Gambar kitar semula yang digunakan dalam artikel HARI-HARI MAKAN RASUAH untuk memfitnah dan memburukkan SPAD. |
Rakan bloger CUCU TOK SELAMPIT (CTS) mempersoalkan dan mempertikaikan kesahihan artikel fitnah blog pembangkang yang kemudiannya diraikan oleh beberapa bloger pro kerajaan. Menurut rakan bloger CTS:-
Bagai ada satu momentum oleh pihak-pihak pembangkang untuk menyalahkan Kerajaan terutama melalui badan-badan berkanun dan Suruhanjaya-Suruhanjaya di Malaysia. Mereka telah hampir berjaya menyerang Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). Sekarang sasaran ditujukan pula ke atas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD). Selepas ini mungkin pula Suruhanjaya-Suruhanjaya yang lain. Berita panas sebegini perlukan pengesahan kebenarannya terlebih dahulu. Pertama, gambar yang digunakan di dalam artikel di atas bukanlah gambar original kejadian berkenaan. Gambar berkenaan seperti di atas telah digunakan sebelum ini di dalam artikel yang lain. Mungkin gambar "recycle" ini digunakan semula untuk memburukkan pihak SPAD.Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2013/06/apa-motif-spad-diserang-dengan-berita.html#ULjIEfHyDFQJLGJ7.99
Setelah ambe meneliti kembali artikel bertajuk 'HARI-HARI MAKAN RASUAH,' ternyata apa yang dipersoalkan oleh CTS adalah BENAR BELAKA! Artikel tersebut adalah bersifat FITNAH ke atas SPAD. Ambe tak berapa pasti apakah motif bloger ,yang disebutkan dalam blog CTS , menyalin dan menerbitkan semula artikel fitnah berkenaan. Bila ambe melakukan carian imej di atas, ternyata imej berkenaan pernah muncul berkali-kali, dalam tajuk artikel-artikel lain pula!
SPAD di fitnah sedemikian rupa kerana SPAD berada di bawah pentadbiran terus Pejabat Perdana Menteri. Dan ianya adalah idea yang lahir dari GTP. Sudah tentulah, fitnah ke atas SPAD mensasarkan kepada PM DS Najib. Ini bukanlah kali pertama mana-mana polisi DS Naib di fitnah begitu teruk. Sebagai pembaca, kita perlu menapis dan menggunakan akal waras, dalam mencari kebenaran penceritaan dalam blog pembangkang. Ambe bersetuju benar dengan kupasan CTS dalam menangkis fitnah terbaru dan tak berasas ke atas SPAD.
Pertama, terbukti dengan jelas, gambar yang digunakan adalah gambar kitar semula. Kedua, dari segi fakta penceritaan, adalah mustahil mana-mana pegawai SPAD melakukan soperasi secara SOLO. Ini kerana, S.O.P SPAD tidak membenarkan mana-mana pegawainya melakukan operasi secara solo. Ketiga, insiden tersebut diragui kebenarannya berlaku. Atas sebab, tiada lapuran polis di buat oleh mana-mana pihak. Sudah tentulah, kejadian sebegitu akan dilapurkan kepada polis. Bilamana tiada lapuran polis di buat, logiknya, cerita insiden berkenaan adalah suatu fitnah dan pembohongan yang disengajakan.
Akhir sekali, tajuk artikel 'HARI-HARI MAKAN RASUAH', di mana betulnya? Dari tajuknya kita sudah dapat menghidu motif jahat didalamnya. SPAD boleh menyaman individu yang menulis artikel tersebut. Termasuklah mereka yang menyebarkannya. Tak logik sungguh, kerana isi kandungan artikel tersebut tak menceritakan, di mana berlakunya perbuatan rasuah yang di dakwa. Yang diceritakan mengenai pegawai SPAD kena tampar. Manakala penceritaan hanya berkisar kepada 'Pemandu itu Berkata.." siapa pemandu berkenaan? Tidak ada siapa tahu.
Malah , kisah balas daripada pegawai SPAD yang dikatakan terbabit pun turut tidak diketahui. Sepatutnya, jika penulis artikel berkenaan ada di tempat kejadian, bukankah menurut Etika Kewartawanan dan Penulisan Berhemah, kisah daripada kedua pihak diambilkira? Pada logik akal sihat, jelaslah penceritaan dalam artikel berkenaan bersifat prejudis dan fiksyen semata-mata. Kepada penulis artikel berkenaan dan penyebar fitnah ke atas SPAD, banyak lagi kerja baik yang anda boleh lakukan daripada menulis fitnah jahat ke atas SPAD. Tak gitu ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa