan.

Kerana ciri-ciri ketokohan itulah DS Najib melanjutkan perkhidmatan Tan Sri Syed Hamid. Benih yang baik bila di campak ke laut menjadi pulau. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa