Sabtu, 18 Mei 2013

ZAHID HAMIDI: TIADA AMARAN TUNGGU TINDAKAN TEGAS !

Gambar sumber- Utusan Malaysia Online. 

Satu perkara yang amat ditakuti oleh DAP dan PKR ialah KETEGASAN.
Itulah yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid Menteri KDN yang baru.

Pada kali ini, setelah sekian lamanya kita bersabar dengan provokasi dan tindakan membahayakan keselamatan awam daripada DAP dan PKR, sudah tiba masanya untuk kita BERTEGAS. 

KETEGASAN itulah yang menghambat kedegilan dan egoistik DAP dan PKR dalam kempen huru-hara mereka BLACKOUT dan HIMPUNAN 505. Andaikata KETEGASAN itu yang DAP dan PKR nantikan selama ini, maka mereka harus berfikir sejuta kali untuk bertindak balas. Dunia sudah menyaksikan KETEGASAN Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam insiden pencerobohan pengganas Kiram 3suku di Lahad Datu, Sabah. 

KETEGASAN yang dinanti-nantikan sejak sekian lamanya. Tindakan DAP dan PKR sudah melampaui batas-batas kesabaran. Sejak Isnin lepas, Tian Chua dan Sivarasa termasuklah Hishamuddin Rais serta Haris Ibrahim dan Anwar Ibrahim sendiri menyeru rakyat menolak keputusan PRU13. Mereka bertekad mahu menggulingkan kerajaan melalui keganasan jalanan. Suatu tindakan yang amat jelek dan bacol daripada mereka !

Petikan daripada rakan blog AIDC , menulis:-
Menurutnya, tiada sebarang kompromi dengan pihak tertentu khususnya pemimpin pembangkang yang sedang menghasut rakyat turun ke jalanan bagi mencetus rusuhan sekali gus menjayakan hasrat menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Saya tidak akan memberi amaran tetapi tunggulah tindakan tegas,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas tindakan yang bakal diambil ke atas pemimpin pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merancang mencetuskan huru-hara.
Isnin lalu, pemimpin pembangkang seperti Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) R. Sivarasa dan Tian Chua ketika berceramah dalam Perhimpunan Tragedi 13 Mei secara terbuka menghasut rakyat ke jalanan bagi menumbangkan kerajaan BN melalui kaedah rusuhan.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri yang diterajui kepimpinan baharu bersedia sepenuhnya memastikan kesejahteraan rakyat dan keharmonian negara kekal terpelihara dengan menguatkuasakan undang-undang sedia ada.
“Pencegahan itu lebih baik daripada penyelesaian, dan pencegahan awal itu lebih murah ‘harganya’ berbanding penyelesaian masalah. Saya akan guna pendekatan itu agar pihak kerajaan tidak disanggah dan mereka (pembangkang) juga tidak melakukan penyanggahan,” jelasnya.
Sementara itu, mengulas kecaman pembangkang selepas beliau meminta pihak tidak setuju dengan sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara republik jika menjadikan isu undi popular sebagai alasan, Ahmad Zahid berkata, pembangkang melenting kerana mereka cuba menipu rakyat.
“Orang yang makan cili memang akan terasa pedasnya, sebab itu pemimpin seperti Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng melenting dengan kenyataan saya, tetapi apa yang dinyatakan adalah hakikat dan sudah sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Naib Presiden Umno itu turut dilaporkan Mstar menjelaskan kenyataannya itu sengaja dibaca di luar konteks sebenar untuk mendapat kepentingan politik.
“Sebenarnya saya kata mereka yang tidak yakin dengan sistem politik kita untuk berhijrah ke negara yang mempunyai sistem yang sesuai dengan mereka.
“Saya tidak rasis…saya hanya berfikiran praktikal dengan apa yang saya katakan kepada kumpulan berkenaan supaya mereka boleh menterjemahkan pegangan politik mereka kepada realiti,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Komanwel dan mereka yang fikir bahawa sistem di Amerika Syarikat atau negara lain lebih sesuai mereka boleh berhijrah ke sana.
Zahid Hamidi turut mengecam pembangkang yang mempertikaikan keputusan pilihan raya, namun mengakui keputusan di negeri yang mereka menang seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
“Mereka mempertikaikan keputusan pilihan raya secara selektif,” katanya.
Kepimpinan DAP pula bermain wayang di sebalik tabir dengan menghasut para penyokong mereka menyertai BLACKOUT. Mereka sudah bersedia dengan senario-senario yang mereka jangkakan akan berlaku. 

Jangan kita salahkan KETEGASAN kerajaan dalam menangani kedegilan dan egois DAP dan PKR yang enggan menerima dan mematuhi perundangan negara. Kalau DAP dan PKR mempunyai bukti-bukti mengenai frod pilihanraya , kenapa mereka tak berani ketengahkan di dalam petisyen Pilihanraya?

Kenapa DAP dan PKR sengaja membuat ugutan dan kecaman terbuka kepada kerajaan Malaysia?

Apakah DAP dan PKR berfikir bahawa hayunan undi 97% pengundi Cina pada PRU13 membuktikan mereka mendapat sokongan penuh daripada rakyat untuk menggulingkan kerajaan melalu rusuhan dan keganasan?

Kalau sekadar bergantung kepada artikel-artikel fiksyen di dalam portal-portal pro DAP dan PKR, apara penyanggak DAP dan PKR wajib berfikir semula. Situasi di Malaysia tidak sama seperti di negara-negara Arab. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa