Khamis, 13 Jun 2013

SPAD: Bloger Tak Beretika Sebar Gosip Liar Mengenai Kenaikan Tambang Bas Ekpres @SPADChannel.

Lambang Bloger Tak Beretika.

"Tidak salah untuk berbeza pendapat. Namun adakah perlu perbezaan pendapat ini membuak-buak sehingga wujudnya ketidakpercayaan dan syak wasangka melampau yang sebenarnya asing daripada budaya Malaysia?- DS NAJIB (baca sepenuhnya di AGENDADAILYNEWS)
Tak sampai 24 jam, dari ucapan DS Najib tersebut, ada bloger tak beretika yang menyebarkan gosip liar mengenai tuntutan kenaikan tambang 30 peratus bas ekspres. Agak merbahaya permainan gosip mereka kali ini. Kerana mereka tidak memikirkan kesan dan natijah kepada kewibawaan SPAD, LKPK, Persatuan Bas Ekspres Malaysia dan DS Najib selaku PM. Sekiranya mereka adalah dari puak pembangkang, kita fahami kegelisahan mereka. Agak pelik khabar angin yang mereka sebarkan pada kali ini.

Tiada sumber tepat yang diberikan oleh mereka. Melainkan hanya menyebut sepintas lalu mengenai 'adanya tuntutan kenaikan 30 peratus daripada persatuan bas ekspres'. Daripada sumber mana pun kita tak tahu. Ambe tercari-cari juga dimanakah kenyataan rasmi daripada pengusaha bas ekspres menuntut kenaikan 30 peratus tambang. Ambe hanya ketemui dalam satu berita ringkas di MSTAR. Tapi The Star memang terkenal dengan kecenderungan mereka kepada pihak sinun (baka penulisan Helen Ang dalam blognya). Tak tahulah kalau mereka mempunyai kemahiran sebagai Ahlul Nujum Pak Belalang. Seperti nujuman mereka mengenai kemenangan besar BN Selangor pada PRU13 lepas. 

Menimbulkan kesangsian kepada SPAD, sebuah suruhanjaya di bawah PMO, adalah perbuatan yang tidak beretika langsung. Terutama bila laporan pemberitaan; tak diberikan sumber maklumat yang sahih dan tepat. Seperti yang kita ketahui, SPAD adalah penzahiran komitmen DS Najib; untuk mentransformasi pengangkutan awam darat. Beliau mahukan satu sistem pengangkutan awam darat yang mudah diakses oleh rakyat. Mesra pelanggan dan berdisplin tinggi. Ianya bukanlah satu angan-angan Mat Jenin; yang di cipta selepas bersukaria di lobi dan pub hotel di PWTC. Komitmen tersebut telahpun mendapat pengiktirafan daripada UITP, sebuah badan antarabangsa mengenai pengangkutan awam darat dunia.

Contohnya, perkhidmatan bas bandar percuma GO-KL, telah mendapat pengiktirafan daripada UITP sebagai usaha yang penuh inovatif. Selain itu, sistem teksi-dua lapis KLIA turut mendapat perhatian serius daripada UITP sebagai usaha berinovatif. Begitu juga dengan TEKS1M. UITP turut mengiktirafnya sebagai usaha penuh kreatif dan berinovatif. Polisi transformasi yang dikemukakan oleh DS Najib dan dilaksanakan melalui SPAD, termasuklah mengawalselia dan menjaga kepentingan pengguna dan pengendali pengangkutan awam darat.

Menimbulkan kesangsian melampau dengan menyebarkan beritaa-berita yang belum tentu benar, adalah perbuatan tak beretika. Apatahlagi jika dilakukan oleh bloger yang mempunyai nama di alam maya. Perbuatan itu turut mengundang dan mengikis ketidakpercayaan kepada intergriti dan kewibawaan bloger berkenaan. Meniupkan dan cuba menimbulkan panik di kalangan pengguna dengan kabar angin tersebut, adalah perbuatan yang tak bertanggungjawab. Kebiasaannya, SPAD akan melakukan pemantuan dan operasi berterusan dalam bulan puasa, bagi memastikan pematuhan undang-undang oleh pengendali bas ekspres.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa