Ahad, 9 Jun 2013

MASALAH UTAMA POLITIK MELAYU CENDIKIAWAN, CERDIK-TAK-KAWAN, CENDAWAN, MAKAN-KAWAN & TAK-MELAWAN.

Aiseh, kali ini ambe nak kasitau kepada semua 16 juta Melayu dan Melayu yang bakal lahir di masa depan dan yang sedang menunggu dilahirkan. Ambe tak berapa nak gemar sangat hentam sana-sini, atau nak ambik pot pasal tsunami-cinabeng tongkang-pecah. Bila tengok keadaan politik, ekonomi dan sosial Melayu setelah 56 tahun merdeka, nak menangis pun ada , nak gelak pun ada.

Melayu masih lagi terkekang dengan mentaliti suka bergosip dan bercakap banyak. Idea memang kreatif dan fantastik. Bab kerja, Melayu jauh terkebelakang. Bab komitmen, Melayu masih berpegang kepada hirarki kebangsawanan, kecendawanan, makan-kawan dan cerdik-taknak-berkawan. Bab sejarah, Melayu memang cepat lupa. Bab mengenang budi, Melayu dah mula ingat-ingatt lupa. Tapi bab komplen, Melayu masih pegang nombor SATU ! Ada sahaja benda tak betul.

Akhir-akhir ini, kedudukan politik, ekonomi dan sosial Melayu semakin terancam. Namun di saat-saat genting dan getir, masih ramai yang berteori, berilmiah dan buat kertaskerja daripada BUAT KERJA. Terlalu banyak sangat berilmiah, sehinggakan TAK RETI BUAT KERJA. Akhirnya, hasil kerja tak praktikal langsung.

Kita perlu buang sifat dan sikap 'MENGHARAP-BANTUAN' daripada para pemimpin dan politikus tak kira apa bangsa. Kerana mereka sudah terlalu 'Pincang Tugas'. Keberadaan mereka hanya diperlukan bagi menubuhkan kerajaan sahaja. Tak lebih dari itu. Selebihnya, mereka lebih berminat untuk berilmiah dan berdemonstrasi sahaja. Aksi mereka memang mantap dan terbaik di pentas-pentas ceramah dan dalam ceramah politik di masjid serta kedai kopi.

Melayu Bandar dan Melayu Intelek, perlu belajar kembali daripada Melayu Cerok Hulu. Melayu ceruk Hulu lebih tahu dan faham menjadi Melayu. Paling tidak, Melayu Ceruk-Hulu masih tahu menggunakan lesung padi untuk mendapatkan beras dan emping. Berbanding dengan Melayu Bandar dan Melayu intelek, yang hanya tahu mengenai lesung padi melalui kajian ilmiah dan youtube.

Melayu Bandar, Melayu Intelek dan Melayu Elit, kena faham bahawa hanya Melayu yang akan bantu kaum lain. Tetapi kaum lain hanya bantu kaum mereka sendiri. Melayu ceruk-hulu pula dah lama tahu, bahawa mereka perlu bantu diri mereka sendiri, dan mengamalkan Budaya , "Buat Jahat Jangan Sekali, Buat baik berpada-pada".

Sebagai langkah pertama kesedaran, Melayu Bandar, Melayu Intelek dan Melayu Elit, perlulah amalkan, ' Buat Jahat Jangan Sekali, Buat Baik Berpada-pada" kepada kaum lain, yea.  Belajar bantu diri sendiri dulu sebelum nak berkokok sibuk nak BANTU KAUM LAIN. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa