Rakan bloga MYMASSA menulis;-
NIK NAZMI DI MAHKAMAH 4 JUN 2013
Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan menganjurkan perhimpunaan tanpa kebenaran, 8 Mei lalu.
Nik Nazmi, 31, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dibacakan terhadapnya di depan Hakim Rozina Ayob, sebentar tadi.
Peguam Eric Paulsen yang mewakili Nik Azmi memberitahu mahkamah, pihaknya akan memfailkan secepat mungkin permohonan bagi membatalkan pendakwaan ke atas anak guamnya berdasarkan alasan salah guna kuasa kerana pendakwaan itu, lebih bersifat politik.
Mahkamah menetapkan 4 Jun ini untuk sebutan kes.
Dua orang lagi, Tian Chua dan Rafizi Ramli. Dan seorang lagi kemungkinan besar ialah Nurul Izzah.
Sudah ada tanda-tanda ,filem TANDA PUTERA bakal ditayangkan di pawagam. Perkara ini sudah disuarakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa